22 June 2017

Menjadi Seorang SuriRumah Sepenuh Masa Bukanlah Impian Saya

Assalamualaikum semua.

Nak cite cikit sebab utama saya serius menceburi #shaklee . Yang bersama saya itu laa pendorong saya buat serius bershaklee.

Menjadi fullhousewife bukan laa cita-cita saya. Tak pernah terfikir nak jadi suri rumah sepenuh masa. Sebab nak jadi suri nie bukan senang. Lagi penat dari yang bekerja. Stress lagi.

Dulu saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat makanan. Ketika itu, gaji takde laa besar mana. Cukup laa untuk membantu kewangan suami. Niat untuk membantukan.? Tapi gaji kami berdua tak pernah cukup. Entah apa yang kami beli pun kami sendiri tak tahu. Betul kata orang, Bila gaji tak berkat, dapat gaji besar mana pun masih rasa tak cukup. Betul kan.?

Kenapa tak berkat.? Masa saya kerja, Anak rajin demam. Tapi bila die demam, saya antar ke pengasuh.. Nak cuti memang tak boleh. Jadi ketika bekerja, kepala serabut fikir kesihatan anak. Mohon cuti tak lulus , sebagai manusia bila cuti untuk jaga anak tak lulus, mula lah mulut nie sumpah seranah.. Kerja pun asal buat xbuat jekk.

Sampai satu tahap. Anak demam teruk, bila pergi jumpa doktor, cek darah semua, doktor kata die kena jangkitan kuman. Darah putih lebih.. dan akan di tahan wad. Ketika itu, hanya Allah jek tahu perasaan kami suami isteri . Tapi kami nekad untuk tidak benarkan anak kena tahan wad. Merayu pada doktor. Sampai jumpa doktor pakar kanak-kanak.
Akhirnya, kami berjaya untuk tidak masukkan anak ke wad. Dan doktor bagi tempoh 3ari sahaja untuk kami. Andai 3 hari masih tak sembuh, anak akan di tahan wad.. Dan kami setuju.. 

Saya nekad ambil cuti seminggu. Dalam seminggu tuu. Berkali-kali orang opis call, tnya tentang kerja. KERJA. Bukan tanya tentang anak saya.. Ketika itu lah saya nekad untuk berhenti kerja.. Selepas bincang dengan suami, akhirnya die setuju tuk benarkan saya berhenti kerja , walaupon time tuu ekonomi xde laa kukuh sangat... Tapi percaya pada rezeki Allah, saya nekad..

Dalam seminggu anak sakit, saya berikan anak minum #mealshake .. Dan ubat yang doktor berikan.. Hari2 saya beri die minum mealshake.. Dan alhamdulillah 3 hari sahaja anak saya sembuh. Alhamdulillah syukur... Berkat diri sendiri jaga anak.. Ubat yang doktor bagi pon xabiskan..

Yakin dengan rezeki Allah. Walaupun saya tak bekerja sekarang, saya masih mampu untuk membantu kewangan suami. Dan insyaAllah saya Nak lebih maju dalam Shaklee di masa akan datang. Aamiin..

Inilah dia Muhammad Dzulfiqar Shah Bin Mohd Shahrin yang menjadi punca saya memilih untuk menjadi seorang SuriRumah yang berjaya... InsyaAllah akan lebih berjaya dan maju..


20 June 2017

Pilihan Minuman Berkhasiat Untuk Si Manja Anda

Ini laa product kesukaan die.. Dah 3tahun die minum #mealshake memang tak sah kalau xcampur mealshake dalam susu die.. Sejak amalkan #mealshakeshaklee nie, die kurang dah demam.

Bulan kata tak demam langsung, Kalau demam pon mesti cepat baik. Dan dalam demam2 pon masih aktif, xlemah dan lesu. Aktif bermain apa saja die suka..

Jika dulu die tak makan sayur, Lepas amalkan mealshake die dah suka makan sayur. Selera makan memang kuat, paling die suka, nasi goreng... memang bertambah2 die makan..

Bila badan cukup fiber dan segala keperluan badan yg perlu, jadi xde laa masalah kesihatan.. Terutama masalah #sembelit di kalangan anak-anak.. Anak-anak mudah kena sembelit, lagi2 anak2 yang suka makan jajan.. Kesian anak-anak bila kena sembelit kan... Aduhaii.. seksa..

Mealshake sangat bagus untuk anak2. Seumpama antibiotik untuk mereka. Biasa time demam je kan doktor bg antibiotik.? Sekarang, xdemam pon boleh bagi.. Tak kan nak tunggu die demam baru nak bagi.? Betul x.?

Bukan kata bila dah amalkan mealshake, tak perlu bagi anak makan buah-buahan, sayuran dan air masak yekk... Fiqar makan buah, sayur dan minum air masak... Tak susah pon. Tak perlu paksa... Saling melengkapi... 

Jadi ape salahnye. Bagi keperluan nutrisi untuk anak kite setiap hari. Tak membazir pon dan tak rugi..




MealShake Minuman Tambahan Untuk Si Manja Anda


Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja. 

Apapun si manja lakukan, yakinlah bahawa Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar.


Keistimewaan MealShake Shaklee

Sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.


Kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan.


Cara Penyediaan MealShake Untuk Si Manja




  • Untuk minuman yang berkrim, rendah lemak dan berkhasiat, campurkan 1⁄4 cawan (34 g) serbuk dengan 1 cawan (237 ml) air sejuk atau susu rendah lemak. 


  • Untuk minuman yang lebih pekat dan berbuih, campur 1⁄3 cawan (45 g) serbuk dengan 1 cawan (237 ml) susu penuh dan beberapa ketul kiub ais di dalam pengisar.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Wassap ; 01127794946

15 June 2017

Akhirnya Berjaya Menyusukan Bayi Secara Direct Selepas Sebulan Melahirkan

Menjadi impian semua ibu-ibu untuk menyusukan bayi secara direct selepas melahirkna. Namun tidak semua ibu mendapat nasib yang bertuah untuk terus menyuskan bayi selepas melahirkan.

Farah sendiri mengambil selama 4 bulan untuk menyusukan Fiqar secara direct selepas melahirkan kerana mempunyai Masalah Puting Pendek . Alhamdulillah, mendapat sokongan daripada suami dan keluarga, Farah tidak berputus asa dan akhirnya berjaya menyusukan Fiqar sehingga usia 2 tahun 4 bulan.

Sekarang Farah berpantang anak kedua yang baru berusia 24 hari. Alhamdulillah tiada lagi masalah puting pendek yang Farah alami 4 tahun lepas. Dengan ilmu dan pengalaman yang Farah ada, sedikit sebanyak membantu untuk Farah terus menyusukan anak ke dua ini. Dan insyaAllah akan berterusan sehingga anak berusia 2 tahun. 

 Image may contain: one or more people, people sleeping and close-up

5 Petua Untuk Menambahkan Susu Badan


Amalan Pemakanan Bagi Ibu Yang Menyusukan

1. Kerap Menyusukan


Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

Bagi bayi yang mempunyai masalah KUNING di awal kelahiran, kekerapan menyusu amat digalakkan bagi menggalakkan bayi anda kerap kencing @ berak.

2. Amalan tradisi


Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu.Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. 

Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Kerap Minum Air Masak

Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh.

Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandugan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.

5. Posisi Penyusuan Yang Betul


Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. 


Ikuti kisah seorang ibu Fuzza Nisa, bagaimana beliau yang mempunyai masalah menyusukan di awal kelahiran sehingga terpaksa berikan bayi susu FM bagi memenuhi kepeluan penyusuan dan berjaya menyusukan selepas sebulan kelahiran bayi nya.

Berjaya Menyusukan Selepas Sebulan Melahirkan..


Fuzza Nisa ( Mummy Sayf )

ILMU. Penyusuan susu ibu memerlukan Ilmu. Semasa mengandungkan Sayf, Fuzza banyak membaca tentang kehamilan, penyusuan dan juga penjagaan bayi. Namun selepas bersalin, Fuzza masih tidak berjaya menyusukan Sayf secara direct sejurus selepas bersalin malah di top up pula dengan susu formula kerana susu ibu tidak mencukupi. Dan pada ketika itu rasa sakit, sedih, stress, down dan macam-macam lagi. Nasib baik tak meroyan…hehe

Tapi, Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Fuzza mempunyai suami dan ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Mereka tidak beri pressure tapi membantu secara positif. Dan seperti biasa Fuzza masih mencari Ilmu penyusuan tanpa putus asa sehinggakan Fuzza berjaya menyusu Sayf secara direct selepas sebulan bersalin. Mengalir air mata pada saat Sayf berjaya direct feeding. Syukur tak terhingga. Dan dalam entry kali ini Fuzza ingin kongsikan dengan mommies semua sedikit Petua Mudah Tambah Susu Badan yang saya amalkan sehingga sekarang.

Ikan yu ini adalah Milk Booster untuk Fuzza. Alhamdulillah, kalau makan ikan yu putih ni, memang dapat membantu menambah penghasilan susu ibu. Ikan yu ini boleh dimasak apa sahaja. Kalau goreng biasa pun sedap dimakan.


Semoga enrty ini memberi manfaat kepada ibu-ibu muda yang ingin menyusukan bayi sehingga usia 2tahun. Jangan mudah berputus asa. Dan jangan lupa berdoa dan amalan berzikir.


Boleh juga untuk amalkan Supplement Untuk Membantu Ibu Menyusu .


13 June 2017

Cara Menyusukan Dengan Puting Pendek !

