Amalan Bersengkak Selepas Bersalin. Perlu Ke.?

Amalan bersengkak memang sinonim bagi kaum ibu yang dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Amalan bersengkak bertujuan untuk menaikkan peranakan di mana selepas bersalin peranakan kita kebiasaannya akan lari sikit dari tempat asal dan ini akan memberi ketidakselesaan pada tubuh badan kita terutamanya selepas bersalin.

Urutan satu badan dan disertai dengan amalan urutan bersengkak  dilakukan untuk kesihatan badan. Amalan bersengkak ini bukan sahaja dilakukakn oleh para ibu/isteri malah anak dara pun perlu juga terutama bagi mereka yang menjalankan aktiviti lasak.






Perbincangan Antara 2 Orang Kaum Ibu




Mummy Fuzza



Seorang supermama suri rumahtangga sepenuh masa menjalankan bisnes shaklee di rumah.Mempunyai 2 orang anak. Lelaki dan Perempuan. Kedua-duanya bersalin secara cazer.


" Mummy tak pernah buat benda-benda pelik(bersengkak). Berpantang biasa ja. Mummy makan semua benda. Cuma dalam masakan banyakkan halia,bawang putih dan rempah-rempah. Pedas-pedas kurangkan. Pedas lada hitam tak apa. 2 biji telur ayam kampung sebagai sarapan. Ayam ,ikan ,kambing semua makan macam biasa. Sewaktu urut semasa berpantang, urut seperti biasa cuma bahagian perut tidak diusik."



Kak Mie


Seorang supermama yang berkerja. Juga menjalankan bisnes shaklee. Mempunyai 2 orang anak. Kedua-duanya bersalin normal.


"Amalan bersengkak nie best,perut tak nampak buncit lepas bersalin. Sesetengah orang yang bersalin nampak macam mengandung 2 bulan walaupun baru lepas habis berpantang. Bersengkak nie tak sakit.Rasa badan sedap dan ringan. Akan dengar bunyi poop masa rahim kita naik semula. Lepas itu, bidan akan tekan pusat kita, kalau kita jerit,maknanya kedudukan rahim itu tak sempurna. Akak kalau nak mengandung,mesti buat bersengkak nie sebab rahim rendah, kalau mengandung,selalu gugur.


.......................................................................................................

Begitu lah hasil pendapat masing-masing bagi amalan bersengkak ini. Farah teringin juga nak buat, tapi takut,.. Fikir sakit. Mak mertua Farah pun xbagi buat sebab kita tidak tahu keadaan luka dalaman bagi ibu bersalin cezar. Luka luar nampak baik,tetapi di dalam tiada sapa tahu. 7 lapis perut di koyakkan. 

Pada pendapat Farah, nak buat amalan bersengkak ini bergantung kepada keadaan individu itu sendiri. Kalau penakut macam Farah nie, tak payah lah berangan nak buat. Kalau darurat je buat... Itu pun kena fikir banyak kali. 

Fakta mengenai susah untuk "hamil jika tidak melakukan amalan bersengkak ini" , tidak boleh diguna pakai secara terus. Ada juga yang boleh hamil tanpa bersengkak.

Bagi yang bersalin normal, bersengkak boleh dilakukan semasa berurut dalam tempoh berpantang. Bagi yang bersalin secara pemedahan, berilah tempoh masa yang lama untuk kalian yang ingin melakukan bersengkak ini. 

Bagi tempoh untuk proses penyembuhan luka dalaman betul-betul sembuh. Doktor sendiri bagi tempoh pada kita untuk mengandung semula sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada Farah, lepas 2 tahun lah baru kalian nak bersengkak..

Tetapi andai keadaan kalian memaksa kalain melakukan bersengkak dalam tempoh terdekat ( bawah 2 tahun), sila rujuk dahulu ke doktor untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.. Bagi doktor cek keadaan rahim kalian. Keadaan badan kita tidak sama dengan badan orang lain.

Apa juga keadaan kita, teruskan berusaha dan berdoa untuk kebaikan diri kita. Semoga entry ini memberi manfaat kepada kalian.