25 February 2015

Kenapa saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga? 5 kaedah perancang keluarga

Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut. 

Farah dan suami juga mengambil berat terhadap perancang keluarga ini unttuk menjarakkan kehamilan. Satu sebab utama ingin menjarakkan kehamilan kerana bersalin semasa anak pertama Farah cazer dan sekarang sudah hampir 2tahun usia anak kami dan Farah berjaya untuk tidak hamil dalam tempoh tersebut dengan merancang secara normal tanpa mengambil alat pencegah kehamilan @ pengambilan ubat perancang. Kerjasama antara suami dan isteri amat penting dalam melaksanakan proses merancang secara normal. 



5 Kaedah-kaedah perancang keluarga

1.Kaedah semulajadi

  • Kaedah masa subur
  • Suhu badan asas
  • Kaedah cairan dan lendiran faraj
  • Kaedah gabungan
  • Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan









2.Kaedah halangan


  • Kondom
  • Topi servik
  • Diafram











3.Hormon

  • Pil
  • Implan
  • Suntikan




4.Alat dalam rahim





5.Kaedah kekal


  • Ikatan tiub fallopian/peranakan
  • Pembedahan mengikat saluran mani lelaki



Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?

1.Hormon (pil)


  • Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
  • Selepas keguguran- mulakan serta merta
  • Selepas kelahiran :-
  • Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
  • Jika menyusukan bayi- mulakan 6 minggu selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula

2.Suntikan hormon


  • Mulakan dalam masa 7 hari haid
  • Mulakan serta merta selepas keguguran
  • Selepas kelahiran
  • Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
  • Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak

3.Alat dalam rahim


  • Semasa haid
  • Serta merta selepas keguguran
  • 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks

4.Kaedah kekal


  • Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
  • serta-merta selepas melahirkan atau
  • 6 minggu selepas melahirkan atau
  • Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
  • Bila-bila masa

5.Lelaki (Vasektomi)



  • Bila-bila masa

Dapatkan Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga. InsyaAllah pasti ada cara yang terbaik untuk anda dan keluarga..



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor





No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...