Masih boleh menyusukan kerana bayi menyusu bukan dengan puting payudara tetapi pelekapan yang betul pada areola. Areola itu adalah lingkaran gelap di sekeliling payudara. Bayi tidak menghisap susu dari puting tetapi dari areola.

Ibu-ibu yang ada masalah puting pendek tidak perlu risau kerana anda masih boleh menyusu badan dengan jayanya walaupun menghadapi keadaan puting istimewa.

Anda ada pilihan untuk perbaiki keadaan ini walau ia sebenarnya tidak digalakkan dan hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja.


Image result for puting pendek
Jenis Breast 

Cara Untuk Atasi Masalah Puting Breast Pendek

Gunakan Breast Shell atau Nipple Shield


Breast shell

Breast shell diperbuat dari plastik. Ia biasanya dipakai oleh ibu bersama di dalam bra untuk memperbaiki masalah inverted nipple atau flat nipple.

Tekanan dari shell tersebut boleh membantu mengeluarkan puting bagi inverted nipple.

Breast shell biasanya digunakan setengah jam sebelum penyusuan ia dipakai bersama bra. Ia dikatakan dapat beri tekanan pada payudara untuk membuatkan puting yang tenggelam kembali semula ke bentuk asal.


Nipple Shield


Nipple Shield. Ia dipakai semasa menyusukan bayi anda dan gunakan ia dengan merujuk dahulu kepada pakar laktasi anda.

Ia tidak seharusnya digunakan dalam tempoh masa yang panjang kerana dibimbangi akan bergantung pada nipple shield ini sepanjang masa.

Kebiasaan ia diguna untuk membantu bayi menyusu dengan pelekapan yang betul, bantu bayi pramatang yang sukar untuk menyusu dengan baik atau membantu sementara payudara yang luka akibat latch yang tidak sempurna.

Ia dikatakan boleh membantu kerana keujudan puting palsu (nipple shield tadi) dapat membuatkan bayi anda dapat menghisap dengan lebih baik.

Namun ia juga tidak digalakkan kerana ia tidak membantu dari segi penyusuan terutama ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Pengalaman Diriku Mempunyai Masalah Puting Pendek

Farah sendiri mempunyai masalah ini. Lepas lahirkan Fiqar, Farah tidak terus menyusukan anak kerana tidak berpengalaman dan puting pendek.

Selama 4 hari di wad, Farah tidak menyusukan. Hanya beri air putih untuk anak. Nasib anak tidak meragam. Setelah kembali ke rumah, baru lah mula proses penyusuan.

Anak tak menyusu secara terus kerana puting breast pendek, Farah dah cuba guna Nipple Shield dan Breast shell tetapi anak tetap tak mahu menyusu. Puas paksa.Sampai mengangis anak. Breast bengkak. Farah terpaksa pump dan beri anak susu guna botol susu.

Akhirnya ibu Farah dapat idea macam mana nak bagi anak menyusu secara terus. Caranya… Farah guna puting botol susu.



Dengan puting botol jenis ini lah yang Farah guna untuk menyusukan. Agak pelik,tetapi ini lah iktiar terakhir yang Farah cuba. Sangat berkesan walaupun agak memalukan dan juga menyusahkan. Mula-mula akan rasa sakit,tapi demi anak,ku gagahi juga.

Farah guna puting ini sehingga Fiqar berusia 4 bulan. Ketika itu, puting breast sudah timbul dan Fiqar sudah boleh menyusu tanpa menggunakan puting botol.

Memang down,malu sebab menjadi seorang ibu yang tidak sempurna. Terima kasih kepada suami dan ibu sebab sokong dan bagi semangat untuk Farah menyusukan Fiqar dengan susu ibu. Farah berjaya menyusukan Fiqar sehingga usia 2 tahun 4 bulan.

Cara guna : Sambungkan puting susu botol ini dekat puting. Alaskan kain dibawah breast kerana susu akan tumpah. Kena sentiasa pegang puting itu supaya tidak tertanggal. Beri anak menyusu seperti biasa.

** teknik ini agak sakit kerana ia memberi tekanan kepada puting. Perlu sentiasa bawa puting susu ini kemana sahaja untuk penyusuan. Jika malu berhadapan dengan orang lain, boleh pump susu sebelum berjalan.


Semoga dapat membantu para ibu yang sedang menghadapi keadaan ini. Ibu yang menghadapi puting pendek masih boleh menghasilkan susu yang banyak sepertimana ibu yang lain.

Kerana susu yang banyak itu bukan sahaja kerana milk booster tetapi boleh didapati dengan kawalan minda dan pemahaman ibu yang mendalam tentang konsep demand & supply.

Farah mengamalkan Milk Booster ESP + Alfalfa Complex ( Set Penyusuan Shaklee ) untuk menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. Rajin pump dan kosongkan breast juga salah satu cara menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. 


