19 January 2015

TIPS : Mencuci Uri Bayi Baru Lahir Lelaki Perlu Belajar

Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahim. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibu. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksid dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya.

Oleh itu, uri adalah merupakan salah satu organ dalam pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan, uri akan keluar bersama-sama dengan bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. 


Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya adalah najis. Ia harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak berlebih-lebihan. Uri perlu ditanam dan tidak boleh dibakar. Sebagai orang Islam menyempurnakan uri itu dituntut oleh Islam.






Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )

Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa.





No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...