RESEPI : Burger Mini

Di petang hari, musim hujan, cuaca sejuk.. Memanjang perut lapar. Kepala pun fikir makan saje. Jadi di kesempatan ini ,Farah hendak berkongsi resepi mudah ringkas,cepat dan juga sedap. Selamat Mencuba.




BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:
250gm kepingan ayam
Serbuk paprika secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


BAHAN B:
5 biji ban mini
100gm salad hijau
100gm tomato | dipotong bulat
Keju Cheddar secukupnya
Marjerin secukupnya
Sos barbeku secukupnya



CARA MEMASAK:
1. Perap bahan A sehingga sebati. Biarkan selama 30 minit.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng kepingan ayam sehingga separuh masak.
3. Kemudian bakar kepingan ayam sehingga masak sempurna.
4. Ban mini dipotong dan disapu dengan marjerin. Bakar sehingga garing.
5. Susun daun salad dan diikuti kepingan ayam tadi.
6. Letakkan pula hirisan tomato dan paipkan sos barbeku.
7. Akhir sekali, letakkan keju dan tutupkan dengan sekeping ban mini lagi. Sedia dihidangkan.


Credit to :- RASa



Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor