18 February 2015

Kanser Payu Dara Pembunuh No1 Wanita Malaysia

Kanser payudara adalah sejenis ketumbuhan " tumor malignan" yang bermula pada sel-sel payu dara. Tumor malignan adalah sekumpulan sel kanser yang boleh tumbuh sehingga menembusi tisu badan desekelilingnya(invasi) atau merabak ke bahagian tubuh badan yang lain (metastasis).





APAKAH YANG MUNGKIN MENYEBABKAN KETUMBUHAN INI BERLAKU ..??



  • Walaupun kadang kala dikaitkan dengan genetik atau sejarah keluarga,namun penyebab sebenar ketumbuhan sel kanser payu dara masih sukar  diketahui. 



  • Walaubagaimanapun beberapa faktor yang mempengaruhi risiko sel kanser payu dara dapat dikenalpasti. 



  • Antaranya ialah :-

  1. Peningkatan usia
  2. Sejarah keluarga,terutama yang mempunyai pertalian rapat @ pertalian darah
  3. Permulaan kitaran haid yang awal @ lewat putus haid
  4. Tidak pernah mengandung walaupun umur lebih 30 tahun
  5. Tidak pernah menyusukan anak
  6. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  7. Pemakanan yang tinggi lemak dan kurang serat
  8. Obesiti selepas putus haid


TANDA-TANDA DAN GEJALA

  1. Ketulan di sekitar payu dara @ di bahagian ketiak
  2. Perubahan dari segi saiz,bentuk @ rasa pada puting/payu dara
  3. Rasa sakit pada payu dara
  4. Ulser kulit
  5. Bengkak pada lengan(bersebelahan dengan payu dara yang dijangkiti kanser)
  6. Ruam pada payu dara


Hendak ketahui lebih lanjut mengenai kanser payu dara ini..? Tunggu di entry akan datang. InsyaAllah Farah akan update entry yang berkaitan kanser ini bagi membantu anda semua..

Stay tune....






No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...