24 July 2018

Teknik Lekapan Penyusuan Yang Betul Dapat Mengelakkan Payudara Melecet

Assalamualaikum

Di awal-awal penyusuan, ada tak ibu-ibu yang merasakan kesakitan pada puting breast.? Ini kerana di awal penyusuan, ibu baru nak belajar menyusukan dalam masa yang sama nak ajar bayi baru lahir menyusu.

Tersilap teknik penyusuan akan menyebabkan puting breast melecet dan luka. Jadi akan mengakibatkan kesukaran untuk urusan penyusuan.

Jangan ambil mudah ye bila breast melecet dan luka, ia boleh mengakibatkan luka tersebut beradah dan bernanah.. Segera rawat untuk pulihkan luka tersebut.

Kecik pun tak terlepas kena melecet nie. =) . Anak ke dua nie die agak ganas ketika menyusu. Berkali-kali juga laa breast tetiba rasa pedih.. Bila dah rasa pedih dan sakit bila menyusukan, Kecik cepat cepat letak krim herba . Alhamdulillah, cepat sembuh.. Tak boleh tunggu,takut jadi bengkak susu. 


Teknik Lekapan Penyusuan Yang Betul


Ibu yang mengalami masalah payudara melecet kerana bayi menyusu pada puting, bukannya pada areola.

Teknik lekapan yang betul adalah bayi mesti menyusu pada bahagian areola, bukannya pada puting. Jika bayi menyusu pada areola, masalah kesakitan pada puting payudara tidak akan berlaku.




Areolala adalah bahagian bulatan gelap pada sekeliling payudara. 



Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul kerana selain daripada puting payudara melecet, jika salah teknik semasa penyusuan membuatkan bayi tidak akan mendapat manfaat susu pada tahap maksima. Bayi pun jadi tak puas untuk menyusu.

Ibu-ibu boleh minta misi untuk mengajar teknik yang betul dalam penyusuan. Atau boleh minta sesiapa yang mahir tentang ini.

Jangan berputus asa untuk mengamalkan teknik ini. Tiada yang senang melainkan dengan latihan. Bila sudah terbiasa ianya adalah mudah sahaja demi bayi anda yang tersayang. Dan juga demi diri anda sendiri berasa selesa dalam setiap kali penyusuan.

Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya ibu-ibu semua. =)

Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

 

Klik >> TIPS IBU MENYUSU NAK KURUS




No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...