26 January 2015

Bagaimana untuk menangani ruam lampin

Tidak kiralah bagaimana berhati-hati pun anda, ruam lampin pasti terjadi juga.
Sebab utama terjadinya ruam lampin adalah kerana bayi memakai lampin basah atau lampin kotor terlalu lama. Berada di dalam keadaan lembap yang lama dengan bahan ammonia daripada air kencing yang mengakibatkan keradangan dan kulit kemerahan. Ini juga boleh menyebabkan bayi meragam.




Anda boleh merawatnya sendiri


  • Lampin bayi anda seharusnya ditukar 5 hingga 6 kali sehari, kadang-kadang 8 hingga 10 kali sehari. Periksa punggungnya setiap kali selepas makan dan sebelum menidurkannya. Basuh punggung bayi dengan kapas atau tuala kain kapas. 
  • Jangan gunakan sabun atau minyak pada kulit bayi. 
  • Pastikan anda lapkan punggung bayi sehingga kering.
  •  Dapatkanlah krim pencegah ruam lampin dari farmasi dan sapukan sedikit pada punggung bayi setiap kali anda menukar lampinnya. Krim ini bertindak sebagai lapisan perlindungan antara kulit sensitif bayi dan air kencing atau najis. 
  • Dedahkan punggung bayi kepada udara segar untuk 1 hingga 3 minit setiap kali menukar lampin.



Dengan mengamalkan rawatan ini, ruam lampin akan pulih dalam masa 5 ke 6 hari. Jika tidak tetapi sebaliknya menjadi semakin teruk, bawalah bayi berjumpa doktor.

Membina Ruang Menukar Lampin

Ruang menukar lampin seharusnya berada pada ketinggian yang berpadanan dengan belakang anda kerana kadang-kala anda mungkin perlu menukar lampin 8 hingga 10 keping sehari. Ketinggian tersebut perlu berada pada kedudukan di mana siku anda bengkok sedikit bila anda berdiri dengan tangan di atas ruang menukar lampin. Sediakan semua benda yang anda perlukan agar memudahkan anda menukar lampin dan mencuci punggungnya.


Menggantung permainan di atas ruang menukar lampin juga adalah idea yang sangat bagus. Ini akan menghiburkan bayi semasa Menukar lampinnya. Pastikan ianya boleh bergerak sedikit. Ianya menarik. Malah di hospital juga permainan bergantung digunakan untuk menarik perhatian bayi.


Produk Shaklee Yang Boleh Anda Guna 



4 oz : 113g : RM 39.75



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

2 comments:

  1. Memang sedih kalau bayi kena ruam especially ruam lampin. Kesan melecet tu sangat pedih dan boleh buatkan bayi meragam.
    Saya dah cuba herbal blend, memang berkesan untuk rawat ruam bayi dalam tempoh yang singkat.

    ReplyDelete

  2. Kita harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana sekiranya susu tersebut mendatangkan alahan kulit, ia boleh menyebabkan ruam lampin menjadi serius, lambat baik atau kerap berulang. Sebaik-baiknya, kita amalkan penyusuan susu badan bagi bayi yang berisiko tinggi.

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...