18 March 2015

Ibu Hamil Akan Hilang Sebatang Gigi Setiap Kali Hamil. Betul Ke.?

Kesihatan pergigian yang sempurna ketika mengandung adalah penting untuk memastikan ibu dan anak dalam kandungan sihat. Walau bagaimanapun, perubahan hormon dan cara pemakanan ketika mengandung boleh meningkatkan risiko kepada penyakit pergigian.





Penjagaan Mulut Ketika Hamil

Perubahan-perubahan hormon ketika  mengandung mendedahkan ibu (yang tidak menjaga kesihatan pergigian yang baik)  terhadap risiko penyakit pergigian berterusan. Sebarang jenis  infeksi (akibat penyakit gigi atau gusi)  ketika hamil boleh  memberi risiko berat terhadap  kesihatan bayi didalam kandungan. Ini adalah kerana penyakit boleh merebak dari ibu kepada bayi di dalam kandungan melalui berbagai cara. Antara komplikasi  yang terkenal akibat infeksi berterusan adalah risiko bayi lahir pra matang dan bayi lahir kurang berat badan .

Nasihat Awal  Sebelum Mengandung

Sekiranya anda memerlukan rawatan pergigian, anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan  sebelum mengandung lagi. Dengan cara ini, anda boleh mengelak dari mendapat semasa mengandung dan boleh mengelak radiasi ke atas bayi dalam kandungan.

Pemeriksaan Gigi Semasa Mengandung

Jika anda  telah disahkan mengandung, dapatkan pemeriksaan gigi seawal mungkin. Di Malaysia , ibu mengandung (bertaraf kerakyatan Malaysia) berhak untuk mendapat pemeriksaan gigi dan rawatan mudah dengan kadar percuma diklinik kerajaan. Jadi gunakanlah peluang ini dengan baik kerana kos rawatan pergigian bukannya murah.

Penjagaan Gigi Semasa Mengandung


Berus  dan flos  gigi anda dengan tekun  setiap hari . Lakukannya dengan teliti untuk memastikan semua permukaan dibersihkan dengan berkesan. Sebaik-baiknya bersihkanlah gigi anda setiap kali selepas makan. Penjagaan gigi  yang baik  boleh mengurangkan risiko jangkitan di dalam mulut ketika mengandung.

Setidak-tidaknya pembersihan mulut harus dilakukan dua kali sehari iaitu  sekali waktu pagi dan sekali lagi diwaktu malam sebelum tidur.

Pemilihan Berus Gigi Dan Flos Gigi


  • Belilah berus gigi yang sempurna. Memberus gigi dengan berus elektrik dan ubat gigi berfluorida boleh meningkat kebersihan. Pilihlah berus gigi yang:



  • Mempunyai bulu yang lembut atau sederhana lembut ,
  • Mempunyai bulu yang lebat 
  • Pilihlah berus yang sesuai dengan saiz mulut anda.

Selain itu, beli juga flos gigi yang sesuai untuk mengeluarkan plak dicelah-celah gigi anda. 

Pilihan flos adalah seperti di bawah ;


  • Mengandungi lilin ( jika sudah fasih dengan kaedah memflos gigi)
  • Tidak mengandungi lilin (jika pertama kali menggunakannya)
  • Mengandungi perisa (pudina, strawberi dll) - jika perlu perasa
  • Berwarna  (putih, hijau, merah dll) - untuk mudah lihat plak gigi
  • Alahan Semasa Mengandung


Sekiranya anda mengalami alahan dan kerap muntah :

Kumurlah mulut dengan air untuk membilas keluar  asid di dalam mulut.
Minum air masak secukupnya untuk mengurangkan kesan asid.
Jangan terus menggosok gigi selepas muntah ,tetapi tunggulah seketika dahulu sebelum memberus gigi 
Memberus gigi ketika lumuran asid berada di dalam mulut selepas muntah boleh menghakis permukaan gigi dengan lebih pantas. .
Kumuran Untuk Mengatasi Masalah Alahan Semasa Mengandung  

Serangan asid memudaratkan lapisan luar pergigian ketika mengalami alahan. Justeru itu, gunakanlah kumuran mengandungi fluorida untuk berkumur. Ini boleh membantu remineralisasi lapisan gigi yang telah diserang asid. Pilihlah perasa yang mempunyai bau yang menyenangkan supaya tidak terasa loya.

