19 August 2017

Cara Kira Ketulinan Omega-3 Dalam Jenama Minyak Ikan Anda


Ada banyak sangat jenama di pasaran yang mengeluarkan minyak ikan. Apa yang kita perlukan dari minyak ikan tu sebenarnya adalah Omega-3 yang sangat power tu. 

Omega-3 sangat penting untuk tubuh kita. Antaranya adalah sifat anti inflammationnya.

Macam mana kita nak tahu kepekatan omega 3 dalam minyak ikan tu adalah tinggi dan tulen?

Silakan guna formula ini:

(EPA + DHA) / Total fish oil per serving

Contoh:
Dalam gambar ni brand Shaklee Ada 
1000mg total fish oil per serving, EPA 540 mg manakala DHA 360mg

Jadi (540+360)/1000 = 0.9

Bila dijadikan dalam peratus, kita dapat 90% . Jika minyak ikan tu kurang dari 30% dari peratusan omega-3, ia adalah tidak termasuk dalam gred farmaseutikal. Bermakna, ianya KURANG TULEN dan TIDAK PEKAT. Rugi je kita beli.

Jadi kita boleh kira peratusan omega-3 untuk jenama yang lain berdasarkan kepada formula yang dah diberi 

Jom buat pilihan bijak supaya wang yang kita labur selaras dengan kualiti yang kita dapat.


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...