23 April 2015

Bahaya Ketagih Minuman Berkafein

Bagi sesetengah individu, minuman berkafein dianggap sebagai pelengkap rutin seharian. Tak sah jika tiada minuman kafein dalam sehari, itulah dilema dihadapi mereka yang ketagihan kafein. 

Amalan pengambilan minuman sebegini sebenarnya bertujuan menghilangkan rasa mengantuk ketika mengulang kaji pelajaran. Begitu juga apabila membabitkan kerja syif malam mahupun berjaga lewat malam semata-mata mahu menonton perlawanan bola.

Tapi tidakkah kita sedari keburukan pengambilan kafein secara berlebihan? Mungkin kita tidak nampak kesannya sekarang, tetapi pada masa depan tidak mustahil ia boleh mencecah tahap memudaratkan. 

Ahli psikologi klinikal Amerika Syarikat, Dr. Michael Breus berkata, dengan peningkatan populariti minuman bertenaga dan snek mengandungi kafein yang mudah didapati, hal ini boleh meningkatkan kecenderungan pengambilan kafein dengan kadar lebih tinggi.

Untuk pengetahuan, jumlah kafein yang terdapat dalam kopi lebih tinggi berbanding minuman lain seperti teh. 

Berdasarkan senarai jumlah kafein dalam minuman yang dipetik daripada 'Journal of Food Science' tahun 2010, kopi yang dibancuh memiliki 95 hingga 200 mg kafein berbanding 'black tea' (14 hingga 70 mg kafein) dan teh hijau (24 hingga 45 mg kandungan kafein).


Justeru, bagi anda yang terbiasa menjadikan kopi sebagai pembuka selera anda pada waktu pagi dan petang, fikir kembali kerana hakikatnya kesan jangka panjang akibat daripada pengambilan kafein boleh membawa kepada tahap serius jika tak dikawal.

Kesan Buruk Minuman Kafein



Menurut kajian tahun 2013 yang dijalankan oleh Klinik Mayo di Amerika Syarikat, pengambilan kopi lebih empat cawan sehari boleh mengakibatkan kegelisahan.
Kajian itu juga turut menitikberatkan faktor lebih serius seperti risiko boleh membawa maut dalam kalangan peminum kopi tegar terutamanya lelaki yang mengambil 28 cawan kopi seminggu.
Lebih bahaya jika ia menjejaskan prestasi pada waktu pagi di mana keadaan itu memerlukan kita menjadi lebih proaktif. Seperti yang disebutkan dalam artikel laman web Huffington Post, pengambilan minuman berkafein enam jam sebelum tidur boleh menyebabkan kitaran tidur terganggu serta menjejaskan kualiti tidur.


Dr Michael menyarankan pengambilan kopi sesuai diambil pada waktu pagi saja dan paling lewat seelok-eloknya sebelum jam dua petang. Selain itu, waktu pagi masa sesuai untuk mengambil minuman berkafein seperti minuman bertenaga. Sepanjang waktu pagi seeloknya amalkan pengambilan kopi yang tiada kafein untuk memenuhi keperluan kafein harian anda.


Jangan jadikan keletihan sebagai alasan utama untuk mengambil minuman berkafein secara berlebihan. Walaupun penat bekerja seharian dan ingin menghabiskan tugasan tertunggak di rumah, seeloknya elakkan daripada membiarkan badan jadi tidak bermaya. Pengambilan kafein berlebihan pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lemah seterusnya menyekat produktiviti pada waktu pagi.

Farah cadangkan anda tukar minuman yang tinggi kafien dengan minuman kafien yang Shkalee reka khas untuk pengemar minuman berkafien.
Anda boleh cuba Cinch Shake atau Cinch Tea Mix . Minuman berkhasiat dan sesuai untuk pesakit kencing manis dan juga mereka yang ingin menurunkan berat badan. Minuman ini juga boleh membuatkan anda lebih bertenaga. 




TEMPAH SEKARANG


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

20 April 2015

1.1 : Kaedah Perancang Kehamilan

Masih mencari kaedah perancang keluarga yang sesuai dengan anda.? Bagi Farah sendiri yang bersalin secara cazer, pasti mencari kaedah yang sesuai untuk menjarangkan kehamilan bagi memberi ruang proses penyembuhan luka sembuh dengan baik dan sempurna.



Suntikan Hormon Pencegah Kehamilan

Hormon sintetik yang diberikan secara suntikan bagi mencegah kehamilan.

Hormon ini berfungsi untuk:


  • mencegah ovulasi
  • menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
  • menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin
Setiap suntikan berkesan untuk selama 12 minggu (3 bulan). Suntikan susulan harus diberi setiap 12 minggu untuk memastikan ia tetap berkesan.


Suntikan diambil pada hari yang ke-4 selepas haid bermula.


Ibu yang menyusu bayi selepas bersalin- Suntikan sebaiknya diberi pada atau sebelum 6 minggu

Bagi ibu yang tidak menyusu bayi selepas bersalin. Suntikan boleh diberi bila-bila masa selepas hari ke 5, tetapi sebaiknya sebelum 21 hari. Sekiranya suntikan diberi selepas 3 minggu, ibu tersebut seharusnya menggunakan kaedah perancang keluarga tambahan untuk jangkamasa 2 hingga 3 minggu.

Kesan Sampingan 

  • Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
  • Perubahan berat badan
  • Sakit kepala
  • Perut kembung dan rasa tidak selesa
  • Senggugut
  • Rambut gugur

Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.

Mereka Tidak Boleh Ambil Suntikan
  • Wanita hamil
  • Pesakit jantung atau strok, darah tinggi dan individu yang mempunyai risiko penyakit kardiovaskular (seperti perokok atau pesakit diabetes)
  • Pesakit diabetes yang kronik melebihi 20 tahun atau mengalami komplikasi
  • Pesakit kanser payudara, kanser uterus dan kanser serviks
  • Pernah mengalami pembekuan darah pada salur darah di kaki (Deep Vein Thrombosis)
  • Pernah menghidap penyakit jaundis (kawasan putih mata atau kulit menjadi kuning) semasa mengandung atau semasa menggunakan pil pencegah kehamilan
  • Penghidap penyakit hati (liver cirrhosis), jangkitan (hepatitis) atau ketumbuhan hati (tumour)
Suntikan hormon pencegah kehamilan adalah kaedah perancang keluarga untuk jangka masa panjang. Oleh itu, ia mengambil masa yang panjang untuk kesan suntikan berkurangan. Purata tempoh untuk kembali hamil adalah antara 1 hingga 4 bulan lebih lambat berbanding kaedah lain. Ini bermakna wanita akan hamil semula apabila berhenti mengambil suntikan ini selepas purata 10 bulan dari suntikan terakhir.


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

19 April 2015

Cinch® Shake Mix Membantu Anda Bina Badan Secara Sihat

Otot merupakan jalinan jaringan dalam tubuh yang tugas utamanya mengucup. Pengucupan otot digunakan untuk memindahkan bahagian-bahagian tubuh dalam tubuh.

Jadi untuk membina badan secara sihat dan sempurna, kita kena lah jaga organ utama kita,baru boleh kekal sihat.


Cinch® Shake Mix


  • Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa 
  • Membantu anda dalam proses menurunkan berat badan.
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian

Cinch® Shake ini bebas laktosa , indeks glikemik yang rendah dan juga NON GMO SOYA. 



Indeks Gikemik Dalam Cinch® Shake
  •  Perisa Vanilla - 22
  • Perisa Chocolate - 16
  • Perisa Latte - 27


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

18 April 2015

Set Anak Pintar Dan Sihat


Semua ibubapa pastinya nak yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak. Seperti Farah sendiri, keperluan vitamin dan mineral yang di perlukan oleh seorang budak tidak mampu untuk Farah sediakan. Apa yang Farah boleh buat hanya belanja kan sejumlah wang untuk memenuhi keperluan tersebut. Pastinya nak yang terbaik untuk anak.

Untuk permulaan Farah berikan anak MealShake sebagai makanan tambahan untuk melengkapkan sumber vitamin dan meniral yang diperlukan. Hanya mix dengan minuman anak @ mix dengan susu.. Sehari sekali sahaja.. Alhamdullilah dulunya najis anak keras dan sukar untuk membuang.. Sekarang tidak lagi.. Mudah untuk proses membuang dan juga najis tidak keras lagi..

MealShake (RM 127.20) - merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dalam badan.
Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu. 


OmegaGuard (RM 144.43)Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.


VitaLea for Kids (RM 117.93) - Multivitamin terbaik untuk kanak-kanak. Terdapat 18 jenis vitamin dan nutrient yang sangat diperlukan untuk kanak-kanak. 

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg (OUT OFF STOK) - Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.Dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.


Ini adalah 4 produk yang sangat sesuai untuk kanak-kanak seawal setahun dan keatas. Pilih lah yang terbaik untuk anak anda.


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

17 April 2015

7 Tips Memilih Makanan Untuk Bina Badan


Jika anda sedang berusaha untuk membina otot, sebenarnya ia adalah lebih daripada sekadar memulakan rutin latihan mengangkat berat. Anda perlu menukar diet pemakanan anda juga. Memilih makanan bina badan yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot anda dan juga mengisi zat badan anda selepas senaman.



5 tips memilih makanan bina badan 


1. Tingkatkan bahagian hidangan & kadar pengambilan makanan anda. 

Jika anda mengangkat berat, maka anda perlu makan lebih kerap. Orang yang aktif memerlukan lebih banyak kalori daripada orang yang tidak aktif bersukan.

2. Atur jadual & waktu makan anda. 

Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang anda. Ini memberi masa badan anda cukup untuk menghadamkan makanan, supaya anda mempunyai tenaga untuk bersenam. Anda juga perlu makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah baik selepas latihan bina badan. 

3. Tambah jumlah karbohidrat dalam diet anda. 

Anda mungkin pernah mendengar orang yang ambil makanan berkarbohidrat tinggi sebelum dan selepas senaman. Karbohidrat memberi badan anda lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa senaman anda.

4 Lebihkan sumber protein dalam makanan anda. 

Sebaik-baiknya, anda mahu makan sumber protein tanpa lemak apabila anda cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot.

5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Buah & sayuran menyediakan tubuh anda dengan vitamin dan nutrien yang mencukupi semasa anda membuat latihan bina badan yang berat untuk menambahkan pembesaran otot.


6. Minum Air Masak 

Jangan lupa untuk minum air yang banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi @ kekurangan air dalam badan boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.

7. Keperluan Protien

Anda juga boleh mencari & menggunakan sumber vegetarian untuk keperluan protein pada tubuh anda. Anda boleh menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan untuk protein dan juga telur.

Semoga entry ini memberi manfaat kepada anda semua.. Sekian..



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

16 April 2015

Kenapa Saya Sakit Pinggang Ketika Hamil.?

Ramai wanita mengandung mengalami sakit belakang dan sakit pada bahagian pinggul. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan.



Sakit belakang ialah perkara yang biasa dilalui semasa kehamilan, ianya disebabkan oleh hormon dan perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran rahim. Berwaspadalah dengan postur badan anda ; dengan menegakkan bahagian pinggul dan elakkan daripada terlalu menyandar ke belakang. Selain itu, pastikan tulang belakang sentiasa dalam keadaan baik dengan bersenam. Yoga, berjoging dalam air (aqua jogging), dan berenang adalah aktiviti yang sangat baik untuk dilakukan. Sakit belakang yang berterusan mungkin memerlukan rawatan daripada fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati atau kiropraktor. Sakit belakang yang kadangkala berlaku mungkin disebabkan oleh kontraksi, di mana kesakitan pada bahagian ini mungkin terasa lebih lagi daripada bahagian abdomen. Jika anda berasa kurang pasti, hubungilah pegawai penjaga materniti (LMC) anda.


Sakit pada bahagian pinggul Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga. Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul.


Boleh klik >> SARANAN UNTUK MENGELAKKAN SAKIT PINGGANG KETIKA HAMIL



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

04 April 2015

Tanda Putih Di Kuku, Tanda Anda Ramai Peminat.??




Kebanyakkan dari kita mesti pernah mengalami atau ada garis putih pada kuku seperti gambar di atas ini bukan? Pernah tak anda terfikir apa penyebab garisan itu muncul?

Dulu masa kecil-kecil , ada kawan-kawan yang kata kalau ada tanda putih di kuku ini,maksudnya ada yang minat dekat kita... Makin banyak tanda,makin ramailah yang minat kita. HAHAHAHAHAHA kelakar kan kalau diingat kembali kisah dulu-dulu.. 

Tetapi sebenarnya tanda putih dikuku ini adalah tanda kita KEKURANGAN ZINC dalam badan.

Antara Kepentingan Zinc 



  • Zinc dapat membantu mengaktifkan 200 jenis Enzim dalam badan. Ia penting untuk memelihara metabolisme gigi. Ia juga membantu mengurangkan Masalah Keguguran Rambut.


  • Zinc juga penting untuk kesihatan prostat dan kajian telah membuktikan dengan pengambilan zinc setiap hari dapat membantu  mengurangakan pembengkakkan prostat sehingga 70%

  • Zinc juga dapat membantu dan memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meningkatkan  sprem count

  • Bagi pesakit diadetes pula, zinc boleh membantu dalam proses pengeluaran insulin

  • Bagi wanita secara khususnya, zinc dapat membantu dalam proses penguncupan uterus @ rahim

  •  Zinc juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka dalaman dan juga luaran.  (Bagi kegunaan luaran,anda boleh hancurkan sebiji zinc+sedikit air dan terus letak diluka. InsyaAllah luka anda boleh cepat kering.)

Sekian sahaja untuk sharing kali ini.. Jumpa anda di enrty akan datang...



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor




Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...