20 January 2015

RESEPI : Nasi Ayam

Resipi pilihan yang Farah nak kongsi kali ini adalah Nasi Ayam. Pasti ramai yang suka makan nasi ayam kan.? Jom kita belajar cara masak nasi ayam nie.




Lauk Ayam:


  1. 1 ekor ayam
  2. Halia
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah


Bahan perap:


  1. Sos tiram
  2. Kicap cair
  3. Kicap manis
  4. Madu
  5. Minyak bijan

Cara:-

  • Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.



  • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  • Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.



(Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.)


Nasi Ayam


  1. Mentega 
  2. Minyak ayam
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. 2 helai daun pandan
  7. 1 helai daun salam (bay leave)
  8. Susu full cream
  9. Serbuk ayam
  10. Garam
  11. Gula
  12. Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Cara:-

  • Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.



  • Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.



  • Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.
  • Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.



  • Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.



  • Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.



  • Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.


Sambal Cili


  1. 5 biji cili padi merah siam 
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 2 cm halia - saya tambah
  4. 1 sudu teh cuka
  5. 1 sudu teh garam
  6. 1 sudu teh gula
  7. 1/2 cawan air rebusan ayam 

Cara:-


  • Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.


Sambal Kicap

Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Itu sahaja.. Resipi di atas boleh diubah mengikut kesesuaian dan selera anda.
Selamat mencuba




Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Selanjutnya.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...