21 March 2015

Tempoh Penyimpanan Bagi Susu Ibu

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Alhamdulillah Farah dapat menyusukan anak sehingga sekarang yang sudah mencecah usia 2tahun 2bulan.

Susu ibu boleh disimpan untuk digunakan kemudian. Ia disarankan agar susu ibu disimpan dalam bekas kedap udara dan kuat kekuncinya. Terdapat juga beg plastik khusus dibuat untuk menyimpan susu ibu segera untuk tempoh masa kurang 72 jam- dan perlu disimpan dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya. Jika susu ibu disimpan dalam peti sejuk beku, ia boleh dikekalkan kesegarannya sehingga 6 bulan.


Tempat penyimpanan Suhu Masa penyimpanan maksimum
Dalam bilik 25 °C 77 °F 6-8 jam
Insulasi beg termal dengan pek ais Hingga 24 jam
Dalam peti sejuk 4 °C 39 °F Hingga 5 hari
Peti sejuk beku kompartment atas dalam peti sejuk -15 °C 5 °F 2 minggu
Kombinasi peti sejuk dan peti sejuk beku dengan pintu berasingan -18 °C 0 °F 3-6 bulan
Manual deepfrost dalamn peti sejuk beku -20 °C -4 °F 6-12 bulan



Penyusuan bayi dengan susu ibu  membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung. Membantu mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah nifas dan wiladah. Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurang risiko kanser payu dara dalam kehidupan ibu.


Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penyusuan ibu boleh klick di sini >> LAGI INFO PENYUSUAN IBU

Semoga dapat membantu anda kaum ibu. 


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor












3 comments:

  1. Makkumat yang sangat berguna untuk ibu-ibu yang menyusukan. Memang bahagia sangat bila dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh.

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat penting utk ibu2 yang perlu simpan stok ataupun bekerja.

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...