10 December 2014

Pemakanan Sihat Ibu Hamil

Sambungan cerita semalam, hari ini Farah hendak bercerita tentang Panduan Pemakanan Ibu Hamil.
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 

Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.



 Pemakanan sihat penting semasa mengandung


Berat badan anda akan bertambah 10-15 kg (secara purata) .Ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung,

 Faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:


  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg



Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.




Makanan semasa mengandung


  • Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.



  • Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.



  • Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. 

Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:


  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.



Piramid Makanan


  • Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

  • Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.




Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan


  • Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. 




Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:


  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
  • Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.




Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung


  • Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi.
  •  Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. 
  • Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Sekian sahaja untukk enrty kali ini.. Farah harap entry ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda.. Selamat semua..






Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.


10 comments:

  1. Masa hamil memang tak ingat dunia dah kalau makan,semua hentam. hahaha.. tetapi susu tetap minum. masa tu belum kenal shaklee... tapi kini dh jatuh cinta dgn shaklee

    ReplyDelete
  2. Ibu-ibu hamil kena titik beratkan pengambilan makanan yang sihat.Kalau tak hamil pun kena ikut piramid makanan.. Untuk dapatkan tubuh yang sihat.

    Lecithin vs OmegaGuard

    ReplyDelete
  3. Ibu hamil sangat perlu memngambil nutrien yang mencukupi..untuk ibu dan bayi..

    Air Detox

    ReplyDelete
  4. masa pregnant memang hentam je apa yang terlintas nak makan....yang jadi mangsa ialah si suami...ikut je kehendak dan kemahuan isteri....hihi

    BEZA PADA NAMA TAPI BUKAN KHASIATNYA

    ReplyDelete
  5. Ibu hamil memang kena jaga pemakanan yang baik demi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

    panduan dan tips mudah hamil bersama set kesuburan shaklee

    ReplyDelete
  6. Masa first pregnancy, memang makan ikut sesedap rasa.hihii..then bila mengandungkan anak ke 2, dah tahu dah selok belok pemakanan sewaktu hamil..

    JommSihatDanCantik -> TIPS: KASUT SESUAI BUAT IBU HAMIL

    ReplyDelete
  7. Ibu hamil perlu bnyk mkn makanan yg berkhasiat...

    ReplyDelete
  8. Pembacaan penting utk ibu hamil..kalau boleh,jika dah disahkan hamil tu kena cepat2 bertanya pada yg berpengalaman dan gali ilmu mengenai pemakanan dan parenting tips..

    ReplyDelete
  9. yang penting asid folik jangan lupa ye..sebaiknya ambil 3 bulan sebelum mengandung dan 3 bulan pertama hamil.

    ReplyDelete
  10. sebab itu disarankan mengambil suplemen vitamin semasa hamil bagi menampung kekurangan..kecualilah jika dapat disiplin dan konsisten mengambil makanan dengan jumlah disarankan utk ibu hamil setiap hari (agak sukar masa kini kerana faktor access kepada makanan sihat, kini byk kepada makanan terproses)

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...