28 October 2014

Santai Sahaja..

Assalamualaikum..

Minggu yang agak memenatkan tetapi best.. Hujung minggu lepas ( 24/10 ~ 25/10 )
Farah dan family pergi ke majlis pertunangan sepupu sebelah ibu di Klang. Bertolak dari Batu Pahat pukul 6ptg.. Dari BP Lalu jalan bawah masuk tol Tangkak... Jimat duit tol...Singgah makan di R&R Jejantas pukul 9malam... Perjalanan agak slow sbb jalan sedang di naik taraf.. Kereta pulak banyak... Then, kami Exit di Nilai KLIA RM23.++ xingat pulak..hehehhe..
Then,Exit lagi di SHAH ALAM,MERU.. HAh.. bermula lah jelajah kami untuk ke rumah homestay... kami guna WAZE.. Sesat jugak sebab rumah homestay tuu xde dalam WAZE.. hahahaha... last2 call laa si bakal bertunang nie.. Suh die ambil kami... Malam2 kan..susah nak cari tempat yang baru pertama kali datang... KAmi sampai di homestay pukul 11.30 malam... Cepat lah jugak ( mereka kata )..

Sebenarnya.. Keluarga Farah jarang dapat berkumpul dengan Keluarga besar sebelah ibu.. Biasa Kami berkumpul di Keluarga Besar sebelah ayah.. Jadi kami ambil kesempatan ini untuk merapatkan kembali hubungan sekeluarga...  Meriah.. Rasa xcukup pulak 2 hari bersama mereka.. InsyaAllah kami akan berkumpul lagi pada 21/11 di Seremban.. 



Sekitar Majlis










Ini LAh KAmi




Sekian sudah cerita blog nie.. Lain kali cerita lagi.. Wassalam...






Ingin mengetahui Kebaikan dan Fungsi Produk Shaklee Dengan Lebih LAnjut?

Baca Disini >>>  DETAILS PRODUCT SHAKLEE

Nak Buat Tempahan Sendiri .? Boleh ..

Klik Disini >>>> TEMPAHAN SENDIRI


Nak Lagi MUrah @ Jimat.. ?Nak Tambah Pendapatan Sampingan.? 4,5,6 angka sebulan..? JOm Sertai Kami..

Boleh Juga jika Anda ingin Menggunakan Produk Shaklee untuk Kegunaan Sendiri... Lebih Jimat...


Hubungi Saya Segera untuk Pendaftaran Dan Saya Akan Masukkan Anda ke Group FB dan Telegram Yang Gempak .. Kami Akan Mengajar Anda Dari A to Z.. FROM ZERO TO HERO.
FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.

23 October 2014

Hujung Minggu Di Pantai Minyak BeKu Batu Pahat,Johor

Assalamualaikum..

Hari nie nak cite di luar topik shaklee... hehehehehe.... Hari2 sibuk bekerjaa... xde masa nak bawak anak keluar.. jadi hujung minggu lepas,nenek Fiqar (ibu saya ) ajak pi Pantai Minyak Beku sebab atok fiqar nak memancing.. So, ape lagi FArah n hsbnd amek laa kesempatan ini tu bawak Fiqar berjalan... 

Alhamdulillah sampai kat sana, cuaca xde laa panas sangat.. cari port baik punya.. Bentang tikar dan landing time.. Hehehehe... senjuk jek.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa (cewah..) Ape lagi.Atok fiqar pon bersiap sedia untuk menjalan kan misi die... Fiqar pulak misi die,meranyap laa di kawasan tuu.. Penat melayan.. Nasib baik pakcik n makcik die ade... Yela xpernah datang situ,tuu yang die agak jakun cikit..hehehe...

Antara Aksi Melayan Kerenah Fiqar

1. Turn Pok Teh



2. Turn Ummie Pulak



3.Turn Abbi 


4. Fiqar Pandai-Pandai Layan Diri Sendiri



5. Aksi Fiqar Kacau Atok Die


6. Nenek punya Turn Pulak





Mak Cu die xde turn,sebab mak cu sibuk main air kat tepi - tepi batu,dan keadaan disitu tidak sesuai untuk Fiqar... Alhamdulillah melihat insan tersayang sihat dan gembira,sudah cukup membuatkan diri ini bahagia.. Semoga semuanya kekal hingga ke akhir nya.. Aamiin..

Sampai sini sahaja.. Korang dah penah pi bercuti kan..??? Cerkomen tempat-tempat yang menarik untuk bawak Fiqar bercuti.. Farah agak confius.. Xtahu nak pilih... Komen yek...


#happysunday #19/10/2014 #pantaiminyakbeku #batupahatjohor

Sekian, Wassalam..





Ingin mengetahui Kebaikan dan Fungsi Produk Shaklee Dengan Lebih LAnjut?

Baca Disini >>>  DETAILS PRODUCT SHAKLEE

Nak Buat Tempahan Sendiri .? Boleh ..

Klik Disini >>>> TEMPAHAN SENDIRI


Nak Lagi MUrah @ Jimat.. ?Nak Tambah Pendapatan Sampingan.? 4,5,6 angka sebulan..? JOm Sertai Kami..

Boleh Juga jika Anda ingin Menggunakan Produk Shaklee untuk Kegunaan Sendiri... Lebih Jimat...


Hubungi Saya Segera untuk Pendaftaran Dan Saya Akan Masukkan Anda ke Group FB dan Telegram Yang Gempak .. Kami Akan Mengajar Anda Dari A to Z.. FROM ZERO TO HERO.
FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.



17 October 2014

Set Batu Karang ~ Shaklee

Menikmati makanan enak menjadi budaya dalam masyarakat kita. Perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini, bukan apakah makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

Ramai orang kita yang sakit bukan disebabkan tidak cukup makan, sebaliknya kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang.

Jika ada kesedaran sekalipun, kadangkala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan.

Pakar Perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, tanpa disedari, makanan yang kita makan kerana keenakannya atau diambil kerana inginkan khasiatnya sebenarnya boleh mengundang penyakit jika diambil secara berlebihan.

Menurutnya, banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu struktur keras menyerupai kristal yang terbentuk daripada bahan mineral. Ia boleh terbentuk di bahagian antara ginjal hingga ke saluran kencing.


Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan.

Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.

“Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak,” katanya.

Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor serta pendarahan dalam kencing.


Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan:

• Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang

• Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di saluran buah pinggang

• Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.


Jenis batu karang

• kalsium
• asid urik
• struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
• cystine

Batu karang yang boleh dikesan sinaran X ialah batu kalsium fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak dapat dikesan dengan sinaran X tetapi biasanya dapat dikesan dengan ultrasound atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine.

“Batu yang membesar dalam ginjal mungkin mengambil masa lama untuk terbentuk, dari beberapa tahun hingga berpuluh-puluh tahun.

“Kadar pembentukan batu tidak sama, ada individu mendapat batu karang yang saiznya masih sama biarpun selepas 10 tahun,” katanya.

Satu daripada 20 orang dijangka menghidap penyakit batu karang. Lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Ini disebabkan hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang membentuk batu.

Kejadian batu karang kerap terjadi pada individu berusia antara 20 hingga 50 tahun dan penyakit ini biasanya berulang. Ia kerap berlaku kepada orang putih dan Asia kerana genetik dan jarang berlaku dalam kalangan orang Afrika.


Faktor risiko

• 25% daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang

• kerap berlaku di negara bercuaca panas

• gaya hidup yang kurang aktif

• dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)

• pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi

• jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang


Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu. Selain itu, lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang.

Pembentukan batu karang boleh dicegah dengan banyakkan minum air serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.


Gejala

• kencing berdarah
• sakit belakang/kawasan pundi kencing
• wujud butiran pasir di dalam air kencing
• jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
• demam dan badan menggigil
• kencing kotor


Rawatan

Jika wujud gejala batu karang, segera berjumpa doktor. Doktor akan menjalankan ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan CT scan.

Pesakit yang mempunyai batu karang kecil digalakkan supaya meminum banyak air. Ubat tahan sakit juga akan diberi sekiranya pesakit mengalami kesakitan.

Doktor juga mungkin memberi ubat yang membantu merapuh dan meleburkan batu karang yang akhirnya akan keluar melalui air kencing.

Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing.


Kaedah memecahkan batu karang di buah pinggang, saluran buah pinggang dan pundi kencing:

1) Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)

• kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan

• membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang

• kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing

• sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X

• pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan

• rawatan pesakit luar


2) Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)

• pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang

• tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound


3) Litotripsi Ureteroskopi (URS)

• pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang

• kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang

• batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara pneumatik atau laser melalui skop


4) Vesikolitotripsi

• ini pembedahan untuk memecahkan batu di pundi kencing

• kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga yang boleh memecahkan batu


Pencegahan/panduan

• banyakkan minum air

• kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang

• elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa risiko pembentukan batu karang

• protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini banyak menyebabkan kejadian batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan kira-kira 150g/sehari


** sumber dipetik dari harian metro 06/10/2013



Set Cadangan Shaklee Untuk Pesakit Batu KArang

B Complex - membantu mengurangkan kadar oksalat (garam mineral ) dalam badan

Vita-C - membantu mengasidkan urin

Ostematrix - megnesium menurunkan oksalat & membantu mencegah batu karang

Alfalfa Complex - membantu mengurangkan infeksi & inflamasi

Lecithin - membatu membakar lemak yang akan membentuk batu karang


Carotomax - membantu menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang



Set BAtu Karang -  RM 387.50





Ingin mengetahui Kebaikan dan Fungsi Produk Shaklee Dengan Lebih LAnjut?

Baca Disini >>>  DETAILS PRODUCT SHAKLEE

Nak Buat Tempahan Sendiri .? Boleh ..

Klik Disini >>>> TEMPAHAN SENDIRI


Nak Lagi MUrah @ Jimat.. ?Nak Tambah Pendapatan Sampingan.? 4,5,6 angka sebulan..? JOm Sertai Kami..

Boleh Juga jika Anda ingin Menggunakan Produk Shaklee untuk Kegunaan Sendiri... Lebih Jimat...


Hubungi Saya Segera untuk Pendaftaran Dan Saya Akan Masukkan Anda ke Group FB dan Telegram Yang Gempak .. Kami Akan Mengajar Anda Dari A to Z.. FROM ZERO TO HERO.
FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.

Tips Penjimatan Minyak

Seperti yang rakyat Malaysia sedia mklum., kerajaan Malaysia telah menarik subsidi minyak sebanyak 20sen. Jika sebelum ini harga minyak RON95 - RM2.10 seliter, sekarang jadi RM2.30 seliter.. Peningkan dengan tindakan ini.. Pastinya semua rakyat berfikir dan berkira kira cara2 @ langkah penjimatan kewangan sekarang.. Farah share sikit,tpis untuk menjimatkan minyak kenderaan anda... PASTIKAN BUAT SECARA KONSISTEN.. Pasti hasilnya juga memuaskan.


Tips  jimat minyak petrol.

1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.


2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda
Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

5. Periksa tekanan angin tayar anda.
Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

6. Penyelenggaraan
Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.

7. Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak.
Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.

8. Matikan enjin
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

9. Penggunaan gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

10. Penggunaan Brek yang betul
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.


11. Rancang perjalanan
Merancang perjalanan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.
Anda juga boleh buat melakukan dua kerja pada satu masa contohnya dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan anda contohnya semasa anda pulang dari kerja, bolehlah singgah membeli barang keperluan rumah di mana-mana kedai yang berdekatan.
Jadi, anda tidak perlu lagi keluar semasa hujung minggu. Kan jimat minyak macam tu.

13. Minimum penggunaan kenderaan
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta. LC sekarang RM6000 je. Takkan tak mampu kot. Nak lagi jimat pakai motor Honda. Memang jimat

14. Tutup air-cond
Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cond anda. Selain itu, matikan juga aircond anda bila sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

15. Tutup tingkap kereta
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

16. Elak jalan sesak
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kereta mengalami pembaziran kerana tidak bergerak.

17. Jaga enjin kenderaan
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan
juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Tanya mekanik bertauliah kalau tak pasti minyak pelincir mana yang terbaik.

18. Sentiasa berkongsi kenderaan
Jika anda dan rakan anda pergi ke tempat kerja yang sama apa bergilir-gilir tumpangkan kenderaan. Selain menjimatkan minyak, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Itu pun jika semua pengguna jalan raya melakukan amalan ini.

19. Panaskan enjin dengan betul
Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.



Semoga tips ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda.. Perancangan yang bijak dapat menghasilkan sesuatu yang membanggakan..



Ingin mengetahui Kebaikan dan Fungsi Produk Shaklee Dengan Lebih LAnjut?

Baca Disini >>>  DETAILS PRODUCT SHAKLEE

Nak Buat Tempahan Sendiri .? Boleh ..

Klik Disini >>>> TEMPAHAN SENDIRI


Nak Lagi MUrah @ Jimat.. ?Nak Tambah Pendapatan Sampingan.? 4,5,6 angka sebulan..? JOm Sertai Kami..

Boleh Juga jika Anda ingin Menggunakan Produk Shaklee untuk Kegunaan Sendiri... Lebih Jimat...


Hubungi Saya Segera untuk Pendaftaran Dan Saya Akan Masukkan Anda ke Group FB dan Telegram Yang Gempak .. Kami Akan Mengajar Anda Dari A to Z.. FROM ZERO TO HERO.
FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.

07 October 2014

Suka Suki Aidiladha 2014

Salam Aidiladha semua..

Alhamdulillah.. masih dapat menyambut aidiladha bersama tersayang..tahun nie tahun ke 2 Fiqar dapat tengok proses penyembelihan lembu nie... Tahun lepas fiqar di dokong walaupon dah pandai jalan,., tahun nie..die pulak ajak kite berjln... abis die tawaf semua tempat.. Teroka benda baru.. Kenal lembu dan boleh menyebutnya.. Seronok tengok perkembangan Fiqar.. Syukur sangat..


Lepas tengok lembu... Bawak Fiqar main taman permainan.. Dekat jek.. Sebelah surau.. huhuhu seronok Fiqar.. Ummi pon gembira..

Hah,bermula lah episod menu daging seminggu.,,hahahaha...
Nak masak ape.? Daging kicap.. Daging kari.. Daging ape ek... Kena bkk buku resepi nie..

Antara gambar suka suki Aidiladha 2014




Sekian sahaja untuk kali nie..  Cerita suka suka.. Santai di petang hari.. Salam sayang semua.. Semoga anda semua bahagia bersama insan tersayang.. Sihat bersama Shaklee.. 



Nak oder Shaklee.?? 
Hubungi saya
Farah @ KecikSangat
011-27794946 sms@whatsapp






Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...