22 July 2018

3 Tips Mudah Bagi Ibu Menyusu Yang Bekerja Untuk Terus Menyusukan Bayi

Ibu menyusu yang bekerja pasti mengimpikan proses penyusuan di teruskan sehingga bayi berusia 2 tahun.

Bila sudah hampir hendak masuk kerja, baru mulalah kelam kabut hendak buat stok susu, hendak mengajar anak minum dari botol, baru belajar hendak pam. Adakah sempat? Semestinya tidak..

Jadi, ini dia tips berguna untuk ibu semua.


1. Guna Pam 


  • Belajar gunakan pam seawalnya untuk mengelakkan anda merasa stress jika hasil yang didapati tidak memuaskan hati. 
  • Pilih pam yang paling selesa bagi anda. Pam yang selesa bagi kita mungkin tidak sama dengan jenis pam yang selesa pada orang lain.


2. Stok Susu

  • Simpan stok susu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sebelum bermulanya kerja. 
  • Ibu boleh mula pam selepas bayi berhenti menyusu ataupun semasa bayi sedang tidur. 
  • Di peringkat awal, susu yang dipam tidak banyak, kumpulkan sikit demi sedikit lama-lama jadi banyak juga.

3. Ajar Bayi Guna Botol
  • Ibu boleh mula ajar bayi gunakan botol sekurang-kurangnya 1,2 minggu sebelum masuk kerja. 
  • Minta bantuan orang lain untuk susukan bayi dengan menggunakan botol untuk memberi ruang bayi anda mengenali orang lain selain ibunya dan merasa selamat dengannya. 
  • Ajar awal supaya bayi tidak menolak botol dan sudah semestinya akan membuat ibu stress.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada ibu bekerja. Gagal seketika tidak bermakna gagal selamanya. Tingkatkan usaha & ilmu untuk lebih maju di masa hadapan. Jangan mudah berputus asa.. 




Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

 

Klik >> TIPS IBU MENYUSU NAK KURUS



No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...