18 December 2014

Kolam Air Panas Gersik ,Muar ,Johor

Di musim cuti sekolah ini, pasti anda mencari tempat-tempat menarik yang boleh anda pergi bersama-sama keluarga. Keriangan anak-anak adalah kebahagiaan bagi seorang ibu. Disini Farah kongsi satu tempat yang boleh anda pergi bersama anak-anak. Kolam Air Panas Sungai Gersik,Muar Johor.. 







Sekitar Kawasan


  • Di bahagi kepada 2 bahagian. Yang atas adalah air panas . Hendak rebus telur pun boleh. Bagi yang berani dan tahan panas, boleh cuba celup kaki dalam air tersebut.. AWAS!!! Boleh menyebabkan melecur...



  • Kawasan yang bawah ini tak panas.. Suam-suam kuku.. Budak pun boleh masuk... Tak percaya.? 
  • Gambar di bawah adalah anak Farah.. Anak Farah suka sangat. Hah.. budak pun boleh... 
  • Kalau nak guna air dalam kolam panas itu, boleh bawak baldi .. 



Lepas mandi-manda, boleh bawa anak-anak berjalan di Daerah Muar. Macam-macam ada di sana. Nama Daerah Muar juga sudah di tukar oleh sultan Johor.

Bandar Maharani Bandar Diraja, merupakan nama rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar negeri Johor. Pengisytiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar DiRaja Johor telah disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 5 Februari 2012. Pengisytiharan rasmi Bandar Maharani Bandar Diraja disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tanggal 10 Muharam 1434 Hijrah bersamaan 24 November 2012.Ia mempunyai penduduk seramai 110,000 dan dibuka sekitar 1884, dinamakan bersempena isteri Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.


.Sekian sahaja Selamat Bercuti.





Hendak Oder Shaklee...
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat

ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...