02 January 2015

10 Minuman Sihat Dan Segar Untuk Ibu Hamil

Setiap jenis minuman yang tersenarai, tidak semua ibu hamil boleh ambil. Andai anda takut @ ragu-ragu, sila rujuk kepada yang lebih arif. Tetapi pada pendapat Farah, apa sahaja boleh minum, selagi tidak memudaratkan diri anda dan yang paling penting kita perlu menjaga kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan anda. Jangan pentingkan diri sendiri je tau..

Farah juga ketika hamil,tidak terlalu berpantang dalam setiap apa yang dimakan atau minum. Kalau tekak dah teringin sangatkan.. Boleh je. Cuma dalam kuantiti sedikit dan tidak terlalu taksub. Untuk lepas giant jek. Mengidam orang kata. Jangan sampai kempunan. 



1. Air Kosong 

Semasa hamil, badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani permintaan badan anda. Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk mengekalkan hidrasi badan. Air juga merupakan komponen utama susu ibu, dan penting bagi pengeluaran susu yang baik.






2.Air kelapa

Air kelapa merupakan sejenis minuman isotonik semula jadi, oleh itu ia membantu mengelakkan dehidrasi (nyahhidrat). Air kelapa juga melegakan keletihan dengan mengembalikan garam semula jadi dalam badan yang hilang apabila anda berpeluh. Ia adalah pilihan yang sangat sihat untuk melegakan dahaga ketika mengandung.








3. Lemonad

Jus limau atau lemonad mengekalkan hidrasi badan dan membekalkan vitamin C yang membantu badan anda menyerap zat besi dengan lebih berkesan. Anda boleh meminumnya bila-bila masa atau disajikan bersama hidangan makanan. Dan jika anda mengalami mabuk hamil, jus limau atau lemonad dengan daun pudina dan halia boleh menjadi minuman alternatif yang lazat.

4.Jus segar

Jus segar dari limau manis, oren, tembikai dan tembikai wangi adalah minuman yang sesuai untuk cuaca panas. Jika anda minum jus segar yang baru diperah, ia penuh dengan semua nutrien daripada buahnya. Jika anda membeli jus dari kedai, pastikan ia mempunyai label "100% jus". Jika tidak, minuman itu mungkin mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan.

5. Minuman berdasar susu

Produk susu kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. Dalam cuaca panas, susu skim sejuk, lassi dan susu mentega sesuai untuk menyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan. Susu kocak atau "smoothie" buah-buahan yang dibuat menggunakan susu, dadih, ais dan buah-buahan ini penuh dengan mineral dan nutrien. Semua ini menghidratkan badan anda selain merupakan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan. Walau bagaimanapun, bincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah tak toleransi laktosa.

6. Serbat buah

Selain membekalkan pelbagai nutrien, serbat buah dipercayai mendinginkan badan, menghidratkan serta membantu ibu-ibu mengandung menangani mabuk hamil.


7.Jus sayur buatan sendiri


Jika anda mempunyai masalah mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam diet anda, cuba minum sayur-sayuran anda. Pada waktu siang yang panas, jus sayur-sayuran sejuk memang lazat. Ia juga akan menyegarkan dan memberikan anda nutrien.Baca lebih lanjut mengenai cara-cara mudah untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.




8. Moktel buah-buahan

Membantu anda mendapatkan beberapa nutrien yang anda dan bayi anda perlukan. Buah yang sesuai untuk digunakan termasuk strawberi, laici, dan limau.

9. Air dengan buah-buahan beku

Anda boleh menjadikan segelas air kosong lebih menyegarkan dengan menambah buah-buahan beku seperti oren, lemon, kiwi, pic, aprikot dan plum, bukannya ketulan ais sahaja. Buah beku juga kelihatan berwarna-warni terapung-apung di dalam air yang jelas dan ia menyejukkan minuman anda sambil memberikan sedikit rasa buah apabila ia mencai




10. Teh ais
Dalam cuaca panas, teh ais mungkin lebih menyegarkan daripada yang panas. Hirisan lemon yang ditambah pada teh ais juga boleh melegakan mabuk hamil. Namun begitu, perlu diingat bahawa teh mengandungi kafein, oleh itu berpada-padalah meminumnya. Ketahui lebih lanjut mengenai jumlah kafein yang selamat diambil ketika hamil.














No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...