Senaman Muka Dan Mulut

Pernah dengar senaman muka dan mulut.? Pernah buat.? Sejauh mana anda paham tujuan dan kepentingannya. ? Lazimnya, kita hanya mendengar mengenai senaman fizikal. Apakah oro-motor serta peranannya dalam kehidupan seharian? Entry hari ini Farah kongsi kepentingan senaman ini dan cara melakukannya. Jom baca






Apa Itu Oro-Motor

Oro-motor merujuk kepada struktur dan fungsi otot-otot muka (contoh: bibir dan rahang) dan ruang dalam mulut (contoh: lidah dan lelangit lembut).Aktiviti makan dan bertutur memerlukan kekuatan, koordinasi dan kawalan struktur oral.

1.Aktiviti ketika makan termasuklah:


  • menghisap



  • menggigit



  • memecah



  • menjilat  



  • mengunyah


2.Aktiviti ketika bertutur termasuklah:

  • udara dari paru-paru yang mencukupi untuk bertutur (sistem pernafasan)

  • penghasilan frekuensi, kekuatan dan kualiti suara (sistem fonasi)

  • penghasilan bunyi resonan seperti sengau (sistem resonan)

  • pergerakan artikulator (bibir, rahang, lidah, lelangit lembut) untuk menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan (sistem artikulasi)

  • pertuturan yang jelas agar mudah difahami

  • penghasilan intonasi, rima dan ritma

 Struktur Dan Fungsi Oro-Motor

Sebelum sesuatu senaman muka dan mulut dilakukan, adalah penting untuk memahami peranan oro-motor. Jadual di bawah adalah struktur dan fungsi oro-motor yang penting untuk bertutur dan menelan.





1.Bibir
  • Dapat membuka dan menutup mulut
  • Bibir dapat dibulatkan dan ditarik
  • Makanan dan minuman dapat dikekalkan dalam mulut
  • Mulut kekal tutup semasa rahang bergerak ke atas dan ke abawah

2.Rahang
  • Dapatkan meluaskan saiz bukaan mulut
  • Dapatkan menstabilkan lidah, bibir dan pipi
  • Kunyah dapat digerakkan secara putaran

3.Lidah
  • Bolus (makanan) di dalam mulut semasa mengunyah dan menghancurkan makanan
  • Lidah dapat bergerak ke depan-belakang untuk memulakan penelanan
  • Lidah dapat dikawal dan digerak ke depan, belakang, sisi dan atas

4.Larinks
  • Dapat menghasilkan kualiti, frekuensi dan kekuatan suara
  • Sistem mekanisme perlindungan yang menghalang makanan/minuman masuk ke saluran paru-paru dengan batuk

5.Gigi
  • Menggigit, memecah, menghancur, dan mengisar makanan
6.Lelangit Keras

  • Kestabilan di dalam mulut dapat dikekalkan
  • Bersama lidah untuk memproses makanan dalam mulut

7.Tonsil
  • Sistem tindak balas (imun) terhadap bendasing ketika bernafas dan menelan

8.Lelangit Lembut
  • Tutup bukaan rongga hidung untuk membenarkan proses penelanan berjalan dengan lancar

9.Orofarinks
  • Laluan utama bagi makanan, minuman dan udara
10.Nasofarinks

  • Ruang pertukaran udara pada saluran auditori (Eustachian) untuk menstabilkan tekanan udara antara farinks dan telinga tengah


Apakah tanda yang dikaitkan dengan masalah oro-motor?


  • Kekuatan serta koordinasi bibir, lidah dan rahang yang lemah

  • Pertuturan tidak jelas

  • Air liur meleleh

  • Kekuatan otot muka yang lemah

  • Sukar untuk mengunyah dan menelan

  • Perubahan suara

  • Sukar untuk membuat pergerakan oral (mulut atau lidah)




Siapakah yang Perlu Terapi Oro-Motor?

  • Dysarthria (otot yang mengawal pergerakan pertuturan adalah lemah, perlahan dan kurang koordinasi pergerakan disebabkan oleh kerosakan/masalah pada sistem saraf hujung)

  • Apraxia (sukar untuk merancang, mengikut aturan bunyi dan mengawal pergerakan motor atau otot untuk menghasilkan pertuturan. Masalah ini bukan disebabkan oleh masalah otot/ saraf yang lemah)

  • Kecacatan struktur (Contoh: Klef bibir/lelangit)

  • Sindrom Down

  • Kanak-kanak yang didiagnos sebagai "lambat bercakap"         

  • Masalah fonologi atau sebutan (kesukaran untuk menghasilkan dan membentuk bunyi pertuturan yang betul)



Rujukan
  1. American Speech-Language-Hearing Association (ASHA). Speech-Language Pathology Medical Review Guidelines [PDF Document]. Retrieved fromhttp://www.asha.org/uploadedFiles/SLP-Medical-Review-Guidelines.pdf
  2. Elamar. Oral Motor Exam Structures and Functions [PowerPoint slides]. Retrieved from Quizlet Online Website: http://quizlet.com/10524428/oral-motor-exam-structures-and-functions-flash-cards/
  3. Elamar. Oral Motor Development [PowerPoint slides]. Retrieved from Quizlet Online Website: http://quizlet.com/6580538/oral-motor-development-flash-cards/
  4. Hutton, T.L. Oral-Motor Workouts for Home [PDF Document]. Retrieved from Super Duper® Handy Handouts!® Online Website:http://www.superduperinc.com/handouts/pdf/179_Oral-MotorWorkout.pdf
  5. Kumin, L. Resource Guide to Oral Motor Skill Difficulties in Children with Down Syndrome [PDF Document]. Retrieved from Resource Guide Online Website:http://ndsccenter.org/worpsite/wp-content/uploads/2012/03/OralMotor.pdf