30 December 2014

CHECKLIST : Barang Keperluan Bersalin untuk Ibu dan Bayi di Hospital

Hari ini Farah hendak kongsi sedikit keperluan yang perlu di bawa ke hospital bagi ibu dan bayi anda. Dulu Farah siapkan keperluan ini sejak usia bayi dalam kandungan mencecah 9 bulan. Jom baca.




Keperluan Ini Perlu Sentiasa Di Bawa Kemana Sahaja Ibu Pergi ( Simpan Di Dalam Kereta )

Simpan Di Bag Baju 

IBU

  1. baju / blouses (5 helai)
  2. stokin (2 pasang)
  3. kain batik (2 helai)
  4. baju / seluar dalam (5 pasang)
  5. skaf kepala / ki / tudung (2 helai)
  6. peralatan mandi (pencuci muka, berus gigi, ubat gigi)
  7. tuala mandi
  8. maternity pad / pad biasa 1 pek
  9.  tuala muka (1 helai)
  10.  selipar
  11.  minyak angin
  12. air zam zam
  13. baju sejuk (sweater)
  14.  sikat
  15.  breast pad
  16. nursing bra

BAYI


  1.  baby diapers (6 keping)
  2. baju (3 pasang)
  3. minyak telon
  4. baby wipes / wet tissue
  5.  tuala mandi
  6. stokin / sarung tangan bayi (4 pasang)
  7. peralatan mandi
  8.  selimut / bedung
  9. barut
  10.  topi
  11. Tisu Basah

** Sediakan 1 helai baju bayi, 1 pasang stokin dan sarung tangan, selimut. Simpan di dalam 1 plastik kecil. Bila si ibu sudah di tolak ke dewan bersalin, keperluan ini diperlukan bagi menyambut bayi anda. 
Sediakan dahulu, simpan di dalam bag dan pesan kepada suami. Langkah ini bagi mengelakkan terlupa di kala kelam-kabut berlaku.

Keperluan Lain


  1. termos air panas
  2.  bag plastik
  3. Air masak
  4. biskut@roti
  5. Minuman 3 in 1 ( milo )

Simpan Di Handbag


  1. kad lawatan hospital / kad merah 
  2. kad pengenalan 
  3. telefon bimbit
  4. Cas
Semoga entry kali ini dapat membantu para ibu bapa yang buntu menyediakan keperluan yang perlu di bawa ke hospital. Sama-sama kita mencari ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk semua.

Semoga kalian mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. Bagi yang belum mempunyai cahaya mata, jangan mudah berputus asa. Allah tidak akan menguji hamba yang tidak kuat.





Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee



FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor. 

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...