22 March 2015

5 TIPS TAMBAHAN CARA PENYIMPANAN SUSU PERAHAN





1. SIMPAN DALAM BEKAS ATAU PLASTIK YANG KECIL


Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Kalau kita bagi banyak terus ; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.



2. CATAT TARIKH SETIAP PERAHAN

Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.



3. CAIRKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.

Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).







4. JANGAN CAMPURKAN SUSU PERAHAN SESUKA HATI

Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.

Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. CARA PANASKAN SUSU PERAHAN


Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).

AWAS!!! Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.


Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penyusuan ibu boleh klick di sini >> LAGI INFO PENYUSUAN IBU


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

21 March 2015

Tempoh Penyimpanan Bagi Susu Ibu

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Alhamdulillah Farah dapat menyusukan anak sehingga sekarang yang sudah mencecah usia 2tahun 2bulan.

Susu ibu boleh disimpan untuk digunakan kemudian. Ia disarankan agar susu ibu disimpan dalam bekas kedap udara dan kuat kekuncinya. Terdapat juga beg plastik khusus dibuat untuk menyimpan susu ibu segera untuk tempoh masa kurang 72 jam- dan perlu disimpan dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya. Jika susu ibu disimpan dalam peti sejuk beku, ia boleh dikekalkan kesegarannya sehingga 6 bulan.


Tempat penyimpanan Suhu Masa penyimpanan maksimum
Dalam bilik 25 °C 77 °F 6-8 jam
Insulasi beg termal dengan pek ais Hingga 24 jam
Dalam peti sejuk 4 °C 39 °F Hingga 5 hari
Peti sejuk beku kompartment atas dalam peti sejuk -15 °C 5 °F 2 minggu
Kombinasi peti sejuk dan peti sejuk beku dengan pintu berasingan -18 °C 0 °F 3-6 bulan
Manual deepfrost dalamn peti sejuk beku -20 °C -4 °F 6-12 bulan



Penyusuan bayi dengan susu ibu  membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung. Membantu mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah nifas dan wiladah. Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurang risiko kanser payu dara dalam kehidupan ibu.


Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penyusuan ibu boleh klick di sini >> LAGI INFO PENYUSUAN IBU

Semoga dapat membantu anda kaum ibu. 


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor












18 March 2015

Ibu Hamil Akan Hilang Sebatang Gigi Setiap Kali Hamil. Betul Ke.?

Kesihatan pergigian yang sempurna ketika mengandung adalah penting untuk memastikan ibu dan anak dalam kandungan sihat. Walau bagaimanapun, perubahan hormon dan cara pemakanan ketika mengandung boleh meningkatkan risiko kepada penyakit pergigian.





Penjagaan Mulut Ketika Hamil

Perubahan-perubahan hormon ketika  mengandung mendedahkan ibu (yang tidak menjaga kesihatan pergigian yang baik)  terhadap risiko penyakit pergigian berterusan. Sebarang jenis  infeksi (akibat penyakit gigi atau gusi)  ketika hamil boleh  memberi risiko berat terhadap  kesihatan bayi didalam kandungan. Ini adalah kerana penyakit boleh merebak dari ibu kepada bayi di dalam kandungan melalui berbagai cara. Antara komplikasi  yang terkenal akibat infeksi berterusan adalah risiko bayi lahir pra matang dan bayi lahir kurang berat badan .

Nasihat Awal  Sebelum Mengandung

Sekiranya anda memerlukan rawatan pergigian, anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan  sebelum mengandung lagi. Dengan cara ini, anda boleh mengelak dari mendapat semasa mengandung dan boleh mengelak radiasi ke atas bayi dalam kandungan.

Pemeriksaan Gigi Semasa Mengandung

Jika anda  telah disahkan mengandung, dapatkan pemeriksaan gigi seawal mungkin. Di Malaysia , ibu mengandung (bertaraf kerakyatan Malaysia) berhak untuk mendapat pemeriksaan gigi dan rawatan mudah dengan kadar percuma diklinik kerajaan. Jadi gunakanlah peluang ini dengan baik kerana kos rawatan pergigian bukannya murah.

Penjagaan Gigi Semasa Mengandung


Berus  dan flos  gigi anda dengan tekun  setiap hari . Lakukannya dengan teliti untuk memastikan semua permukaan dibersihkan dengan berkesan. Sebaik-baiknya bersihkanlah gigi anda setiap kali selepas makan. Penjagaan gigi  yang baik  boleh mengurangkan risiko jangkitan di dalam mulut ketika mengandung.

