29 July 2016

Jalani Terapi Jika Anak Anda Mempunyai 3 Ciri Hyperaktif Ini

Hyperactivity Disorder atau dalam erti kata lain hyperactive. Selalunya ibu
bapa dan guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak dengar cakap ini sebagai hyperactive. 

Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive. 

Anak hyperactive akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka.

Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka.

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperactive.

Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam kategori benar “hyperactive” atau biasa sahaja.

Tanda Anak Anda Hyperactive

#1. Hiperaktiviti


  • Jika diperhatikan, kanakkanak hyperactive ini sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda. 

  • Mereka juga tidak boleh duduk diam di dalam kelas dan sentiasa akan berlari dan memanjat. 

  • Adakalanya mereka akan mengusik orang lain tanpa sebab. Jika kanak-kanak ini terlibat dalam aktiviti senyap, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan perhatian.

#2. Tempoh tumpuan yang singkat


  • Kebanyakan kanak-kanak hyperactive akan menunjukkan tanda seperti sukar untuk memberikan tumpuan yang  lama apabila ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bercakap dengannya. 

  • Paling lama tumpuan dapat diberikan hanya dalam 10 minit sahaja. Selain itu mereka juga tidak dapat mengikut peraturan dan gagal menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan.

  • Malah tidak hairan jika mereka sering kehilangan alat tulis setiap kali ke sekolah.

  • Ada setengah kes yang agak berat, kanak-kanak hyperactive ini lebih mudah lupa walaupun tidak logik mengikut usia sebenar mereka.

#3. Kurang sabar


  • Disebabkan kanak-kanak ini terlalu cergas, mereka juga akan menghadapi tekanan di mana mereka kurang sabar dalam kehidupan seharian.

  • Jika di kelas, mereka selalunya akan cepat memberi jawapan sebelum soalan yang lengkap diajukan. 

  • Hal ini terjadi kerana mereka kurang sabar untuk menunggu dan mahu semuanya cepat sahaja. Mungkin kerana ini juga mereka cenderung untuk mengganggu perbualan orang lain. Jika orang tidakmemahami masalah mereka




Rawat Hyperaktif Dengan Omega 3

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang tulen dan berkualiti mempunyai omega -3 yang mengandungi lebih 90% EPA dan DHA dapat membantu kanak-kanak hyperaktif supaya emosi mereka lebih stabil dan membantu fokus mereka dalam pembelajaran. 

Sememangnya seperti yang telah saya cerita dalam manfaat Omega Guard Shaklee, gabungan antara EPA dan DHA ini dalam satu kajian telah membuktikan bahawa dapat menstabilkan emosi dan membantu dalam kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
  
Satu kajian telah dilakukan keatas penghidap ADHD atau hiperaktif yang mana hasil kajian telah mendapati mereka mempunyai tahap omega 3 iaitu asid lemak yang sangat rendah dalam DHA dan EPA. Ini ialah 2 asid lemak penting yang bagi kesihatan badan.


saya bagi anak saya , 3 tahun makan omegaguard start seminggu lepas, alhamdulillah dia da start tido awal, kalau dulu pukul 12 baru tido. Dia hyperaktif yang tak berapa hyper sangat. tak ade laa memanjat-manjat. tapi sekarang dah nampak perubahan . Alhamdulillah

anak saya tak reti letih. nak kata hyper tuu boleh la. tapi kategory perempuan. bukan jadi sangat kurang aktif. tapi dia nampak boleh fokus, duduk diam menulis, mewarna. kalau dulu tahu nak melompat jekk..



Wassup . 011 277 94946 . Farah

28 July 2016

Oh Buasir . Siksanya !!!!

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. 

Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Tanda-Tanda Anda Mungkin Alami Buasir


  • berdarah semasa membuang air besar, tanpa rasa sakit. Kita boleh perasan ada darah keluar semasa membuang.
  • rasa gatal di bahagian sekitar tempat membuang air.
  • rasa sakit dan tak selesa
  • bengkak pada tempat buang air.
  • ada sesuatu berupa daging terkeluar, dan bila disentuh sakit atau mungkin juga tak sakit.

Punca Buasir Terjadi


  • meneran keterlaluan semasa membuang
  • sembelit yang teruk
  • mengandung
  • obes
  • diet yang rendah fiber
  • meneran ketika bersalin

cara atasi buasir

Buasir ni ada jenis internal (sebelah dalam) dan juga external (terkeluar). Yang buasir dalam ni biasanya tak sakit tapi berdarah. Manakala buasir yang terkeluar biasanya disusuli dengan rasa sakit.



Set Buasir : 



Omega : mengurangkan bengkak akibat buasir, kurangkan radang dan kesakitan

Vitamin C : untuk sembuhkan luka akibat buasir berdarah

Ostematrix: melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis

Wassup . 011 277 94946 . Farah

27 July 2016

Bengkak Gusi , Gusi Berdarah Punca Nafas Berbau Atasinya Segera !!

Anda mempunyai masalah gusi bengkak.? Masalah gusi bernanah atau dental abcess kerap berlaku bukan hanya di kalangan orang dewasa malahan kanak-kanak. Sakit yang amat sangat,berdenyut-denyut dan sampai tidak tidur malam.

Gusi berdarah kerap dikaitkan dengan radang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. 

Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.

Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. 

Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.

Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya (termasuk teknik menggosok gigi yang agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.



Selain itu, risiko gingivitis termasuklah diabetes yang tidak dikawal, hamil dan gigi tidak bersih. Gigi yang tidak teratur dan penggunaan alat penjagaan seperti berus gigi atau pendakap gigi tidak bersih boleh juga menjejaskan kesihatan gusi.

Kadangkala pengambilan ubat-ubatan seperti pil pencegah kehamilan juga boleh dikaitkan dengan gingivitis. 

Satu lagi faktor yang kerap dikaitkan dengan gingivitis adalah diet yang tidak betul, terutama kekurangan vitamin C atau B selain kalsium.

Kalsium misalnya penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Vitamin C membantu mengekalkan integriti tisu yang saling berkait. 

Ia juga adalah antioksidan yang kuat dalam menangani masalah radikal bebas yang memusnahkan tisu.

Justeru, kekurangan vitamin C membolehkan gingivitis memusnahkan tisu yang menyokong gigi termasuk gusi, ligamen dan tulang alveolar (yang bertindak sebagai soket kepada gigi).





Rawatan Bengkak Gusi



  • Dapatkan pemeriksaan doktor gigi yang diiktiraf bagi mendapatkan ubat yang betul-betul spesific bagi masalah yang dihadapi.
  • Masalah gusi bernanah boleh berpunca dari dua sebab yang berbeza sama ada dari masalah gigi yang mati atau masalah gusi yang tidak bersih.
  • Masalah ini boleh dirawat sama ada dengan cara RCT,dental scalling atau cabutan.
  • Masalah bengkak gusi yang sering dihadapi oleh kanak-kanak boleh dirawat dengan cara membuat rawatan akar separa 'palpotomy'-meletak ubat didalam salur akar bagi mengelakkan kehilangan gigi yang terlampau awal.
  • Gigi yang tengah sakit dan bengkak tidak boleh dicabut terus pada hari yang sama,pesakit dinasihatkan perlu menghabiskan ubat antibiotik terlebih dahulu baru boleh membuat cabutan.



