27 May 2016

Cara Mudah untuk Hilangkan Rasa Ngantuk Ketika Memandu

Siapa yang tidak mengantuk ketika memandu.? Terutama jika perlu memandu untuk jarak jauh. 

Memandu ketika mengantuk sangat berbahaya kepada diri dan juga pemandu lain di kawasan tersebut.


Tips Elak Mengantuk Ketika Memandu




Rehat sebelum perjalanan



  • Sebelum bertolak untuk pulang ke kampung, anda mestilah bersedia dengan tubuh badan yang sihat dan pastikan anda berada di dalam keadaan tenang. 
  • Kadang kala keadaan stress juga mampu membuatkan anda hilang tumpuan dan boleh mendorong kepada pemanduan dalam keadaan merbahaya.
  • Rehat secukupnya amat penting terutama masa tidur anda. Jangan sesekali memaksa diri untuk memandu dalam keadaan yang mengantuk.



Elak memandu berseorangan



  • Kadang- kala disebabkan terlalu bosan dengan perjalanan yang jauh, dan anda pula berseorangan di dalam kereta, potensi untuk berasa mengantuk adalah tinggi. 
  • Untuk mengelakkan diri dari merasa bosan semasa memandu, bawalah setidaknya seorang rakan anda untuk di ajak berbual. Jika anda bersama ahli keluarga  atau rakan-rakan, ajaklah mereka berborak apa sahaja topik yang anda rasakan sesuai. 
  • Carilah topik yang boleh membuat anda tergelak kerana ia akan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk ketika memandu.



Pasang radio atau lagu secara kuat



  • Jangan sesekali biarkan suasana memandu dalam keadaan terlampau sunyi. Jadi, untuk meriuhkan keadaan di dalam kereta anda, pasanglah radio atau lagu kegemaran anda pada volume yang lebih tinggi daripada biasa. 
  • Lebih menarik jika anda menyanyi bersama untuk menghilangkan rasa bosan. Sebaiknya pasang lagu yang mempunyai rentak rancak . Pilihlah ikut citarasa anda tersendiri.


Berehat sekejap jika perlu



  • Khas bagi anda yang memandu dalam tempoh masa yang lama, badan anda pasti akan merasa letih dan penat. Tidak salah jika anda berhenti di mana-mana R&R untuk merehatkan diri. 
  • Ambil masa dalam 15 ke 20 minit untuk tidur sebentar. Selepas bangun pastikan anda mencuci muka dengan air bagi menyegarkan diri semula. 
  • Walau tidur hanya sebentar, ia sudah cukup untuk memberi semula tenaga untuk anda terus memandu.


Tidak dapat dinafikan, perasaan mengantuk sebenarnya adalah diluar kawalan kita, namun mengambil langkah untuk mengurangkan rasa mengantuk semasa memandu adalah amat penting. 

Berhati-hatilah ketika memandu, kerana sedikit kecuaian mampu mengundang maut.




Cara Mudah Untuk Hilangkan Rasa Ngantuk

Bukan sahaja untuk pemanduan, malah membantu anda untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bekerja.

Ubat Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu



No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...