15 June 2017

Akhirnya Berjaya Menyusukan Bayi Secara Direct Selepas Sebulan Melahirkan

Menjadi impian semua ibu-ibu untuk menyusukan bayi secara direct selepas melahirkna. Namun tidak semua ibu mendapat nasib yang bertuah untuk terus menyuskan bayi selepas melahirkan.

Farah sendiri mengambil selama 4 bulan untuk menyusukan Fiqar secara direct selepas melahirkan kerana mempunyai Masalah Puting Pendek . Alhamdulillah, mendapat sokongan daripada suami dan keluarga, Farah tidak berputus asa dan akhirnya berjaya menyusukan Fiqar sehingga usia 2 tahun 4 bulan.

Sekarang Farah berpantang anak kedua yang baru berusia 24 hari. Alhamdulillah tiada lagi masalah puting pendek yang Farah alami 4 tahun lepas. Dengan ilmu dan pengalaman yang Farah ada, sedikit sebanyak membantu untuk Farah terus menyusukan anak ke dua ini. Dan insyaAllah akan berterusan sehingga anak berusia 2 tahun. 

 Image may contain: one or more people, people sleeping and close-up

5 Petua Untuk Menambahkan Susu Badan


Amalan Pemakanan Bagi Ibu Yang Menyusukan

1. Kerap Menyusukan


Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

Bagi bayi yang mempunyai masalah KUNING di awal kelahiran, kekerapan menyusu amat digalakkan bagi menggalakkan bayi anda kerap kencing @ berak.

2. Amalan tradisi


Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu.Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. 

Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Kerap Minum Air Masak

Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh.

Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandugan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.

5. Posisi Penyusuan Yang Betul


Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. 


Ikuti kisah seorang ibu Fuzza Nisa, bagaimana beliau yang mempunyai masalah menyusukan di awal kelahiran sehingga terpaksa berikan bayi susu FM bagi memenuhi kepeluan penyusuan dan berjaya menyusukan selepas sebulan kelahiran bayi nya.

Berjaya Menyusukan Selepas Sebulan Melahirkan..


Fuzza Nisa ( Mummy Sayf )

ILMU. Penyusuan susu ibu memerlukan Ilmu. Semasa mengandungkan Sayf, Fuzza banyak membaca tentang kehamilan, penyusuan dan juga penjagaan bayi. Namun selepas bersalin, Fuzza masih tidak berjaya menyusukan Sayf secara direct sejurus selepas bersalin malah di top up pula dengan susu formula kerana susu ibu tidak mencukupi. Dan pada ketika itu rasa sakit, sedih, stress, down dan macam-macam lagi. Nasib baik tak meroyan…hehe

Tapi, Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Fuzza mempunyai suami dan ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Mereka tidak beri pressure tapi membantu secara positif. Dan seperti biasa Fuzza masih mencari Ilmu penyusuan tanpa putus asa sehinggakan Fuzza berjaya menyusu Sayf secara direct selepas sebulan bersalin. Mengalir air mata pada saat Sayf berjaya direct feeding. Syukur tak terhingga. Dan dalam entry kali ini Fuzza ingin kongsikan dengan mommies semua sedikit Petua Mudah Tambah Susu Badan yang saya amalkan sehingga sekarang.

Ikan yu ini adalah Milk Booster untuk Fuzza. Alhamdulillah, kalau makan ikan yu putih ni, memang dapat membantu menambah penghasilan susu ibu. Ikan yu ini boleh dimasak apa sahaja. Kalau goreng biasa pun sedap dimakan.


Semoga enrty ini memberi manfaat kepada ibu-ibu muda yang ingin menyusukan bayi sehingga usia 2tahun. Jangan mudah berputus asa. Dan jangan lupa berdoa dan amalan berzikir.


Boleh juga untuk amalkan Supplement Untuk Membantu Ibu Menyusu .


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...