22 December 2014

Nenek Saya Kata bila BAyi Mula Main Air Liur, Rambut Ibu Akan Gugur, Betul Ke.?

Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu. Bagi wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami. 





Farah juga tidak terlepas menghadapi masalah ini. Lpeas bersalin Fiqar,keguguran rambut semakin teruk...Rasa kalau dikumpul,lama-lama boleh buat rambut palsu. Risau sangat dengan masalah ini. Rambut Farah pula panjang,ikal dan lebat. Bila keguguran rambut terjadi, rambut semakin sedikit dan dah mula nampak sedikit botak di bahagian tertentu. Lagi pula orang tua-tua kata, keguguran rambut selepas bersalin akan lebih teruk jika bayi mereka bermain air liur. Bertambah stress lah Farah ketika itu. Tetapi, Farah sudah jumpa punca yang sebenar. Jom baca.


Punca Keguguran Rambut


1.Perubahan hormon


  • Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.



  • Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.



  • Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.




2.Tekanan


  • Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.



  • Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.



  • Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.



3.Berusia dan memiliki ramai anak


  • Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.



  • Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.



4.Pola pemakanan tidak sihat


  • Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.



  • Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.



  • Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama.  Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.



5.Faktor  usia


  • Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.



  • Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi.  Hal ini kerana, organ-organ di dalam badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia.  Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.



Tips Mengatasinya


  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.



Jadi,sebenarnya keguguran rambut selepas bersalin tiada kaitan pun dengan anak main air liur..hehehehehehe... kita stress fikir fakta itu, sebab itu rambut gugur. Kan.?


Atasi keguguran rambut anda dengan Shaklee




SET LENGKAP :-  RM 741.25



TEMPAH SEKARANG

Untuk Belian Set Bajet, Boleh Hubungi Saya

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...