Setidak-tidaknya pembersihan mulut harus dilakukan dua kali sehari iaitu  sekali waktu pagi dan sekali lagi diwaktu malam sebelum tidur.

Pemilihan Berus Gigi Dan Flos Gigi


  • Belilah berus gigi yang sempurna. Memberus gigi dengan berus elektrik dan ubat gigi berfluorida boleh meningkat kebersihan. Pilihlah berus gigi yang:



  • Mempunyai bulu yang lembut atau sederhana lembut ,
  • Mempunyai bulu yang lebat 
  • Pilihlah berus yang sesuai dengan saiz mulut anda.

Selain itu, beli juga flos gigi yang sesuai untuk mengeluarkan plak dicelah-celah gigi anda. 

Pilihan flos adalah seperti di bawah ;


  • Mengandungi lilin ( jika sudah fasih dengan kaedah memflos gigi)
  • Tidak mengandungi lilin (jika pertama kali menggunakannya)
  • Mengandungi perisa (pudina, strawberi dll) - jika perlu perasa
  • Berwarna  (putih, hijau, merah dll) - untuk mudah lihat plak gigi
  • Alahan Semasa Mengandung


Sekiranya anda mengalami alahan dan kerap muntah :

Kumurlah mulut dengan air untuk membilas keluar  asid di dalam mulut.
Minum air masak secukupnya untuk mengurangkan kesan asid.
Jangan terus menggosok gigi selepas muntah ,tetapi tunggulah seketika dahulu sebelum memberus gigi 
Memberus gigi ketika lumuran asid berada di dalam mulut selepas muntah boleh menghakis permukaan gigi dengan lebih pantas. .
Kumuran Untuk Mengatasi Masalah Alahan Semasa Mengandung  

Serangan asid memudaratkan lapisan luar pergigian ketika mengalami alahan. Justeru itu, gunakanlah kumuran mengandungi fluorida untuk berkumur. Ini boleh membantu remineralisasi lapisan gigi yang telah diserang asid. Pilihlah perasa yang mempunyai bau yang menyenangkan supaya tidak terasa loya.

Bawalah Berus Gigi Dan Ubat Gigi di Dalam Beg

Simpanlah berus gigi dan ubat gigi di dalam beg apabila kemana-mana. Mengidam makanan manis adalah kebiasaan bagi ibu hamil. Oleh itu, membersihkan gigi selepas makanan manis boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi.

Diet

Ibu hamil harus berhati-hati apabila memilih makanan. Kekerapan pengambilan minum berkarbonat (bergas)  atau makanan yang manis dan melekit boleh menyebabkan karies. Benih gigi bayi mula membentuk seawal  6 minggu dalam kandungan. Pembentukan gigi  memerlukan zat kalsium. Kalsium boleh terdapat didalam produk tenusu , kekacang dan sayur hijau.

Kenyataan “ibu hamil akan hilang sebatang gigi dengan setiap kali mengandung”.Kenyataan ini tidak berasas. Ibu hamil mempunyai risiko  kerana perubahan hormon dan masalah alahan tetapi kehilangan gigi boleh dicegah.

Cara Penjagaan Gigi


  • menjaga kebersihan gigi dengan baik 
  • pengawasan diet yang sihat
  • berjumpa dengan dr gigi dengan segera apabila ada tanda-tanda kerosakan .



Tampalan Dan Rawatan Pergigian Semasa Hamil


  • Jika anda belum pernah hadir ke klinik pergigian ketika hamil, sekarang adalah masanya. Doktor gigi  bukan sahaja boleh memeriksa keadaan gigi anda, disebaliknya anda juga boleh mendapatkan  tips kesihatan  pergigian yang  berguna sepanjang kehamilan. Jika anda memerlukan  rawatan tampalan , doktor gigi juga akan membuat keputusan mengenai rawatan yang terbaik untuk anda. Kebanyakkan wanita hamil akan memilih tampalan serwarna  dibanding tampalan amalgam .Walau bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan  tampalan amalgam (yang mengandungi sedikit mercuri) pernah  memberi kesan sampingan kepada kesihatan ibu hamil.


