Ibu Hamil Boleh Makan Pedas

Petang ini Farah dapat ilham nak buat entry ini sebab ade perbincangan tentang perkara ini di group facebook. Ada yang bertanya, jadi cepat-cepat Farah jumpa en Google dan jumpa. Jom baca apa yang Farah share.



Anda sedang hamil?

Anda mengidam hendak makan makanan pedas dan masam?

Makan je..tiada masalah sebenarnya. Seringkali kita mendengar pantang larang untuk ibu hamil iaitu elakkan makan makanan pedas dan masam. Sebenarnya tiada kajian yang menunjukkan bahawa makanan pedas akan memberikan kesan kepada kandungan.



Kegemaran Farah ketika hamil ialah pelam muda. Sedap sangat. Pelam muda cecah kicap+gula+cili. Hasilnya,pedas dan masam. Itu lah yang Farah makan untuk hilangkan mual dan loya ditekak.Ada juga yang berpendapat rasa pedas dan masam dapat menaikkan lagi semangat dan selera makan mereka.

Jika difikirkan kembali, ada benarnya larangan dan pantang larang orang-orang tua. Ibu yang sedang hamil sangat berisiko mengalami masalah pedih hulu hati .Jika mereka kerap mengamalkan makan makanan pedas dan masam, kemungkinan besar ini akan menjejaskan kesihatan mereka malah menyebabkan usus menjadi luka.

Oleh itu, para ibu sekalian, anda boleh makan apa sahaja yang anda suka.. TETAPI  mestilah sentiasa beringat dan pastikan tubuh anda boleh menerima makanan pedas ketika hamil agar tidak membahayakan kandungan anda.


Sekian sahaja untuk entry yang pendek dan ringkas ini. Jumpa di enrty yang lain pula..