Tips Penjagaan Selepas Berkhatan

Musim cuti sekolah ini, pastinya ramai para ibubapa akan berkhatankan anak mereka yang sudah cukup umur. Ada pula yang anak itu sendiri meminta untuk dikhatankan. Di sini Farah kongsi sedikit tips penjagaan selepas berkhatan.. 



Berkhatan

  • Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.





Berkhatan Dari Sudut Islam


  • Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.


  • Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. 

  • Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

  • Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

  • Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.



  • Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.





Tips Penjagaan Selepas Berkhatan




  •  Selepas kanak-kanak dikhatan, mereka seharusnya direhatkan. Kurangkan aktiviti lasak, dan jika boleh dibaringkan. Jika berada di majlis berkhatan, biarkan mereka berehat dalam tempoh sejam atau dua, selepas itu barulah dibawa pulang.
  •  Jika keadaan kemaluan anak masih berdarah, tidak sempurna, sila rujuk kepada mudim ataupun doktor. Lazimnya semasa khatan secara tradisional, darah akan berhenti/kering secara semulajadi setelah 2-3 jam dikhatankan.


  •  Jangan sesekali menggunakan ubat/ minyak yang tidak disarankan oleh doktor/mudim. Biasanya doktor akan memberikan ubat tahan sakit, minyak atau krim yang perlu disapu selepas proses berkhatan.


  •  Berpantang mungkin baik. Tapi harusnya makanan diberikan adalah dari sumber yang sihat. Makanan seperti ikan, sayuran dan buah adalah baik dalam membantu proses penyembuhan.
  •  Semasa proses membuka balutan, adalah proses paling sukar kerana kanak-kanak akan merasa kesakitan akibat luka yang baru kering. Cara terbaik ialah menggunakan minyak gamat, dan sapukan kepada bahagian kain. Jika proses ini sukar bagi ibubapa, sila rujuk kepada mudim/ doktor untuk proses seterusnya. Setelah kain pembalut luka ditanggalkan, sapukan krim/gel gamat untuk proses penyembuhan dengan lebih cepat.
  •  Memakai kain sarung / pelikat adalah cara terbaik untuk mengelakkan dari kemaluan cedera selepas berkhatan. Pemakaian seluar lebih baik selepas 3-4 hari selepas berkhatan. Itupun sekiranya luka berkhatan benar-benar kering, dan seluar harusnya jenis longgar.
  •  Pemeriksaan harusnya dilakukan secara berkala. Paling penting ialah kebersihan. Semasa mandi, elakkan daripada bahagian khatan terkena air, dan sentiasa pastikan kanak-kanak tidak berada di luar rumah dalam tempoh yang lama.
  •  Kawal anak anda terutama jika mereka jenis tidur lasak atau "buas". Mungkin anda boleh gunakan tali khas diikat dari siling rumah. Kurangkan pergerakan seperti bermain bola, melompat, atau berlari.
  •  Kanak-kanak lazimnya akan sembuh dalam tempoh 5-7 hari selepas berkhatan. Jika dikhatan secara tradisional sekalipun, kanak-kanak tetap akan sembuh dengan cepat jika tidak ada sebarang komplikasi ataupun bentan. Jika ada komplikasi seperti bentan, atau pendarahan, sapukan ubat luka terlebih dahulu. Dan jika keadaan berlarutan, bawalah anak anda berjumpa Mudim/ Doktor dengan segera.
  •  Petua tradisional adalah dengan menggunakan buah limau nipis dan dibiarkan kanak-kanak mencium bau limau tersebut selama beberapa minit. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kanak-kanak pitam atau berasa mual. Petua ini boleh diamalkan selepasa sahaja proses berkhatan dilakukan.








AWAS!!! Komplikasi khatan


  • Pendarahan, jika pendarahan berlaku lakukan gentle compression, jika pendarahan berterusan perlu dapatkan rawatan doktor untuk mencari dan menghentikan pendarahan tersebut.
  • Jangkitan kuman, pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman, jika berlaku perlu mendapat rawatan doktor.
  • Kecederaan pada penis, ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat, sebarang kecederaan mesti dirawat dengan segera.
  • Masalah kencing, jika pesakit menghadapi masalah kencing selepas berkhatan, ia perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.



Bagi mempercepat proses penyembuhan,anda boleh memberi anak anda makan banyak buah-buahan segar seperti orange dan epal.Penting menjaga pemakanan dan kebersihan supaya luka anak berkhatan cepat sembuh dan mereka boleh merdeka dan kembali lasak seperti biasa.


Bagi anda yang ingin mengunakan produk Shaklee anda boleh beri anak anda makan Chewable Vita-C Plus™ 100 mg untuk memastikan anak anda mendapat vitamin yang secukupnya dalam proses penyembuhan luka berkhatan.




Selepas hari ke 4 atau ke 5, anak akan dibawa semula ke klinik untuk dibuka clamp, kat sini pun ada cabarannya, doktor akan memastikan luka anak dah kering baru beliau akan buka clamp, anak akan merasa sedikit sakit semasa clamp dibuka.

Anda boleh bertanya kepada doktor sebarang kemusykilan sebab clamp tidak sama dengan berkhatan secara tradisional yang saya pasti ramai bapa-bapa usia anak berkhatan zaman ini adalah mereka yang gunakan kaedah tradisional.


Semoga entry ini dapat membantu para ibu bapa dalam menguruskan anak berkhatan. Manfaat untuk Farah dan suami juga. Tahniah kepada anak-anak yang berkhatan


Untuk Tempahan

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

90 biji : RM 37.50

Sebiji Sehari



Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat

ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.