22 June 2017

Menjadi Seorang SuriRumah Sepenuh Masa Bukanlah Impian Saya

Assalamualaikum semua.

Nak cite cikit sebab utama saya serius menceburi #shaklee . Yang bersama saya itu laa pendorong saya buat serius bershaklee.

Menjadi fullhousewife bukan laa cita-cita saya. Tak pernah terfikir nak jadi suri rumah sepenuh masa. Sebab nak jadi suri nie bukan senang. Lagi penat dari yang bekerja. Stress lagi.

Dulu saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat makanan. Ketika itu, gaji takde laa besar mana. Cukup laa untuk membantu kewangan suami. Niat untuk membantukan.? Tapi gaji kami berdua tak pernah cukup. Entah apa yang kami beli pun kami sendiri tak tahu. Betul kata orang, Bila gaji tak berkat, dapat gaji besar mana pun masih rasa tak cukup. Betul kan.?

Kenapa tak berkat.? Masa saya kerja, Anak rajin demam. Tapi bila die demam, saya antar ke pengasuh.. Nak cuti memang tak boleh. Jadi ketika bekerja, kepala serabut fikir kesihatan anak. Mohon cuti tak lulus , sebagai manusia bila cuti untuk jaga anak tak lulus, mula lah mulut nie sumpah seranah.. Kerja pun asal buat xbuat jekk.

Sampai satu tahap. Anak demam teruk, bila pergi jumpa doktor, cek darah semua, doktor kata die kena jangkitan kuman. Darah putih lebih.. dan akan di tahan wad. Ketika itu, hanya Allah jek tahu perasaan kami suami isteri . Tapi kami nekad untuk tidak benarkan anak kena tahan wad. Merayu pada doktor. Sampai jumpa doktor pakar kanak-kanak.
Akhirnya, kami berjaya untuk tidak masukkan anak ke wad. Dan doktor bagi tempoh 3ari sahaja untuk kami. Andai 3 hari masih tak sembuh, anak akan di tahan wad.. Dan kami setuju.. 

Saya nekad ambil cuti seminggu. Dalam seminggu tuu. Berkali-kali orang opis call, tnya tentang kerja. KERJA. Bukan tanya tentang anak saya.. Ketika itu lah saya nekad untuk berhenti kerja.. Selepas bincang dengan suami, akhirnya die setuju tuk benarkan saya berhenti kerja , walaupon time tuu ekonomi xde laa kukuh sangat... Tapi percaya pada rezeki Allah, saya nekad..

Dalam seminggu anak sakit, saya berikan anak minum #mealshake .. Dan ubat yang doktor berikan.. Hari2 saya beri die minum mealshake.. Dan alhamdulillah 3 hari sahaja anak saya sembuh. Alhamdulillah syukur... Berkat diri sendiri jaga anak.. Ubat yang doktor bagi pon xabiskan..

Yakin dengan rezeki Allah. Walaupun saya tak bekerja sekarang, saya masih mampu untuk membantu kewangan suami. Dan insyaAllah saya Nak lebih maju dalam Shaklee di masa akan datang. Aamiin..

Inilah dia Muhammad Dzulfiqar Shah Bin Mohd Shahrin yang menjadi punca saya memilih untuk menjadi seorang SuriRumah yang berjaya... InsyaAllah akan lebih berjaya dan maju..


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...