01 December 2014

Kebaikan Gula-Gula Getah

Siapa dekat sini suka makan gula-gula getah.? Anda tahu kebaikan makan gula getah.? Kenapa anda makan gula getah.? Sebab hendak hilangkan sisa makanan yang terselit di gigi kan.? Di entry kali ini, Farah kongsi sedikit mengenai gula-gula getah.


Apa Itu Gula-Gula Getah


  • Gula-gula getah merupakan sejenis ‘makanan’ unik yang dikunyah dalam tempoh masa tertentu (selalunya dalam 20 minit) yang secara relatifnya mempunyai nilai kalori (tenaga) yang rendah.



  • Adalah penting untuk membaca label gula-gula getah yang dipilih agar ia boleh membantu anda mengenalpasti jenis dan kandungan yang boleh memberi faedah kepada kesihatan mulut.


Jenis gula-gula getah:


  1. Bergula - seperti sukrosa
  2. Tidak bergula (mempunyai pemanis tiruan - seperti sorbitol dan xylitol)

Gula-gula getah yang bergula jika dikunyah boleh menyumbang kepada penghasilan asid yang boleh menyumbang kepada pereputan gigi (karies gigi). Ia dicirikan oleh penurunan sederhana pH pada plak gigi. Kajian klinikal menunjukkan terdapat peningkatan insiden karies gigi bagi individu yang menggunakan gula-gula getah bergula berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak mengunyah gula-gula getah.

Gula-gula getah dengan pemanis tiruan secara umumnya, tidak boleh dicerna oleh bakteria di dalam mulut oleh itu ia tidak menyebabkan karies gigi. Berdasarkan eksperimen jangka masa pendek, ia boleh menyumbang kepada remineralisasi enamel gigi. Ia juga menunjukkan ciri-ciri anti karies gigi melalui rangsangan penghasilan air liur. Kajian klinikal menunjukkan xylitol mempunyai peranan anti karies yang lebih baik berbanding dengan sorbitol.


Peranan Gula-gula Getah


  • Gula-gula getah terdapat dalam pelbagai perisa. Perisa inilah yang merangsang penghasilan air liur sehingga 10 kali ganda menyebabkan peningkatan penghasilan air liur, peningkatan pH air liur serta memberikan kebaikan terhadap keseimbangan remineralisasi atau demineralisasi permukaan enamel gigi (lapisan gigi yang paling luar). Air liur ini turut berperanan dalam membersihkan sisa makanan dalam mulut.



  • Bikarbonat yang terhasil dalam air liur yang dirangsang adalah lebih tinggi berbanding dengan air liur dalam keadaan rehat (tiada kunyahan). Bikarbonat meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dan mencegah karies gigi peringkat awal dari menjadi lebih teruk.


Gula-Gula Getah Boleh :-


  1. Merangsang penghasilan air liur
  2. Meneutralkan asid plak gigi
  3. Merangsang remineralisasi enamel gigi
  4. Membantu mencegah pembentukan karies gigi


Waktu Yang Sesuai



  • Masa paling sesuai gula-gula getah dikunyah ialah selepas makan dan selepas mengambil snek (khususnya yang bergula) dan dikunyah selama sekurang-kurangnya 20 minit. Gula-gula getah membantu mengembalikan pH air liur ke tahap normal dengan peningkatan penghasilan air liur.



  • Pesakit yang mengambil ubat-ubatan seperti antidepressants, beta blockers atau pesakit Sindrom Sjogren iaitu pesakit yang menerima rawatan radioterapi di kawasan kepala dan leher akan mengalami kesan sampingan iaitu masalah kekeringan mulut (Xerostomia). Gula-gula getah mungkin boleh membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan masalah kekeringan mulut dengan merangsang pengeluaran air liur dari baki tisu/kelenjar air liur yang kurang berfungsi. Dengan kaedah penjagaan kebersihan mulut yang baik, keselesaan mulut akan bertambah baik serta risiko karies gigi akan berkurangan.



Lepas ini, jom lkita makan gula-gula getah. Tetapi perlu  diingatkan gula-gula getah perlu dibuang ke dalam tong sampah selepas digunakan bagi memastikan kebersihan alam sekitar. 







11 comments:

  1. Anak kak siti pula suka beli gula-gula getah ni...setiap kali beli mesti kena pukul tangan...huhu

    kembalikan kesihatan mata dengan carotomax shaklee

    ReplyDelete
  2. Untuk orang yang kerap nak makan atau obesiti boleh juga selalu kunyah chewing gum dari berterusan makan makanan ringan. Cuma kena pilih yang baguslah. Kalau tak gigu pula yang sakit. Hehe

    ReplyDelete
  3. Huda xberapa gemar chewing gum..sbb rasa melekat dalam mulut..huhuu

    JommSihatDanCantik -> SET KESUBURAN SHAKLEE

    ReplyDelete
  4. Sedapnye gula- gula getah..nabila suka menguyah dan buat belon dgn gula getah..hihi

    ReplyDelete
  5. Memang best tapi dulu2 jelah makan ni. Sekarang tak berapa gemar sangat... hihihi

    ReplyDelete
  6. Saya x berapa gemar sebab cepat lenguh rahang hehehe tapi kecik2 dulu suka sangat especially jenis bubble gum

    ReplyDelete
  7. Dulu selalu juga makan gula-gula getah ni. Memang best..boleh buat belon...hahahah

    Promosi Disember Sangat Menggoda Yang Tak Pernah terjadi sebelum ini

    ReplyDelete
  8. tapi ianya tak sesuai untuk kanak2..anak saya selalu mintak nak makan..

    Kulit Kering dan Menggelupas

    ReplyDelete
  9. Saya kurang suka amalkan gula-gula getah. Terbiasa sebab memang tak boleh makan langsung dari kecik hahaha

    ReplyDelete
  10. Terkenang zaman kanak-kanak dulu.. Memang suka la..tapi dah dewasa ni tak minat..anak pula yang suka..pengaruh kawan

    Apa Yang Perlu Tahu Pada Pencuci Muka Ketika Mencuci Muka

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...