RESEPI : Ayam Goreng Tomyam

Wahai para suri sekalian.. Dah fikir-fikir nak masak menu apa esok.? Farah dah fikir, ini bersiap sedia nak pergi beli bahan-bahan. Pergi beli di kedai runcit sahaja.. Senang, ringkas , cepat dan sedap. Cepat ambil pen dan kertas. Siap untuk salin resepi.


Selamat Mencuba



Bahan:

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
1 batang serai ( di ketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili ( boleh lebih jika nak pedas )
1 biji buah tomato ( belah 6 )
garam
sedikit gula
minyak masak secukupnya
daun limau purut


Cara penyediaaan:

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut.

 Bolehlah di hidangkan.

Macam mana.? Mudahkan dalam penyediaan bahan-bahannya.. Selamat menjamu selera.



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Selanjutnya.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor