28 February 2018

Beza Antara Morning Sickness dan Hyperemesis Gravidarum

Kisah Mak Jemah Dan Hyperemesis Gravidum


Masa kehamilan pertama dan kedua Mak Jemah disahkan mengalami Hyperemesis Gravidum. Ia berlaku akibat morning sickness yang terlalu teruk. Masa kehamilan pertama Mak Jemah terpaksa dimasukkan ke wad kerana masalah ini. Tidak boleh langsung masuk makanan mahupun minuman. Semuanya akan dimuntahkan balik sehingga Mak Jemah kehilangan hampir 5kg dalam masa tak sampai sebulan.

Memang siksa dan paling pening kepala adalah suamilah. Kesian suami macam-macam makanan dibawa balik untuk dicuba, tetapi semua tak boleh nak masuk. Masa tu yang paling boleh dimakan adalah laici dalam tin sahaja itupun selepas makan akan muntah balik kesemuanya sampai lembik badan.

Bila ingat kembali mau rasa serik. Bayangkan kita lapar sangat-sangat tapi kita tak boleh nak makan. Siksa bukan? Tapi jangan lupa mungkin itulah pahala yang besar Allah nak bagi betul tak. Siksa sekejap je, bila kandungan sudah masuk 5 bulan keadaan kembali normal.

Ingatkan kehamilan kedua tidak berlaku lagi perkara tersebut. Rupanya sangkaanku meleset. Keadaan sama berulang lagi.



Apakah dia Hyperemesis Gravidum ini.?



Satu keadaan di mana keadaan morning sickness yang keterlaluan hingga ibu kehilangan cecair dalam badan, hilang berat badan dan langsung tidak boleh menyimpan sebarang tenaga. Boleh lihat di bawah untuk melihat perbezaan antara morning sickness dan hyperemesis gravidarum.

Beza Antara Morning Sickness dan Hyperemesis Gravidarum


Morning Sickness

Loya dan sesekali muntah, loya dan pening beransur berakhir pada minggu ke 12. Loya dan muntah yang tidak menyebabkan dehidrasi (kehilangan air dalam badan) dan juga muntah tetapi masih boleh menyimpan sedikit makanan dalam badan.

Hyperemesis Gravidarum

Loya dan muntah terlalu kerap. Loya dan pening tidak beransur baik walaupun sudah masuk minggu ke 12. Muntah hingga menyebabkan dehidrasi pada badan dan juga disebabkan muntah yang terlalu teruk sehingga tiada makanan boleh disimpan dalam badan.

Walaupun masalah morning sickness dan hyperemesis Gravidum ini boleh merisaukan bakal ibu tapi jangan risau, ianya hanyalah sementara. 

Jadikan perjalanan kehamilan satu memori manis. Walau mabuk dan muntah-muntah tapi selepas habis fasa itu, ibu akan kembali ke normal dan menikmati hari-hari dengan lebih sempurna.

Dan berita baik buat ibu hamil yang alami masalah ini, berbanggalah jika anda hadapi keadaan ini kerana kajian menunjukkan ibu hamil yang mengalami loya dan muntah teruk masa kehamilan menunjukkan yang kandungan mereka sangat sihat.




21 February 2018

5 Tips Bagaimana Mengatasi Morning Sickness

• MORNING SICKNESS •


Siapa yg pernah laluinya pasti akan tahu betapa seksanya dalam tempoh morning sickness ini. Ada org kata sakit mengada. Tapi bukan ya ia adalah disebabkan perubahan hormon dalam badan ibu hamil. 

Preggy mom biasanya akan mengalami masalah ini sehingga week ke 16 dan ada ibu-ibu pula sampai nak bersalin pun masih lagi alaminya. Dan setiap ibu hamil mungkin akan mengalami morning sickness yang berbeza-beza.



Tips Bagaimana Mengatasi Morning Sickness


1. Elakkan makanan berminyak dan pedas. Makanan berikut akan menyebabkan perut tidak selesa seterusnya menambahkan lagi rasa mual.

2. Elakkan makan dengan kuantiti yang banyak sekaligus. Makan sedikit-sedikit tapi boleh diambil secara kerap.

3. Hisap gula-gula halia/peppermint untuk hilangkan loya.

4. Bawa bekalan kudap-kudapan seperti biskut kering, kekacang untuk mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.

5. Ambil vitamin B6 seperti yang terdapat dalam vitamin B. Kenapa perlunya vitamin B6? Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine dan untuk ibu hamil yang alami masalah ini, disyorkan mengambil sebanyak 25mg tiga kali sehari. Boleh diambil sehingga 200mg sehari bagi mengatasi masalah morningsickness




Wasap Kecik : 011.277.94946

14 February 2018

Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Hamil

Ramai yang dah tau soya sangat bagus untuk kulit. Tapi kena pastikan pilih soya yang selamat, iaitu non GMO.

Selain untuk kecantikan kulit ibu dan baby, banyak lagi kebaikan soya ni untuk ibu hamil, sebab soya ni adalah sumber protein yang bagus.

Semasa mengandung, protein dan kalsium sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk keperluan ibu dan baby

Kebaikan ESP Untuk Ibu Hamil


🌸Bagi tenaga semasa hamil dan semasa proses bersalin
🌸Bagi rasa kenyang yang lama
🌸Kulit ibu makin cerah dan licin
🌸Kulit baby halus dan gebu
🌸Tiada stretch mark dan stretch mark yang lama pun hilang
🌸Masalah gastrik dan pedih ulu hati hilang
🌸Bantu masalah diabetes (GDM) ketika hamil
🌸Hemoglobin (HB) tiada masalah
🌸Berat badan tak naik banyak atau berlebihan
🌸Susu badan banyak dan pekat

Jadi apa tunggu lagi.. mai laa order ESP Shaklee dengan saya.. Boleh terus wasap >>> Nak Beli ESP 




Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...