 

Rawatan Mudah Cegah Bengkak Gusi



Bengkak gusi berpunca dari kotoran (plak, karang gigi).. 
  • Untuk mencegah bengkak gusi, pastikan kotoran yang terdapat pada gigi diberus setiap 2 kali sehari, dengan cara yang efektif (semua permukaan gigi kene berus). 
  • Ada juga celah2 gigi yang tidak tercapai oleh berus gigi, maka hendaklah menggunakan floss (tali macam benang tu, JANGAN guna benang) untuk keluarkan sisa makanan pada celah gigi. 
  • Bengkak gusi juga boleh terjadi akibat lubang /karies gigi yang dibiarkan (tidak ditampal....) 
  • Berkumur dengan air garam suam dapat membantu mengecutkan bengkak gusi. buat 3 kali sehari
  • Letak cengkih berkesan untuk mengurangkan sakit gigi yang berlubang ( jangkamasa pendek) 

Supplement Cadangan 

#1 Sustained Release Vita-C 500mg


  • Berfungsi untuk memperbaiki simptom pendarahan. Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah.
  • Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. 
  • Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

#2 Ostematrix - Kalsium Berkualiti Tinggi


  • Merawat gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Ia membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  
  • Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.


Testimoni Diri Sendiri - Gusi Berdarah

Farah memang ada masalah gusi berdarah yang agak teruk. bila gosok gigi, dah tak de buih putih dahh..Semuanya merah darah banyak sangat. Tak boleh gosok gigi kuat-kuat. Guna berus yang soft pun masih berdarah juga.

Rawatan pertama dah semestinya lah Vitamin C. konsisten makan vitamin C, sebiji selepas makan, 2 biji sebelum tidur, hasilnya 2 minggu dah nampak perubahan. Dah tak ade darah tiap kali gosok gigi. Guna berus yang kasar pon dah tak darah da...

Selain tu, jerawat kat muka pon dah kurang. mana-mana jerawat yang nak tumbuh tuu, semua merajuk, tak jadi keluar.. 




sejak konsisten vitamin C gusi dah tak berdarah masa gosok gigi. makan dengan alfalfa hilang terus resdung. Berbulan-bulan tak selsema . kalau tak, 1-3 bulan sekali mesti selsema. Dah tak alergik dengan habuk. Alhamdulillah syukur.

. Vitamin C Shaklee . 180 biji . RM 98.00 .

WhatsApp : 01127794946

22 July 2016

Suami Mengalami Masalah Pertuturan Akibat Strok Kini Doktor Memuji Suami Nampak Semakin Berseri Dan Banyak Cakap

Tak dapat digambarkan tulang belakang seorang wanita hanya mampu baring, kaku di tilam tanpa boleh berbuat apa-apa tugas. Ya Allah kuat sungguh dugaan wanita ini.

Sebelum itu, kita kenali apa itu store dan punca-punca strok supaya kita lebih berhati-hati dan dapat menjaga kesihatan kita dengan lebih baik. 

Amalan gaya hidup sihat membantu kita menjaga kesihatan kita dengan lebih baik.. 


Apa Itu Stroke


Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. 

Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi.

Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisivena. 

Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.


Punca Stroke


Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. 

Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah “serangan otak” kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk “serangan jantung” yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.


Jenis-Jenis Strok

Terdapat 2 jenis strok iaitu Hemorrhagic dan Ischemic.


Hemorrhagic:


Ianya jarang berlaku, hanya 15% sahaja kes strok adalah jenis ini tetapi ia adalah penyumbang kematian yang agak besar juga iaitu sekitar 40%. Jarang berlaku tapi bahaya.

Ia boleh berlaku disebabkan Brain aneurysm (masalah pada salur darah pecah) atau pun salur darah lemah dan bocor. Darah yang bocor tadi akan memenuhi otak dan menyebabkan keradangan dan tekanan pada otak.


Ischemic:


Ini jenis strok yang biasa berlaku. Ia berlaku apabila salur darah yang nak ke otak dihalang oleh blood clot (ada pembekuan pada saluran tersebut.

Biasa berlaku pada orang yang ada darah tinggi atau mereka yang ada kolesterol tinggi juga tak terlepas.

Kerana kolesterol ini boleh menyumbat salur darah dan membentuk clot tadi. Apabila darah tak dapat sampai ke otak, maka berlakulah strok.


Ischemic pula terbahagi kepada dua iaitu Emolic Stroke & Thrombotic Stroke


Embolic Strok:


Ia berlaku apabila clot tadi yang terhasil di mana-mana bahagian badan, biasanya yang ada kat jantung, bergerak menuju ke otak dan ia menyumbat salur darah kat situ dan menyebabkan strok.


Thrombotic Strok:


Ia berlaku biasanya pada mereka yang ada kolesterol tinggi iaitu di mana blood clot itu terhasil pada arteri yang bertanggungjawab supply oksigen ke otak.




21 July 2016

Nenek Saya Kata Bila Bayi Mula Main Air Liur, Rambut Ibu Akan Gugur, Betul Ke.?

Pasti semua wanita akan mengalami masalah ini. Stress kan.? Sebenarnya keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara yang normal berlaku pada semua orang sama ada lelaki mahupun wanita.

Bagi wanita biasa, keguguran rambut sehari adalah dalam lingkungan 50 hingga 100 helai. 

Namun, semasa mengandung, pertambahan hormon estrogen akan menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak, menjadi tebal dan lebih sihat berbanding biasa.

Selepas bersalin, paras hormon estrogen akan turun mendadak ke paras normal. 

Penurunan hormon estrogen ini mengambil masa 2 hingga 3 bulan atau ada yang mencapai sehingga 9 bulan lamanya bergantung kepada badan ibu. 

Jadi, di sepanjang tempoh penurunan ini, ibu akan mengalami keguguran rambut yang amat teruk.

Farah juga mengalami situasi yang sama. Kalau dikumpulkan, dah boleh buat rambut palsu agaknya.. Hehehehe.. Namun usah risau. Bila rambut gugur, rambut baru akan kembali tumbuh.

Farah share sedikit tips untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini supaya ia tidak menjadi lebih teruk dan berpanjangan.


Punca Keguguran Rambut

  • Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.

  • Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.

  • Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

  • Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

  • Mempunyai masalah angin badan yang serius.

  • Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

  • Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
* Jadi,sebenarnya keguguran rambut selepas bersalin tiada kaitan pun dengan anak main air liur..hehehehehehe... kita stress fikir fakta itu, sebab itu rambut gugur. Kan.?

Tips Atasi Keguguran Rambut


  • Potong rambut menjadi pendek. Rambut yang pendek dapat mengurangkan keguguran rambut serta mudah diurus.
  • Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Kemudian sikat rambut dengan lemah lembut untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.
  • Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut mudah tercabut.
  • Elakkan mewarnakan rambut, mengeriting, merawat rambut atau meletakkan pelembut rambut sehingga rambut kembali normal.
  • Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin ini membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.
  • Amalkan pengambilan multivitamin untuk memastikan nutrien sampai ke bahagian rambut.
  • Minum air yang mencukupi untuk melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur.




Rawatan Keguguran Rambut Dengan Shaklee


Wassup 011 277 94946

20 July 2016

Betul Ke Banyak Makan Pedas Mudah Kena Apendik.?

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. 

Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Bila kita makan, makanan itu akan bergerak dari usus kecil menuju ke usus besar. 

Makanan yang dikunyah itu akan melalui proses penghadaman dan kemudian menjadi serbuk dan usus besar menyerap air.

Dalam keadaan ini, makanan atau serbuk itu akan senang keluar masuk dan sekaligus boleh menyebabkan satu ruang kecil iaitu appendix tersumbat.

Bila appendix tersumbat, perjalanan darah akan terganggu dan menyebabkan keradangan, kebengkakan, kesakitan dan mudah terkena jangkitan.

Kita biasa dengar orang tua-tua cakap jangan makan biji buah-buahan contohnya tembikai, jambu atau biji lada, nanti apendiks sebab takut biji tersebut tak hancur dalam perut. 

Hakikatnya ia hanyalah berkemungkinan dan peratusannya sangat kecil atau tiada langsung untuk dijadikan punca apendiks. So, siapa yang dah termakan tu harap jangan panik. Hehehe..


Stomach colon rectum diagram-ms.svg


SIMPTOM APPENDIX



  • Kesakitan pada bahagian abdomen bawah perut di sebelah kanan
  • Rasa perut memulas-mulas dan sakit
  • Pitam dan Loya
  • Ketidakselesaan pada perut
  • Jika appendix pada tahap kritikal ia boleh pecah dan menyebabkan jangkitan dan boleh membawa maut.

Rawatan Apendik


Pembedahan adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. 

Terdapat dua jenis pembedahan yang biasa dilakukan iaitu pembedahan cara biasa dimana torehan akan dibuat di bahagian kanan abdomen atau pembedahan Laparoscopic iaitu tiga lubang kecil di bahagian atas, kiri dan kanan abdomen. 


Bezanya adalah pembedahan Laparoscopic tidak meninggalkan kesan parut akibat pembedahan dan proses penyembuhan adalah lebih cepat berbanding dengan pembedahan biasa yang melibatkan torehan besar.

Pembedahan Laparoscopic

Rawatan Selepas Pemedahan Apendik



  • Herb-Lax untuk membersihkan usus
  • Vita-C Plus untuk meningkatkan imunisasi & untuk mengeringkan luka dalaman selepas pembedahan
  • Ostematrix untuk mengelakkan kekejangan

nak buat belian secara online? boleh klik link ini >> NAK BELI 
harga 1 set ( vitamin c, ostematrix & herb-lax) adalah RM216.25 + RM 10.00 (postage) = RM 226.25 jumlah akan anda perlu bayar. 

WhatsApp : 01127794946

15 July 2016

Aduh, Stressnya Fikir Cara Nak Hilangkan Parut Chicken Pox Nie !!!

Siapa yang pernah kena chicken pox.? Mesti semua pernah kena kan.? Sakit kan masa kena.? Bukan apa, memikirkan parut yang bakal di tinggalkan.. 

Aduh, boleh stress fikir parutnya. Lagi-lagi bila parut di muka. Susah nak hilang.. 

Kalau kena chicken pox masa kecil, mungkin parut akan hilang mengikut tumbesaran usia.. 




Hilangkan Parut Chicken Pox Dalam Masa 7 Hari




Untuk luaran: Basic H dan NutriWhite
Untuk kesihatan dalaman: Nutriferon, B Complex, Vita C SR Plus, Vita E Complex, ESP, Collagen Powder, Vivix dan GLA Complex.

Tapi awas, kalau anda mengandung, ada sesetengah suplemen yang anda tak boleh ambil, dalam kes diatas, beliau hamil tapi masih boleh pulih daripada chicken pox dalam 7 hari sahaja.

Jika kanak-kanak pula, boleh ambil Mealshake, Vita C Chewable, dan Omega guard. Luaran boleh gunakan Basic H dan Herbal Blend.

Yang pastinya, ikutlah nasihat doktor untuk pulihkan sakit tu, makan ubat dengan konsisten di samping pengambilan suplemen turut penting pada masa ini.

Yang pasti, jangan biarkan diri anda dibelenggu parut chicken pox okey...

Korang ade parut chicken pox jugak.? Jom cuba Set Shaklee...

Wassup saya 011 277 94946


14 July 2016

Kulit Kusam Terjadi Disebabkan Oleh Kehadiran Sel Kulit Mati . Ketahui Cara Rawatannya .

Kecantikan tidak boleh lari dari wanita. Semua wanita nak cantik. Nak kulit putih. Gebu dan menawan. 

Antara masalah kulit yang biasa berlaku ialah, kusam berjerawat, kusam gelap, kusam kuit kering, kusam kulit berminyak, kusam berjerawat pasir, berjerawat teruk dan banyak la lagi. 

Kulit anda perlu dikenalpasti bagi memudahkan pemilihan vitamin yang paling sesuai bagi mendapatkan kulit bak sutera.



Punca Kulit Kusam

Kulit kusam ini terjadi disebabkan oleh kehadiran sel kulit mati. Sel kulit mati ini terjadi apabila tubuh kekurangan protein untuk menyingkirkan sel mati tersebut.

Bila itu terjadi, semakin lama sel mati  semakin tebal dan menyebabkan wajah nampak gelap dan berminyak. Ini dia punca kulit kelihatan tak bermaya dan kusam.

#1 Stress


Stress adalah salah satu gangguan psikologi yang sering menyerang siapa saja. Stress juga merupakan musuh besar dan dapat mempengaruhi penampilan baik secara fizikal mahupun mental. 

Stress dapat menyebabkan kelenjar dalam tubuh pengontrol emosi akan meningkat sehingga berpengaruh pada wajah mudah berjerawat, psoriasis (sejenis penyakit dimana kulit mengalami proses pergantian terlalu cepat), eczema (eksim), gatal-gatal juga bintik-bintik merah.

#2 Diet yang tidak sehat dan kurang teratur


Jika program diet yang diterapkan dan dijalankan tidak teratur, tidak sehat dan tidak seimbang, tubuh akan kekurangan bekalan tenaga dan nutrisi yang penting bagi tubuh maupun wajah itu sendiri. 

Ada pula yang menjalankan program diet secara ketat, tubuh akan kekurangan asid lemak yang baik sehingga membuat kulit kehilangan kesegarannya. 

Bagi mereka yang mengalami masalah pemakanan atau eating disorder seperti anoreksia atau bulimia akan kekurangan protein dan vitamin sehingga menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah terkelupas.

#3 Kesan sinar UV


Seharian bekerja diluar lapangan atau ruangan terbuka akan mempercepat perubahan pigmentasi kulit dan penuaan kulit, kemudian pada kulit wajah akan timbul titik atau noda hitam/cokelat.

#4 Kurang rehat dan pola tidur tidak teratur


Kurangnya waktu rehat dan tidur yang tidak teratur juga dapat mempengaruhi wajah terlihat lebih tegang dan wajah terlihat seperti tidak bersemangat dan kuyu. 

Kulit wajah memerlukan waktu rehat yang cukup untuk proses penggantian sel-sel kulit yang baru. Waktu tidur yang baik adalah dalam lingkungan 6-7 jam.

#5 Suka minum alkohol


Minuman beralkohol akan membuat kulit kekurangan cairan, terlihat lebih kering dan cepat berkedut. 

Minuman seperti Anggur merah memang baik untuk kesehatan kulit, apabila diminum tidak lebih dari satu gelas.

#6 Tidur yang cukup dan lena


Kekurangan waktu tidur akan membuat tubuh memproduksi hormon stress. 

Hormon stress yang dihasilkan akan menyebabkan munculnya jerawat, lingkaran hitam disekitar mata, membuat warna kulit terlihat lebih kusam, dan membengkak serta tubuh terasa kurang darah.

#7 Merokok


Hormon estrogen pada wanita tidak mampu mengikat secara baik kesan dari kandungan rokok yang di hisap. 

Sebuah penelitian menyatakan bahwa wanita yang merokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia aslinya. 

Rokok akan mengikat bakteria baik, darah merah dsb yang terkandung di dalam perut. 

Selain itu rokok juga akan menjadi kulit wajah kelihatan lebih kusam dan kotor, sehingga meninggalkan wajah dengan banyak flek atau noda hitam seperti jeragat.

#8 Pola makan yang tidak teratur dan seimbang


Pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting untuk kesihatan terutamanya kulit kita. 

Makanan yang lebih gula atau garam akan membuatkan kulit muka kusam dan tidak sihat.

#9 Berat badan yang mudah naik turun


Perubahan mendadak pada kenaikan dan penurunan berat badan juga mengganggu kesihatan kulit. 

Perubahan berat badan menyebabkan kulit mudah berkedut dan kelihatan tua serta kusam.

#10 Efek samping negatif dari penggunaan kosmetik.


Penggunaan bahan kosmetik yang bukan dari sumber semulajadi hanya membahayakan kulit. 

Kandungan kimia dari kosmetik secara perlahan akan memberikan kesan negative kepada pengguna. Jadi amat penting untuk memilih kosmetik yang berunsurkan semulajadi.





Sel mati ini juga akan menyebabkan masalah2 kulit yang lain seperti :


  • jerawat
  • Warna kulit tak sekata
  • jeragat
  • bintik - bintik hitam 
  • bintik - bintik putih

Ketidak cukupan vitamin dalam tubuh, mengurangkan kekuatan kulit anda untuk menapis penuaan dan nampak lebih tua dari usia. 


Lebih teruk lagi, muka yang sering terdedah dengan sinaran matahari dan bendeasing yang memberhaya. Seterusnya kulit anda mudah rosak.

Makanan tambahan dapat membantu atasi kulit kusam yang selama ini membelenggu diri. 

Solisi terbaik adalah dengan amalkan supplement untuk membantu anda mengatasi masalah kulit kusam dari dalam. 
Set Kulit Kusam Shaklee


Nie pengalaman saya sendiri. Bulan 12 hari tuu muka bermasalah teruk. Cuba 2 - 3 product untuk kulit. Tapi makin teruk. 
Terfikir kenapa tak cuba product shaklee sendiri. So, dengan guide dari mummy dan nanny beli laa esp, vitamin c dan gla complex. Alhamdulillah gambar yang sebelah tuu hasilnya.
Sekarang saya maintain makan vitamin e dan vitamin c . Dan juga Pencuci Nutriwhite. 
 

Wassup For Order Farah 011 277 94946



13 July 2016

Selepas 10 Tahun Derita Resdung... Nak Tahu Tak Saya Guna Apa Untuk Atasi Masalah Resdung Saya.?

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.

Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. 

Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 


Tanda-Tanda Resdung



  • Hidung tersumbat


  • Lendir daripada hidung serta tekak



  • Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
  • Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.



Punca Resdung



  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkok
  • Mandi dan terjun dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Resdung Kronik



  • Jangkitan nanah pada sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  •  Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Rawatan Resdung




Alfalfa Complex : bersumberkan klorofil yang tinggi mampu mengurangkan kegatalan pada hidung dan bahagian wajah. Juga mampu membuang toksik bahaya penyebab kepada jangkitan resdung.

B Complex : Kandungan B6 dalam B Complex membantu memelihara selaput lendir dalam rongga hidung. Selaput lendir ini sangat penting untuk memerangkap habuk, asap dan bakteria dari memasuki ke dalam rongga hidung.

Vitamin C : Mengurangkan risiko tiub pernafasan menjadi sempit dan seterusnya kesukaran untuk bernafas. Tisu-tisu yang terjejas akibat resdung juga mudah dipulihkan kembali apabila mengamalkan vitamin c secara konsisten.



Image result for set resdung shaklee
Dulu bangun pagi je konfem saya bersin tak berhenti. pernah saya bersin sampai darah keluar dari hidung. boleh di katakan saya mengalami resdung yang agak teruk. siap hidung dengan muka gatal-gatal lagi. jerawat memang banyak.

Nak tahu tak apa yang saya guna untuk atasi resdung saya.? Saya guna set resdung shaklee. Vitamin C , B Complex dan Alfalfa. Selepas 10tahun baru rasa macam boleh bernafas dengan segar dan lancar.

Alhamdulillah sangat .. Kenapa laa dari dulu tak kenal shaklee. 


Wassup For Order . Farah 011 277 94946

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...