Keadaan Kesihatan Mulut Ibu Boleh Menjejas Kesihatan Bayi di Dalam Kandungan

Penyelidikan menunjukkan  bahawa keadaan negatif dalam mulut ibu boleh menjejas kesihatan pergigian bayi.  Lebih teruk keadaan penyakit di dalam mulut  ibu , lebih banyak kemungkinan kuman-kuman ini boleh dipindahkan kepada bayi melalui sentuhan harian seperti perkongsian makanan dan sentuhan jari bayi  ke dalam mulut ibu.  Oleh sebab itu, ibu hamil digalakkan mendapatkan segala rawatan pergigian sebelum bayi dilahirkan.  Selain itu, ibu dan bayi berkongsi saluran darah.Jadi ,sebarang penyakit di dalam mulut ibu boleh merebak melalui saluran darah ini untuk menjejaskan kesihatan bayi.  Oleh itu, ibu hamil yang mengalami penyakit gusi telah dikaitkan dengan bayi lahir dengan berat badan rendah dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.

Senarai Semak Untuk Para Ibu Yang Sedang Mengandung


  • Dapatkan pemeriksaan gigi semasa mengandung
  • Beruslah gigi anda dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
  • Flos gigi setiap hari
  • Kurangkan makanan manis dan snek mengandungi gula
  • Datanglah keklinik untuk membuat pemeriksaan pra natal
  • Pastikan pengambilan kalsium di dalam diet anda mencukupi untuk memastikan pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat.




Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee




FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor. 

15 March 2015

8 Saranan Yang Boleh Dilakukan Untuk Melegakan Sakit Belakang Ketika Hamil

Sakit belakang boleh dielakkan dengan memastikan anda secergas yang mungkin sebelum anda hamil. Jika anda sudahpun hamil ketika ini, masih tidak terlambat untuk anda melakukan sesuatu untuk mengekalkan kecergasan. Senaman yang kerap dapat mengurangkan kemungkinan anda mengalami sakit belakang.

Jika anda tidak biasa bersenam, mulakan perlahan-lahan. Memeriksa postur anda, mengelak daripada mengangkat benda berat dan menuruti nasihat mudah tentang penjagaan belakang juga dapat membantu mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

Jika anda perlu mengangkat sesuatu, pegang benda itu rapat kepada badan anda, bengkokkan lutut (bukannya belakang) dan cuba jangan pusingkan badan. 


1.Senaman

  • Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dank e atas. Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Relakskan otot-otot perlahan-lahan pada akhir senaman.
2.Urutan

  • Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat tukang urut terlatih atau ahli fisioterapi.
3.Postur yang baik

  •  Jika anda mengalami kesakitan pada tulang tongkeng, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut yang berbentuk baji atau berbentuk cincin.
4.Berenang

  • Sertai kelas akuanatal jika ada. Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit belakang semasa hamil.
5.Akupunktur

  • Adalah penting bagi anda mendapatkan pengamal akupunktur yang terlatih dan berpengalaman merawat wanita hamil.



6.Bantal materniti


  •  Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu.



7.Kehangatan dan air

Image result for tali pinggang sokongan mengandung
  •  Mandian hangat, tuaman panas atau pancuran air panas dapat melegakan ketidakselesaan.
8.Tali pinggang sokongan

  •  Tali pinggang ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang anda.



Jika anda rasa anda menghidap PGP atau skiatika, atau sekiranya anda mengalami sakit belakang dan saranan-saranan  tidak membantu, jumpalah ahli fisioterapi. Doktor anda mungkin dapat memberi rujukan. Ahli kiropraktik atau ostepati yang berdaftar dan berkelayakan juga mungkin dapat membantu.




Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

14 March 2015

Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil Dan Cara Mengurangkan Kesakitan Itu

Sakit belakang adalah perkara biasa dalam kehamilan. Dianggarkan kira-kira separuh hingga tiga perempat wanita hamil mengalaminya. 

Walau bagaimanapun, ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan ini dan menghalangnya daripada menjadi masalah jangka panjang.



Alhamdulillah masa Farah hamil, Farah tak ada sakit belakang, sakit pun masa nak bersalin...

Image result for sakit belakang ketika hamil

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

Sakit belakang 



  • sebenar berlaku apabila ligamen (tisu-tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda), otot-otot, cakera dan sendi-sendi anda tertekan akibat postur yang tidak elok, teknik mengangkat yang salah, otot-otot yang lemah atau ketat, ataupun kecederaan.
  • Jika anda mengalami masalah ini semasa hamil, kemungkinan besar anda sudahpun mengalaminya sebelum hamil lagi.


