10 January 2015

Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

  • keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur






Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 


Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:


  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.


Jika tidak dapat mengawal penyakit dengan diet dan senaman.


Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri. 



Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran. 


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Selanjutnya.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...