7 Jenis Penyakit Yang Mengganggu Kesuburan Wanita

Sesungguhnya bukan kita minta. Sukar dapat anak boleh jadi isu jika suami isteri tidak memahami. Tapi ramai di kalangan pasangan suami isteri sekarang yang sangat tidak kisah. Masalah ini bukanlah menjadi satu isu besar buat mereka. Namun AWAS! Masih ada lagi di luar sana yang kesedihan dan berendam air mata kerana masalah ini.

Tiada penyakit yang tiada ubat melainkan mati. Bila dihayati ayat ni maka hati yang gundah jadi ceria semula. Tugas kita adalah usaha sedaya upaya untuk cuba merawat. Yang menyembuhkan bukanlah kuasa kita kan?


Jenis Penyakit Yang Mengganggu Kesuburan Wanita



  1. Keputihan 
  2. Fibroid : berlaku di uterus (rahim wanita). Juga dikenali sebagai ketumbuhan.
  3. Ovarian Cyst : berlaku di ovari
  4. PCOS : Polycysctic Ovary Syndrome
  5. Endometriosis
  6. Kanser Payudara
  7. Kanser Serviks



Keputihan




  • Keputihan yang normal tidak menjadi satu masalah besar. Tapi bila warna keputihan sudah bertukar menjadi kuning atau hijau maka ia kemungkinan besar adalah sudah tercemar dengan jangkitan kuman. Berjumpa dengan doktor anda segera.


Fibroid

  • Ketumbuhan yang berlaku di uterus wanita. Biasanya memerlukan pembedahan jika ketumbuhan itu semakin membesar.

Ovarian Cyst

  • Ada banyak jenis cyst dan cyst ini biasanya berbentuk kantung yang berisi cecair yang berlaku pada ovari wanita.

PCOS

  • PCOS adalah kecelaruan hormon yang berlaku pada wanita dan biasanya ia boleh mengganggu pengeluaran telur di mana ovari wanita tidak dapat mengeluarkan telur. Maka ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan.

Endometriosis

  • Endometriosis ini adalah tisu badan yang sepatutnya tumbuh di uterus anda tetapi ia berkembang di luar uterus. Ia juga boleh mengundang masalah sukar hamil pada wanita.

Kanser Payudara



  • Kanser payudara yang biasanya dikesan dengan adanya “lump” pada payudara. Jika mengesan sebarang keadaan abnormal pada payudara anda, cepat-cepat berjumpa dengan doktor.

Kanser Serviks


  • Kanser serviks boleh berlaku dengan pelbagai sebab antaranya jangkitan HPV, sering bertukar-tukar pasangan, merokok dan juga hubungan seksual yang terlalu awal. Tanda awalnya adalah kemungkinan berlaku pendarahan dari vagina.

Cara Rawatan Penyakit Ini Dan Cara Untuk Tingkatkan Kesuburan


Terdapat rawatan moden yang boleh dilakukan oleh pakar bertauliah dan untuk kes kronik perlulah rujuk pada doktor anda.

Secara umumnya untuk mengelakkan penyakit kronik dari terjadi anda boleh mengamalkan pemakanan yang mengandungi antioksidan tinggi seperti cranberi, blueberi, anggur, kekacang dan sayuran berdaun hijau.

Cara lain adalah mencuba mengambil vitamin yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Kerana ada masanya kita tidak mampu nak berdisiplin dalam pengambilan makanan harian, alternatifnya adalah mengambilnya dengan cara lebih mudah.

Berusaha untuk mengubati adalah dituntut dalam agama, bukannya dengan pasrah berserah sahaja. Bagi masalah ketidaksuburan Farah ada solusi yang mungkin sesuai untuk anda.


SOLUSI PILIHAN