27 February 2015

12 Amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita untuk Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. 




Langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:



  1. Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  4. Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  5. Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  6. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  7. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  8. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  9. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  10. Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  11. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  12. Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Farah juga tidak terlepas dari masalah keputihan ini. Farah amalkan salah satu produk shaklee. Produk yang mana..?  Mudah,Jimat dan Senang. Klik di sini .. 





25 February 2015

Kenapa saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga? 5 kaedah perancang keluarga

Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut. 

Farah dan suami juga mengambil berat terhadap perancang keluarga ini unttuk menjarakkan kehamilan. Satu sebab utama ingin menjarakkan kehamilan kerana bersalin semasa anak pertama Farah cazer dan sekarang sudah hampir 2tahun usia anak kami dan Farah berjaya untuk tidak hamil dalam tempoh tersebut dengan merancang secara normal tanpa mengambil alat pencegah kehamilan @ pengambilan ubat perancang. Kerjasama antara suami dan isteri amat penting dalam melaksanakan proses merancang secara normal. 



5 Kaedah-kaedah perancang keluarga

1.Kaedah semulajadi

  • Kaedah masa subur
  • Suhu badan asas
  • Kaedah cairan dan lendiran faraj
  • Kaedah gabungan
  • Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan









2.Kaedah halangan


  • Kondom
  • Topi servik
  • Diafram











3.Hormon

  • Pil
  • Implan
  • Suntikan




4.Alat dalam rahim





5.Kaedah kekal


  • Ikatan tiub fallopian/peranakan
  • Pembedahan mengikat saluran mani lelaki



Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?

1.Hormon (pil)


  • Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
  • Selepas keguguran- mulakan serta merta
  • Selepas kelahiran :-
  • Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
  • Jika menyusukan bayi- mulakan 6 minggu selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula

2.Suntikan hormon


  • Mulakan dalam masa 7 hari haid
  • Mulakan serta merta selepas keguguran
  • Selepas kelahiran
  • Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
  • Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak

3.Alat dalam rahim


  • Semasa haid
  • Serta merta selepas keguguran
  • 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks

4.Kaedah kekal


  • Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
  • serta-merta selepas melahirkan atau
  • 6 minggu selepas melahirkan atau
  • Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
  • Bila-bila masa

5.Lelaki (Vasektomi)



  • Bila-bila masa

Dapatkan Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga. InsyaAllah pasti ada cara yang terbaik untuk anda dan keluarga..



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor





24 February 2015

Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Stay tune untuk info lagi mengenai keputihan ini.. Nantikan di entry akan datang.





Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

23 February 2015

Minuman Berasaskan Koko Mempunyai Kafein

Hari itu ada sedikit perbincangan dalam group telegram WAHM mengenai minuman berkafein ini.. Ternyata rata-rata mereka kurang mengamalkan minuman yang berasaskan kafein sejak mereka mula mengamalkan pengambilan vitamin shaklee ini. 



Mereka mengubah amalan minuman harian mereka dengan mengamalkan minuman berasaskan koko. Ada yang minum milo @ tamar coco.. Tak minum milo sebab.? BOIKOT... Milo @ Tamar Coco ini bila campur dengan ESP @ MealShake, memang super sedap.. 

Mengamalkan minuman berkafein ini akan menyerap segala nutirian yang terkandung dalam vitamin yang kita ambil.. Jadi kalau minum kafien tak guna lah makan vitamin,.. Sebab kebaikan dalam vitamin itu akan hilang. 

Usah risau, kandungan kafien dalam minuman berasaskan koko seperti Milo,Tamar Coco,Coklat dan sebagainya adalah sedikit. Hanya terdapat lebih kurang 5mg kafein yang terkandung dalam 8oz ( 1cawan = 230ml ). Kandungan ini selamat jika anda mengamalkan vitamin untuk menambahkan sumber vitamin dan zat dalam badan. 

Farah harap perkongsian ini jelas dan anda tidak perlu risau untuk minum minuman yang berasaskan koko.









20 February 2015

Perangi Kanser Payu Dara . Amalan Yang Boleh Anda Lakukan.

Seperti yang dijanjikan di entry sebelum ini,jom kite sambung cerita mengenai kanser payu dara ini. Kali ini Farah kongsi pasal amalan yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Selamat mencuba, semoga apa yang Farah kongsikan memberi jalan penyelesaian untuk anda.





ANTARA TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN

1. PENGESANAN AWAL DAN SARINGAN

  • Mengenal pasti pertumbuhan tumor pada peringkat awal adalah lebih baik.
  • Dapat mengurangkan risiko sel kanser merebak ke organ lain dengan menyingkirkan tumor tersebut.

2. BERSENAM SELALU


Langkah Pertama

Dalam keadaan berbaring , setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut. Regangkan kedua belah tangan separas dengan bahu anda. Angkat kedua-dua tangan tadi tegak ke atas mengatasi badan anda dengan membengkokkan sedikit siku agar berat bebanan seimbang dengan dengan bahagian dada. Kemudian tolakkan kedua-dua tangan tadi ke sisi badan hingga ke paras bahu. Ulangi langkah ini bagi 13-15 kali.

Langkah Kedua

Dalam keadaan berbaring, setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut dan luruskan tangan ke paras dada. Bengkokkan kedua-dua tangan dan bawa ke dada anda. Pada masa ini kedudukan siku mestilah menunjuk ke arah bahu. Balik ke kedudukan asal dan ulangi langkah ini bagi 13-15 kali.

