22 March 2015

5 TIPS TAMBAHAN CARA PENYIMPANAN SUSU PERAHAN





1. SIMPAN DALAM BEKAS ATAU PLASTIK YANG KECIL


Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Kalau kita bagi banyak terus ; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.



2. CATAT TARIKH SETIAP PERAHAN

Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.



3. CAIRKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.

Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).







4. JANGAN CAMPURKAN SUSU PERAHAN SESUKA HATI

Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.

Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. CARA PANASKAN SUSU PERAHAN


Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).

AWAS!!! Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.


Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penyusuan ibu boleh klick di sini >> LAGI INFO PENYUSUAN IBU


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...