02 January 2017

Set Kolesterol Shaklee Membantu Menurunkan Paras Kolesterol Dalam Badan Kita

Gaya hidup, kesukaran mengawal diet seharian dan beberapa faktor lain membuatkan ramai dikalangan kita menghadapi masalah kolesterol yang agak tinggi. 

Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang set kolesterol shaklee , jom kita kenali apa itu Kolesterol.


Apa sebenarnya Kolesterol?


Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ini terdiri daripada lemak (lipid) yang diselaputi protein.


Kolesterol yang termendap di salur darah boleh mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.


Jenis Kolestrol


Ada 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol. Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).

LDL dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Jadi bukan semuan kolesterol kita kene buang ye. Ada juga kebaikan kolesterol ini.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

Tahap Normal Kolestrol Dalam Badan


Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang sering berlaku ialah:
  
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik


Cara Mengawal Paras Kolestrol


  • Mengawal Diet Harian – Kurangkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi seperti makanan yang diproses. 

  • Lakukan Aktiviti Fizikal – Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya supaya kolesterol jahat dapat dihapuskan.

  • Kawal Berat Badan - Mereka yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.Oleh itu, kawal berat badan agar anda tidak obesiti.

  • Hentikan Rokok Dan Alkohol - Kedua perkara ini sangat tidak bagus untuk kesihatan seperti mana yang kita semua tahu.. 

Set Kolesterol Shaklee Boleh Membantu Anda

Pengambilan supplement Shaklee secara konsisten akan dapat membantu anda. Namun, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.


Set Kolesterol Shaklee


** Tekan di gambar untuk dapatkan gambaran Set Kolestrol Shaklee dengan lebih jelas.. **

Set Kolesterol Shaklee


B Complex – Vitamin B3 yang membantu menurunkan kadar kolesterol.

Garlic – Khasiat bawang putih merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.

Vita-C – vitamn C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.

Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah.




Hubungi saya Pengedar Shaklee Batu Pahat untuk dapatkan maklumat lanjut..  






No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...