Resipi : Kuih Lapis Warna Warni

Bagi kaum suri rumah sepenuh masa dan ibu-ibu yang ingin buat hidangan untuk keluarga masing-masing. Meh Farah share sedikit resipi kuih lapis warna-warni.. Selamat Mencuba..




Bahan : 

1 1/2 cawan tepung gandum 
1 1/2 tepung beras 
1/2 cawan tepung ubi 
1 1/2 cawan gula pasir 
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam 
pewarna merah, hijau, putih, kuning ( ikut berapa banyak yang ada suka )


Cara Penyediaan : 

  • Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  •  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. 
  • Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  •  Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dengan plastik. 
  • Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  •  Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
  •  Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ). 
  • Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. 
  • Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

Mudahkan.? Jom ikat perut suami dengan masakan dari air tangan seorang isteri. 
Selamat Menjamu Selera



credit to :- Kak Dila Azim ( pengasuh Fiqar)




Pertanyaan Mengenai Shaklee.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor.