Idola Dalam Bisnes Shaklee Saya

Bila berbines, korang mesti ada idola kan.? Siapa idola dalam bis korang.? Hari ini nak cerita cikit laa idola bis saya.

Pada 2013 saya jumpa blog Mummy FuZza Nisa untuk mencari set berpantang. Sebab Tak nak makan jamu time pantang. Saya mencari Set Pantang Shaklee.

Setahun dengan Shaklee, saya join ahli untuk dapatkan product shaklee dengan harga yang murah. Bermula untuk kegunaan sendiri. Akhirnya terjebak nak buat biz.. Banyak ilmu permulaan biz yang di ajar.. Berkenalan dengan rakan-rakan biz lain...

Masuk laa ke group under Neni Wan Fatihanum. Dalam situ, lagi ramai kenalan.. Lagi luas ikatan silaturahim terjalin. Bermula dengan kelas blog. Bertemu face to face dengan Neni Hanum.wow, simple jek org nye.. walaupun dah bergelar Master, tapi tidak membezakan dengan anak didiknya yg lain.. 

Mereka berdua tak pernah kedekut ilmu, sentiasa ada masa untuk melayan anak didik mereka. Berbisnes dalam masa yang sama menjadi seorang pendidik.. Sangat berjasa pada saya. Ilmu yang tiada ganti. Tidak dapat di bayar.

Mummy Fuzza di Penang, Neni Hanum di Shah Alam, Saya di Batu Pahat.. Berhubung dalam alam maya. Masing-masing sudah bekeluarga. Punya suami, punya anak. Menguruskan rumah tangga sendiri tanpa orang gaji. Menguruskan emapaya Shaklee sendiri. Mendidik ramai orang-orang yang memerlukan untuk merubah kehidupan yang lebih berkualiti.

Moga Allah terus beri mereka kesihatan yg baik untuk terus mendidik saya. Semoga Allah beri mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk melayan karenah anak didik mereka. Saya akan menjadi seperti mereka.


Sedikit impian saya nak face to face dengan Mummy Fuzza pula..