Boleh tengok video nie ye, untuk lebih paham teknik yang saya lakukan 
↓↓↓





❤ Sharing With Love ❤

Kecik
ID 1116479
WhatsApp : 01127794946

08 June 2017

Badan Abah Terasa Ringan & Lebih Bertenaga

Dialisis adalah suatu proses yang dilakukan dengan menggunakan mesin dialisis bagi menjalankan fungsi seperti ginjal manusia yang sihat. 

Dialisis diperlukan apabila ginjal kita tidak dapat lagi berfungsi dengan baik dan tahap kerosakan ginjal telah mencapai 85-90%. Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang akan mengalami kegagalan buah pinggang. 

Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes itu bermula. Tetapi, jangka masa untuk buah pinggang gagal untuk berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika terlambat membuat pengesahan mengenai penyakit diabetes yang dihidapi. 

Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya. 

Proses dialisis biasa dilakukan untuk membuang sisa-sisa metabolisma dan lebihan cecair agar tidak berkumpul di dalam tubuh serta menjaga tubuh badan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang.




Ikuti kisah seorang anak yang risau ayahnya kena Dialisis.



Kita ni, kalau ayah terlantar tak bermaya je susah hati kan? Orang lelaki ni nak cakap dia sakit susah, tapi bila doktor dah suruh dialisis, berpeluh rasa. Si anak usaha mencari vivix dan cuba beri ayahnya. Syukur ayahnya lebih bertenaga dan katanya boleh jalan-jalan kat luar. Kalau tak duduk rumah je tak larat. Dah mula berselera makan, dan muka nampak berseri. 


wasap : Farah 011 277 94946


07 June 2017

Tips Luka Bersalin Cepat Kering

Alhamdulillah hari ini genap sudah 18 hari Farah berpantang. Lahirnya Puteri Shah pada 21 Mei 2017 , 10.48pagi , 3.25kg , secara pemedahan ( Cazer ) . Dhia NurFalishah Binti Mohd Shahrin nama diberi..

Lepas keluar OT , perkara pertama yang Farah cari sudah semestinya Vitamin C.. Yelah, bersalin cazer nie kena banyakk makan vitamin c. Untuk penyembuhan luka dalaman.

Selain makan Vitamin C, ade tips lain yang boleh ibu-ibu buat untuk membantu luka bersalin cepat sembuh.. Tips ini sesuai untuk ibu yang bersalin secara Normal mahupun secara Pemedahan.

Selamat Mencuba...



Tips Luka Bersalin Cepat Kering


1. Berhati-hati bila bergerak

  • Berjaga-jaga bila ibu-ibu hendak bangun atau duduk di kerusi. Turunkan lutut dulu kemudian baru letakkan punggung di kerusi bila nak duduk. Lakukan pergerakan dengan perlahan-lahan. 
  • Bagi ibu yang bersalin cazer, mengiring dahulu sebelum ibu-ibu bagun.


2. Elakkan sembelit


  • Tekanan yang tinggi pada bahagian bawah semasa sembelit adalah sangat tinggi. Jadi elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan sembelit dan lebihkan memakan makanan berunsurkan fiber.


3. Pastikan vagina sentiasa bersih dan kering

  • Vagina lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Jadi, setiap kali ibu ke tandas, pastikan kawasan vagina dibersihkan dengan sempurna menggunakan air suam dan juga dikeringkan.
  • Bagi yang cazer, pastikan luka cazer betul-betul kering. Minta En. suami periksa kawasan luka takut kalau-kalau ada luka yang bernanah. 


4. Lakukan senaman kegel. 

  • Selain menguatkan lantai pelvik untuk mengelakkan peranakan jatuh atau tombong, senaman kegel juga boleh menggalakkan peredaran darah ke kawasan vagina yang akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.


5. Supplement



  • Dengan pengambilan banyak Vitamin C , ia boleh membantu penyembuhan luka dengan cepat. Selain dari luka cepat sembuh, ia juga menguatkan imun sistem baby yang sangat rendah selepas lahir dengan mendapat khasiat Vitamin C melalui susu ibu. 

Testimoni Berpantang Dengan Vivix



saya cazer dan berpantang dengan vivix. saya juga bf bby saya. Lepas 5 hari, saya ambil vivix dan vitamin c. Muka tak pucat. tak letih, Tak Stress. saya berpantang sendiri. Bby pun tak kuning. Susu banyak. Luka cazer cepat kering  dan tak rasa sakit.




saya menyusukan dan amalkan vivix. Badan memang cergas sepanjang berpantang. Susu badan banyak dan luka jahitan bersalin normal baik dalam masa 10 hari.



Ibu-ibu nak lalui pengalaman berpantang yang menyeronokan.? 
Meh wasap Farah : 011 277 94946 







Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...