28 January 2015

Kenali Kanser Prostat Yang Sering Berlaku Di Kalangan Kaum Adam

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar.

Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.



Apakah itu Kanser Prostat?


  • Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. 
  • Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.


Punca 

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. 

Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

1.UsiaRisiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.

2.Sejarah KeluargaRisiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

3.HormonParas testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.



Tanda & Gejala



  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
  • Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Anda boleh klik ini bagi membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan Shaklee
Sistem Pembiakan Lelaki  . InsyaAllah Shaklee dapat membantu anda.



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...