22 January 2014

SHAKLEE DAN MLM

Assalamualaikum

kecik nk kongsi ilmu yg kecik dapat... Semua Orang perlu tahu.. Maaf lah yek..Kecik copy paste jek..sbb kecik pon nk thu..sbb kecik nk join bisnes nie..

Kecik copy dari blog nie...

( http://wafiqulya.blogspot.com/2013/06/shaklee-mlm-tak-lulus-syariah.html )


Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain.



ni adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak. 

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.


anakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. 

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.


Wassalam...

21 January 2014

Nyawa Saya

Assalamualaikum

Ini lah nyawa saya... Muhammad Dzulfiqar Shah..panjang kn name..hehehehehehe..asal nme Dzulfiqar Shah..tpi ibu suh tambah Muhammad..jdi,tmbh jela..
9 bulan 10 hari.??kecik lebih..9 bulan 13 hari..kecik thu ngndung mase usia bby 2 bulan dlm perut..lepas jek dpt thu,kecik kne kencing kotor..lama jugak..2 minggu lebih..sakit gler..lepas bnyk minum air masak dan air barli,bru lah kencing ok..4 bulan pertama,mabuk teruk..xboleh minum susu..semua yg berasas kn susu kecik xleh minum..air soya pon xboleh..mesti muntah balik..pastuu puasa lak...jadi tuk nk tmbh kan kalsium..kecik mkn tulang2 ikan yg kite boleh mkn..mcm tulang ikan pari..ikan bilis..kalo nk thu kalsium ckup ke x,time ngndung tuu,xde rase kebas kaki..tgn..kalo de rase kebas,mknenye xckup kalsium lah tuu...Masuk bln ke-5,selera mkn dah ok..xde mabok lg..time tuu merdeka lah..mcm2 rase nk mkn..ade yg dpt..ade yg xdpt..yela mintak time pukul 3,4,pagi..mne lah de kdai bkk lg..ade pon kdai mamak..eeeeee xnk lah mkn kat kdai mamak..xsedap...husband lak selalu balik keje pukul 4 pgi..jdi,sebelum die balik,kecik call laahh..suh die li burger MCD..sedap...hehehehehehehe
Due date 02/01/2013...tarikh tuu da nk dekat..tpi 1 tanda pon masih xde lg...siap leh jln2 pi BPMALL lg..Hari - hari minum air COOL BLOG...MILKTEACOKLAT..xdapt,tekak rase lain jek...Last2 rase xdap ati,04/01/2013 kecik suh hsband bwak pi hospital..kire serah diri laa nie..last due 08/01/2013...pukul 11.30mlm kecik pi hospital Sultanah Nora Ibrahim..pastuu teruk kene tahan..masuk wad..
Kecik nangis sbb kne tdo sorg2,..hubby xleh teman..pertama kali berpisah ngn hubby..sedih sgt time tuu...hubby pujuk jek..da masuk wad..tiap pagi n petang kne seluk ngn doktor tuk bntuan pembukaan jln tuk kelahiran..huhuhuhuhu sakit laa jugak...last sekali 06/01/2013 pukul 12 mlm...perut rase sakit sgt..duduk salah..baring salah..jln slah..semua bnde laa seba xkne..smpai akk katil sebelah pon risau..xtentu arah dibuat nya..time tuu msj ibu (xleh call sbb ibu keje mlm).mintak maaf..msj ayah..msj ngn hubby jgn kire laa..mmg tiap saat brmsj ngn die..yelah,hubby xleh teman kat wad kn..smpai laa pukul 8 pagi,time untuk doktor seluk lg..pas masuk bilik,doktor seluk,,pastuu doktor ckp jln dah bkk 4cm..da boleh tolak pi dewan bersalin..kecik terus msj hubby..hubby cepat2 masuk tlg kecik kemas keperluan untuk bersalin..n tlg tolak kecik pi dewan bersalin..time tuu de 5,6 org yg same2 ngn kecik pi dewan bersalin..hanya doa yg mampu kecik buat..ingt semula nasihat2 ibu..pastuu kecik baring laa kat katil,hubby kene tggu lua dulu smbil kne dgr ceramah..ceramah tuk teman isteri ketika bersalin..misi pulak siap2 kn kecik..pasang alat dekat perut..sakit nye..yg ampun..mcm nk patah pinggang...smpai kne gune bntuan pernafasan sbb kecik da letih sgt..yela.8jam xtido..Bler doktor dtg check..die seluk..5cm..pastuu die pecahkan air ketumban..time tuu lg laa sakit..bertambah2,..lepas bpe minit,doktor seluk lg..tpi kali nie die pelik.sbb die xrase kepala bby..jantung bby pulak xstabill..mendatar jek..last sekali doktor Pakar dtg n die wat keputusan tuk bwk kecik pi bilik bedah..doktor pnggil hubby masuk n die bgthu yg "kami nk bwk isteri awk tuk pemedahan.sbb jln xbkk n jntung bby awk xstabill" time tuu hubby mcm nk nangis..nak ke xnk kne jugak setuju,,jdi Misi pon siap2 kn lah kecik tuk masuk dewan pemedahan..kecik rase ngntok sgt..n terlalu sejuk..mengigil2...masuk laa kecik dlm dewan bersalin..pas dktor bg 3 enjet.2 untuk bius.1 untuk elak muntah (sbb kecik xpuasa)..bermula lah sesi pemedahan..spnjg pemedahan tuu brjln,kecik tdo..sbb letih sgt..dlm keadaan separuh sedar..entah bpe lme tah,dktor kejut.n bgthu bby dah selamat..alhmdllah...syukur sgt..bby selamat..n time pndah wad biase,bby pon ikut sama..happy sgt,sbb bby xde msalah...
kne laa tahan wad 4 hari..baru leh kua...bermula da berpantang..
Dan sekarang da setahun pon..begitu pantas masa berlalu..kecik masih lg berpantang demi mnjaga kesihatan opert..dan paling kecik bangga.kecik masih menyusukan bby (bf) walaupon kecik bekerja...
Muhammad Dzulfiqar Shah Bin Mohd Shahrin
2.8kg..
Semoga kamu menjadi anak yg soleh..TAat perintah Allah S.W.T               





*** xsemua kecik cite,pnjang sgt..da mcm karangan dah..hehehehe
Sekian,
Wassalam

my friend, my lover, my husband, my darling, my life, my imam

Assalamualaikum

2008 - berkenalan di Yahoo Massenger
2009 - mengenali hati budi masing-masing
2010 - memahami sikap masing-masing.
2011 - menjadi halal
2012 - mencantikkan mahligai
2013 - tambah makmum
2014 - semoga kebahagian menjadi milik kita..kekal till jannah..

perkenalan kami secara senyap..keluarga kecik xthu tentg kewujudan beliau..macam2 yg kami lalui..bergaduh setiap hari..bukan senang nk memahami sikap beliau..bkn senang untuk terima beliau dlm hati ini..lalui juga walaupon pahit,..die bnyk berkorban demi kecik..ikhlas @ x.itu kecik xpasti..die jugak laa yg urusankan belian kereta kecik..uruskan smpai lulus..die yg ajar kecik cara memandu walaupon kecik dah ada lesen..setiap kali kecik perlukan die,die mesti ada..hidup die xbegitu mewah seperti kecik..nk kata hensem xjugak laaa..tpi de jek pmpn yg cari die walaupon dieorg dah thu die dah ada kecik..enta ilmu ape gak nye die guna..heheheheh...tidak mempunyai aset yg besar..tpi xpe..semua aset dunia boleh cari sama2..dah brkawan 2tahun,bru lah berani bwk jumpa keluarga kecik...keluarga kecik xbegitu suka pada die...entah laaa xthu kenapa..(time tuu laa skrg nie dah ok)..akhir nye..kami disatu kan setelah mcm2 yg kami lalui...
moga ikatan ini kekal hingga akhir nya..
ini lah suami kecik.. 

Sekian,
Wassalam
Assalamualaikum

Hari nie kecik nk share ckit tntg fmily kecik..


Ini lah family besar kecik... kecik 5 beradik jek.. 3 lelaki,2 perempuan... time nie wedding along n kecik..buat sekali..jimat..tpi along dah nikah dulu..09/07/2011.. kecik nikah 19/11/2011 gambar nie time sanding di rumah kecik 20/11/2011..


Semoga kebahagiaan family kecik kekal hingga ke akhir nya..
Aamiin...


Sekian,
Wassalam..

Lembaran Baru 2014

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih diberi peluang dan nafas untuk terus hidup di muka bumi -MU.. Kuat kn semangat ku untuk menempuh hari hari mendatang...
Nk cite cikit tntg diri ini..bermula 28/11/2013 kecik da mula kerja di Family Kerk Bakery Industries S/B
anak syarikat Family Bakery Shop S/B.. Alhamdulilah rezeki kecik nk besar kan Fiqar.dapat gak kecik tolong hubby ckit...kerja di family sebagai HR & Halal Executive.. mmg kecik minat keje bhgian opiz.. akhirnya dpt jugak..waktu kerja dari 830am sampai 5pm..walaupon bkn kerajaan..xpe..cuba lg tuk mohon kerajaan..moga2 ade rezeki.. amk pengalaman dulu..
Cukup laa smpai sini tntg kecik..nanti kecik share pulak fmly kecik...


Wassalam..

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...