29 December 2014

Sejak Hamil,Isteri Saya Asyik Moody Je.. Apa Peranan Suami Ketika Isteri Hamil.?

Hari itu Farah dah bercerita mengenai peranan suami ketika isteri sedang sakit nak bersalinkan.? Hari ini, Farah kongsi pula peranan suami ketika isteri mengandung.

Tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau 'mood' wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami. 


Bagi mereka yang baru mengalami pengalaman ini, pastinya rungsing apabila isteri mereka selalu beremosi. 


Para suami sekalian anda perlu sentiasa bertanya kepada rakan atau sesiapa sahaja mengenai pengalaman mereka dalam hal ini.


Pastikan orang yang di tanya itu sudah berkhawin dan sudah mempunyai anak. Dan yang benar-benar boleh bagi anda tips.




11 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil


1. Luangkan masa bersama isteri.


Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. 


Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. 


Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. 


Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.


2. Membantu menjaga pemakanan isteri


Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. 


Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya).


Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. 


Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.


3. Memahami keadaan fizikal mereka


Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. 


Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. 


Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.


4. Bersikap ringan tulang


Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu.


Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. 


Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.


5. Belajar psikologi 


Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosimahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. 


Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.


6. Membantu menyiapkan hidangan 


Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. 


Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.


7. Membantu menjaga anak-anak yang lain 


Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. 


Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


8. Membawa isteri pergi kemana-mana


Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. 


Sebaiknya andakorbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.


9. Menabung dari awal


Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. 


Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga! :)


10. Kongsi maklumat kehamilan


Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. 


Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.


11. Hindari stres


Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. 


Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.


Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. 


Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.




Alhamdulillah, Farah mempunyai suami yang begitu prihatin. Suami tahu bagaimana untuk menggawal perasaan Farah. Melayan segala kerenah Farah. Sanggup bagun 3,4 pagi bila dikejut untuk ambilkan air bila tekak ini haus. 


Terima kasih en suami yang sangat membantu isteri mu.. Semoga hubungan dan kebahagian kita kekal hingga ke akhirnya. 

Walaubagaimanapun, peranan suami isteri amat penting dalam setiap perhubungan. Si isteri pula, jangan pula ambil kesempatan di atas kelebihan yang kita ada. 


Isteri juga perlu memahami peranan suami anda masing-masing..Farah doakan kepada para pembaca, semoga kalian juga mendapat kebahagian rumahtangga dunia dan akhirat. Aamiin.






1 comment:

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...