Langkah Ketiga

Setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut dan regangkan tangan ke sisi badan dan buat 15 pusingan kecil ke belakang dengan memastikan besar bulatan kira-kira 1 kaki. Kemudian besarkan sedikit diameter pusingan dan ulangi 15 kali. Ulangi kedua-dua langkah tadi dengan menukar pusingan ke depan pula.


Dalam keadaan kedudukan yang selesa, regangkan kedua-dua belah tangan melepasi kepala. Pautkan jari-jemari bagi kedua-dua belah tangan tadi dengan tapak tangan menghala ke atas. Tegakkan badan dan mula regangkan badan anda ke sisi kiri dan kanan seperti yang biasa kita lihat kucing sering lakukan seperti ini. Teruskan gerakan selama 1 minit.

Senaman ini akan membantu seimbangkan ‘meridian’ (garisan tubuh badan) bagi dada (serta tulang rusuk) dan kawasan sekitarnya.


3. AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG


  • Jangan hanya memilih makanan anti-kanser sahaja.
  • Makanan anti-kanser bagus tetapi kurang nutrisi dan kurang seimbang.
  • Amalkan pemakanan seimbang secara sihat adalah lebih bagus.

4. Sentiasa Ceria

  • Ketawa adalah penawar yang terbaik
  • Uruskan stress dengan baik

...Selamat Mencuba Semua....


18 February 2015

Kanser Payu Dara Pembunuh No1 Wanita Malaysia

Kanser payudara adalah sejenis ketumbuhan " tumor malignan" yang bermula pada sel-sel payu dara. Tumor malignan adalah sekumpulan sel kanser yang boleh tumbuh sehingga menembusi tisu badan desekelilingnya(invasi) atau merabak ke bahagian tubuh badan yang lain (metastasis).





APAKAH YANG MUNGKIN MENYEBABKAN KETUMBUHAN INI BERLAKU ..??



  • Walaupun kadang kala dikaitkan dengan genetik atau sejarah keluarga,namun penyebab sebenar ketumbuhan sel kanser payu dara masih sukar  diketahui. 



  • Walaubagaimanapun beberapa faktor yang mempengaruhi risiko sel kanser payu dara dapat dikenalpasti. 



  • Antaranya ialah :-

  1. Peningkatan usia
  2. Sejarah keluarga,terutama yang mempunyai pertalian rapat @ pertalian darah
  3. Permulaan kitaran haid yang awal @ lewat putus haid
  4. Tidak pernah mengandung walaupun umur lebih 30 tahun
  5. Tidak pernah menyusukan anak
  6. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  7. Pemakanan yang tinggi lemak dan kurang serat
  8. Obesiti selepas putus haid


TANDA-TANDA DAN GEJALA

  1. Ketulan di sekitar payu dara @ di bahagian ketiak
  2. Perubahan dari segi saiz,bentuk @ rasa pada puting/payu dara
  3. Rasa sakit pada payu dara
  4. Ulser kulit
  5. Bengkak pada lengan(bersebelahan dengan payu dara yang dijangkiti kanser)
  6. Ruam pada payu dara


Hendak ketahui lebih lanjut mengenai kanser payu dara ini..? Tunggu di entry akan datang. InsyaAllah Farah akan update entry yang berkaitan kanser ini bagi membantu anda semua..

Stay tune....






16 February 2015

6 Tips Rawatan Demam Denggi Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Tips Yang Boleh Anda Lakukan

  1. Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  2. Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  3. Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  4. Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  5. Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  6. Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.





Penggunaan Suplement Tambahan Membantu Menyembuhkan Denggi




539g : RM 82.50
Untuk Dewasa:- 3 sudu besar sekali bancuh
Untuk Kanak-Kanak :- 1 sudu besar sekali bancuh

** Bancuh bersama air sejuk / Mealshake / ESP



Anda juga boleh mencuba suplement tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik.

Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.







Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

13 February 2015

Petua : Untuk Menambahkan Susu Badan

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?




Pilihan Yang Boleh Anda Lakukan

1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.


2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.


3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.


4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.


5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.


6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.


7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.


8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.


9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.


10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.


11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.


12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.


13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.


14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.


15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari


16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu.

17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.


18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.


19: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.


20: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.





Selamat Mencuba Semua.

Susah.? Tak ada masa.? Saya Ada Cara Mudah.. Amalkan Setiap Hari Dan Jangan Mudah Berputus Asa.



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

10 February 2015

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate . Kaedah Mencuci Seluruh Rumah Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. 

Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!


Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah


  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah

  1. Dinding, tingkap dan cermin
  2. Kaunter dapur, jubin dan lantai
  3. Peralatan
  4. Dapur
  5. Hiasan kayu
  6. Periuk belanga
  7. Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Basic Untuk Hasil Terbaik



#1. Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi


  •                  1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean



#2. Periuk belanga


  •                           1/2 sudu teh + 1 gelen air suam



#3.Tingkap dan cermin


  •                            1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean



#4.Lantai


  •                            1 sudu besar + 1 gelen air



#5.Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi


  •                              1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam




Kebaikan Basic H. Selamat Untuk Semua Peringkat Umur


  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee



Selamat


  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan

  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.

Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



473 ml : RM 46.00




Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor


Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...