20 February 2015

Perangi Kanser Payu Dara . Amalan Yang Boleh Anda Lakukan.

Seperti yang dijanjikan di entry sebelum ini,jom kite sambung cerita mengenai kanser payu dara ini. Kali ini Farah kongsi pasal amalan yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Selamat mencuba, semoga apa yang Farah kongsikan memberi jalan penyelesaian untuk anda.





ANTARA TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN

1. PENGESANAN AWAL DAN SARINGAN

  • Mengenal pasti pertumbuhan tumor pada peringkat awal adalah lebih baik.
  • Dapat mengurangkan risiko sel kanser merebak ke organ lain dengan menyingkirkan tumor tersebut.

2. BERSENAM SELALU


Langkah Pertama

Dalam keadaan berbaring , setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut. Regangkan kedua belah tangan separas dengan bahu anda. Angkat kedua-dua tangan tadi tegak ke atas mengatasi badan anda dengan membengkokkan sedikit siku agar berat bebanan seimbang dengan dengan bahagian dada. Kemudian tolakkan kedua-dua tangan tadi ke sisi badan hingga ke paras bahu. Ulangi langkah ini bagi 13-15 kali.

Langkah Kedua

Dalam keadaan berbaring, setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut dan luruskan tangan ke paras dada. Bengkokkan kedua-dua tangan dan bawa ke dada anda. Pada masa ini kedudukan siku mestilah menunjuk ke arah bahu. Balik ke kedudukan asal dan ulangi langkah ini bagi 13-15 kali.

Langkah Ketiga

Setiap tangan memegang satu ‘dumb bell’ tersebut dan regangkan tangan ke sisi badan dan buat 15 pusingan kecil ke belakang dengan memastikan besar bulatan kira-kira 1 kaki. Kemudian besarkan sedikit diameter pusingan dan ulangi 15 kali. Ulangi kedua-dua langkah tadi dengan menukar pusingan ke depan pula.


Dalam keadaan kedudukan yang selesa, regangkan kedua-dua belah tangan melepasi kepala. Pautkan jari-jemari bagi kedua-dua belah tangan tadi dengan tapak tangan menghala ke atas. Tegakkan badan dan mula regangkan badan anda ke sisi kiri dan kanan seperti yang biasa kita lihat kucing sering lakukan seperti ini. Teruskan gerakan selama 1 minit.

Senaman ini akan membantu seimbangkan ‘meridian’ (garisan tubuh badan) bagi dada (serta tulang rusuk) dan kawasan sekitarnya.


3. AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG


  • Jangan hanya memilih makanan anti-kanser sahaja.
  • Makanan anti-kanser bagus tetapi kurang nutrisi dan kurang seimbang.
  • Amalkan pemakanan seimbang secara sihat adalah lebih bagus.

4. Sentiasa Ceria

  • Ketawa adalah penawar yang terbaik
  • Uruskan stress dengan baik

...Selamat Mencuba Semua....


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...