Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir

Setiap hujung tahun pastinya kekerapan hujan turun meningkat dan menyebabkan banjir. Lumrah dunia. Sudah ditentukan oleh penciptaNYA. Namun sejauh mana anda tahu tentang masalah ini. Mungkin bagi yang sudah menjadi kebiasaan menghadapinya, mereka sudah lali dan mahir tentang masalah ini. Ada juga yang mengambil sikap sambil lewa. Jangan pandang remeh kerana takut anda mungkin menyesal di kemudian hari.




Banjir

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.




Bahaya Banjir



  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu


Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir




  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir



Jika anda terpaksa berpindah ke pusat pemindahan. Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?




  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
  • Guna tandas yang sempurna
  • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah


Ini sahaja untuk entry kali ini. Diharap perkongsian ini memberi anda ilmu untuk anda. Semoga kita berjumpa di entry yang lain dengan tajuk yang lain..