Bawalah Berus Gigi Dan Ubat Gigi di Dalam Beg

Simpanlah berus gigi dan ubat gigi di dalam beg apabila kemana-mana. Mengidam makanan manis adalah kebiasaan bagi ibu hamil. Oleh itu, membersihkan gigi selepas makanan manis boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi.

Diet

Ibu hamil harus berhati-hati apabila memilih makanan. Kekerapan pengambilan minum berkarbonat (bergas)  atau makanan yang manis dan melekit boleh menyebabkan karies. Benih gigi bayi mula membentuk seawal  6 minggu dalam kandungan. Pembentukan gigi  memerlukan zat kalsium. Kalsium boleh terdapat didalam produk tenusu , kekacang dan sayur hijau.

Kenyataan “ibu hamil akan hilang sebatang gigi dengan setiap kali mengandung”.Kenyataan ini tidak berasas. Ibu hamil mempunyai risiko  kerana perubahan hormon dan masalah alahan tetapi kehilangan gigi boleh dicegah.

Cara Penjagaan Gigi


  • menjaga kebersihan gigi dengan baik 
  • pengawasan diet yang sihat
  • berjumpa dengan dr gigi dengan segera apabila ada tanda-tanda kerosakan .



Tampalan Dan Rawatan Pergigian Semasa Hamil


  • Jika anda belum pernah hadir ke klinik pergigian ketika hamil, sekarang adalah masanya. Doktor gigi  bukan sahaja boleh memeriksa keadaan gigi anda, disebaliknya anda juga boleh mendapatkan  tips kesihatan  pergigian yang  berguna sepanjang kehamilan. Jika anda memerlukan  rawatan tampalan , doktor gigi juga akan membuat keputusan mengenai rawatan yang terbaik untuk anda. Kebanyakkan wanita hamil akan memilih tampalan serwarna  dibanding tampalan amalgam .Walau bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan  tampalan amalgam (yang mengandungi sedikit mercuri) pernah  memberi kesan sampingan kepada kesihatan ibu hamil.


Keadaan Kesihatan Mulut Ibu Boleh Menjejas Kesihatan Bayi di Dalam Kandungan

Penyelidikan menunjukkan  bahawa keadaan negatif dalam mulut ibu boleh menjejas kesihatan pergigian bayi.  Lebih teruk keadaan penyakit di dalam mulut  ibu , lebih banyak kemungkinan kuman-kuman ini boleh dipindahkan kepada bayi melalui sentuhan harian seperti perkongsian makanan dan sentuhan jari bayi  ke dalam mulut ibu.  Oleh sebab itu, ibu hamil digalakkan mendapatkan segala rawatan pergigian sebelum bayi dilahirkan.  Selain itu, ibu dan bayi berkongsi saluran darah.Jadi ,sebarang penyakit di dalam mulut ibu boleh merebak melalui saluran darah ini untuk menjejaskan kesihatan bayi.  Oleh itu, ibu hamil yang mengalami penyakit gusi telah dikaitkan dengan bayi lahir dengan berat badan rendah dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.

Senarai Semak Untuk Para Ibu Yang Sedang Mengandung


  • Dapatkan pemeriksaan gigi semasa mengandung
  • Beruslah gigi anda dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
  • Flos gigi setiap hari
  • Kurangkan makanan manis dan snek mengandungi gula
  • Datanglah keklinik untuk membuat pemeriksaan pra natal
  • Pastikan pengambilan kalsium di dalam diet anda mencukupi untuk memastikan pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat.




Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee




FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor. 

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...