27 February 2015

12 Amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita untuk Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. 




Langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:



  1. Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  4. Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  5. Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  6. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  7. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  8. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  9. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  10. Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  11. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  12. Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Farah juga tidak terlepas dari masalah keputihan ini. Farah amalkan salah satu produk shaklee. Produk yang mana..?  Mudah,Jimat dan Senang. Klik di sini .. 





No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...