Tips: Penganjur Majlis Kenduri-kendara, Jangan Sampai Perut Merana

Di musim cuti sekolah, pasti ramai yang ingin menjalankan sesuatu acara seperti kensuri khawin, majlis berkhatan, majlis cukur jambul dan macam-macam lagi. Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? “Ish! Seriklah aku makan kenduri kat rumah dia tu. Merana perut aku kena cirit-birit dan muntah-muntah!”

Cirit-birit dan muntah-muntah adalah antara tanda-tanda keracunan makanan. 
Sama ada anda sebagai penganjur majlis atau sebagai tetamu, anda tentu tidak ingin kejadian keracunan makanan berlaku dalam mana-mana majlis kenduri.

Oleh itu, Farah kongsi sedikit ilmu untuk mencegah kejadian keracunan makanan dalam majlis kenduri-kendara untuk penganjur majlis dan tetamu.




Panduan Untuk PENGANJUR MAJLIS

Jika menggunakan khidmat syarikat KATERER :

a) Pastikan premis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

 Anda digalakkan menyenaraikan beberapa calon syarikat katerer terlebih dahulu dan pastikan ini adalah kriteria pertama yang anda nilai dalam memilih calon syarikat katerer.

b) Dapatkan status tahap kebersihan premis.

Setelah mengenal pasti bahawa premis calon syarikat katerer tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, semak status tahap kebersihan premis tersebut dengan Pejabat Kesihatan di mana premis tersebut berada.
Pilih premis yang mempunyai markah penilaian tahap kebersihan paling tinggi.

c) Pantau pengendalian makanan semasa majlis berlangsung.


  • Pastikan makanan diangkut dengan kenderaan yang bersih.
  • Pastikan stok makanan tidak diletak di atas lantai.
  • Pastikan makanan sentiasa dihidang dalam keadaan panas.
  • Pastikan makanan dihidang dalam bekas yang bersih dan bertutup.
  • Pastikan pengendali makanan memakai pakaian yang bersih serta memakai pakaian pelindung seperti ;apron,penutup kepala, dan kasut.
  • Pastikan pengendali makanan menggunakan kain lap khusus untuk kegunaan yang berbeza. Contoh :kain lap warna kuning untuk lap meja,kain lap warna putih untuk lap pinggan.
  • Pastikan pengendali makanan sentiasa membasuh tangan selepas mengendalikan sampah atau benda yang kotor.
  • Pastikan peralatan yang digunakan untuk mengendalikan makanan adalah bersih.
  • Pastikan pengendali makanan tidak mengamalkan tabiat buruk seperti ;
  • merokok,
  • meludah merata-rata, dan sebagainya.
  • Pastikan pengendali makanan tidak menyentuh makanan dengan tangan secara langsung.
  • Pastikan perkakas seperti pinggan mangkuk dibasuh dengan bersih sebelum digunakan semula.
  • Pastikan kemudahan pembuangan sisa makanan disediakan oleh syarikat katerer.



Jika makanan disediakan SENDIRI :

a) Pemilihan bahan mentah


  • Pilih bahan mentah yang segar dan berkualiti.
  • Jika menggunakan ramuan dalam tin, pastikan tin masih berkeadaan elok ;tidak kemek,tidak kembung,tidak berkarat.
  • Pilih ramuan yang belum luput tarikh, jika berkenaan.


b) Penyediaan bahan mentah


  • Disediakan di tempat yang bersih.
  • Gunakan peralatan / perkakas yang ;bersih,tidak berkarat,mudah dicuci.
  • Tempat penyediaan bahan mentah hendaklah berasingan dari tempat memasak/ penyediaan makanan yang tidak dimasak.
  • Bahan dibasuh menggunakan bekalan air yang bersih dan selamat.
  • Sisa bahan mentah dibuang dalam bekas yang bertutup.



c) Memasak


  • Gunakan peralatan / perkakas yang ;bersih,tidak berkarat, danmudah dicuci.
  • Gunakan peralatan / perkakas yang berasingan daripada peralatan / perkakas yang digunakan untuk mengendalikan bahan mentah.
  • Elakkan memasak makanan terlalu awal.
  • Pastikan makanan dimasak secukupnya.



d) Menghidang makanan


  • Pastikan makanan dihidang dalam bekas yang ;bersih, danbertutup.
  • Pastikan makanan sentiasa dipanaskan.
  • Sediakan perkakas seperti senduk dan penyepit yang bersih dan mencukupi.
  • Sediakan kemudahan pembuangan sisa makanan yang mencukupi.



Panduan Untuk TETAMU

Amalkan konsep lihat, hidu dan rasa.

a) LIHAT


  • Adakah terdapat tanda-tanda makanan telah rosak seperti ;berbuih, dan berlendir ?



  • Adakah terdapat kesan hurungan serangga seperti telur lalat dan sebagainya ?

b) BAU


  • Adakah makanan berbau ;pelik, atautidak menyenangkan ?

c) RASA


  • Adakah makanan tersebut terasa seperti ;basi,pelik, atautidak menyenangkan ?
  • JIKA YA, jangan makan makanan itu dan maklumkan kepada tuan rumah atau penganjur majlis.

Basuh tangan sebelum makan.Jangan sentuh makanan yang dihidangkan dengan tangan.Gunakan senduk / penyepit makanan yang disediakan.







Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor