01 December 2014

Tips Kecantikan

Wanita tidak dapat lari dari kecantikan. Wanita amat mengutamakan kecantikan tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Kecantikan adalah aset penting bagi setiap wanita dan perlu di jaga dengan sebaiknya. Bagi wanita yang sudah berkhawin,kecantikan amat penting dalam menjaga hubungan suami isteri. Isteri cantik, suami dapat pujian. Betul tak.? Cantik untuk suami, tidak salah malah amat digalakkan. Di entry kali ini, Farah kongsi sedikit tips kecantikan yang boleh di amalkan. Cantik dan sihat luar dan dalam.


Tips Kecantikan

1.   Apabila bangun pagi, sebelum gosok gigi, orang Melayu mengajar supaya minum segelas air masak kosong. Rasulullah saw juga mengamalkan minum segelas air kosong setiap pagi. Air kosong yang bercampur dengan air liur pagi mengandungi enzime yang baik untuk penghadaman, jadi apabila sistem penghadaman elok, Insyaallah jauh dari penyakit.

2.  Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

3.  Solat sememangnya terapi yang terbaik untuk kesihatan. Apabila sujud sewaktu sembahyang subuh, sujudlah sekurang-kurangnya seminit, jangan cepat sangat. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian tentang kehebatan solat. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Hanya dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4.  Para ulama’ mengajar kita supaya memakan buah-buahan dahulu sebelum makan, bertentangan dengan saranan Barat yang menyuruh kita makan buah selepas makan. Ini berdasarkan surah Al Waqi’ah ayat 20-21 tentang makanan ahli syurga "Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan." Dalam ayat tersebut Allah swt menerangkan tentang makanan ahli syurga yang mana Allah menyebutkan buah-buahan dahulu, baru kemudian daging.

5.  Sewaktu makan, elakkan mencampur makanan darat dengan makanan dalam air seperti ikan dengan ayam. Dalam kitab lama, ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan air berdasarkan tegahan Rasulullah saw terhadap sahabat untuk makan ikan bersama susu kambing. Apabila dikaji oleh para saintis, mereka menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Maka dalam suapan ayam bercampur dengan ikan akan terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

6.  Tidak salah makan dengan sudu/garfu/copstik dsb tetapi Rasulullah saw mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Apabila dikaji, ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, dan ianya amat baik untuk pencernaan makanan.

7.  Selepas makan, jangan minum air terus, tunggulah selepas 15-30 minit baru minum air. Air apa yang bagus? Saya tidak memberi apa-apa jaminan keberkesanan, tapi ada yang mengatakan dengan mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi Isyaallah boleh mengawal dan mengurangkan berat badan anda. Minum teh o ini bukan hadith Rasulullah, tapi amalan orang Melayu.


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda kekal cantik dan sihat. Hendak tahu kaitan tips kecantikan ini dengan Shaklee.? Tunggu di entry lain ye... Pasti anda tidak sabar untuk cantik.. 





Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...