Masalah ini biasanya menjadi lebih teruk pada penghujung hari atau sekiranya anda telah berdiri untuk jangka masa yang lama.


Ini kerana, otot-otot anda menjadi letih dan ligamen anda tertarik sedikit akibat berat badan dan bayi anda.


Sesetengah wanita, iaitu kurang daripada satu peratus, akan mengalami kesakitan semasa HAMIL


Keradangan atau tekanan daripada belakang menyebabkan saraf skiatik (yang mengunjur daripada bahagian bawah belakang hingga ke tapak kaki) menjadi sakit. Ini menyebabkan rasa ngilu sepanjang kaki anda, atau rasa mencucuk-cucuk.



Sakit girdel pelvis 


  • berlaku akibat kehamilan, dan ia perlu diuruskan secara berlainan daripada sakit belakang. Rawatan biasa bagi sakit belakang biasanya tidak berkesan untuk PGP, malah boleh membuatkan kesakitan itu bertambah teruk.


  • Jika anda rasa sakit pada atau di sekitar tulang pubis pada bahagian hadapan, anda mungkin mengalami disfungsi pubis simfisis (SPD), iaitu satu penyakit yang dikaitkan dengan ligamen tertentu pada pelvis anda.



Rawatan Sakit Belakang Ketika Hamil


Antara khasiat Ostematrix ialah:

  • Membantu menghilangkan rasa kejang dan rasa kebas
  • Melegakan migraine
  • Bagus untuk pembentukan janin yang kuat
  • Mendapat tidur yang lena dan berkualiti
  • Mengurangkan sakit lutut dan sakit pinggang
  • Mencegah osteoporosis
  • Bagus untuk pelawasan dan sembelit


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor


13 March 2015

Resipi : Kuih Lapis Warna Warni

Bagi kaum suri rumah sepenuh masa dan ibu-ibu yang ingin buat hidangan untuk keluarga masing-masing. Meh Farah share sedikit resipi kuih lapis warna-warni.. Selamat Mencuba..




Bahan : 

1 1/2 cawan tepung gandum 
1 1/2 tepung beras 
1/2 cawan tepung ubi 
1 1/2 cawan gula pasir 
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam 
pewarna merah, hijau, putih, kuning ( ikut berapa banyak yang ada suka )


Cara Penyediaan : 

  • Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  •  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. 
  • Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  •  Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dengan plastik. 
  • Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  •  Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
  •  Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ). 
  • Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. 
  • Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

Mudahkan.? Jom ikat perut suami dengan masakan dari air tangan seorang isteri. 
Selamat Menjamu Selera



credit to :- Kak Dila Azim ( pengasuh Fiqar)




Pertanyaan Mengenai Shaklee.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor. 

Info Denggi : Performance® Natural Orange Mampu Menghidratkan Tubuh Dengan Lebih Berkesan Berbanding Air

Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.Perfomance Drinks adalah Minuman Penghidratan Tulen


  • Penyahhidratan merupakan faktor utama yang sering mengakibatkan kelesuan dan menjejaskan prestasi atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.



  • Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.



  • Terbukti secara Klinikal - Ujian makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa Performance Shaklee membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka)

Ambil yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik

Dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi anda, membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan.Jaminan Ketulenan Shaklee


Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik.

Dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula berbanding jika anda minum minuman isotonik yang berada di pasaran yang mengandungi karbonat dan gula.


539g : RM 82.50
Untuk Dewasa :- 3 sudu besar sekali bancuh
Untuk Kanak-Kanak :- 1 sudu besar sekali bancuh



** Bancuh bersama air sejuk / Mealshake / ESP






Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

11 March 2015

1001 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih ESP - Soy Protein Isolate Powder Shaklee Untuk Kehamilan Anda



Kebaikan ESP - Soy Protein Isolate Powder Untuk Kehamilan Anda


>> Tingkatkan sistem imun badan ibu
>> Mengawal berat badan ibu dan mengelakkan diabetes
>> Membantu membentuk kulit si ibu gebu dan cantik
>> Mengurangkan alahan diawal kehamilan


Apa Kata Mereka..?










Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor



Mencari Pengedar Shaklee Kluang

Assalamualaikum Ada yang berminat nak buat side-income bersama Shaklee? Kecik mencari  business  partner atau dropship yang berminta nak b...

Popular Posts