16 January 2015

Jangkitan Salur Pernafasan ~ Selsema

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit  yang rendah berbanding  dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun...



Gejala-gejala

v Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
v Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
v Bersin.
v Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
v Sakit kepala.
v Adakalanya, demam yang ringan.
v Sakit badan.
v Mata berair.


Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder  berlaku :-

v Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
v Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
v Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan 
     kanak-kanak.
v Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
v Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
v Jangkitan bakteria sekunder.
v Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya 
    lelah.

Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. 


v Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C 
    atau demam ringan yang berpanjangan.
v Berlakunya sakit dada.
v Terdapat kesusahan bernafas.
v Terdapat kahak berwarna kuning. 


Segera jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Anda juga boleh mengamalkan mengambilan Sustained Release Vita-C™ Plus bagi dewasa. Bagi kanak-kanak setahun keatas boleh ambil Chewable Vita-C Plus™ 100 mg 


Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.



No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...