18 November 2014

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja

Bagi seorang ibu yang bekerja,penyusuan ibu tidak perlu dihentikan. Farah mula bekerja sejak usia anak 5 bulan. Sehingga sekarang ini usia anak sudah mencecah setahun 10 bulan,Farah masih beri susu badan kepada anak.. Nak tahu bagaimana Farah buat.? Jom baca..





Setiap ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Perah dan menyimpan susu ibu seawal dalam pantang agar stok susu banyak bagi mencukupi keperluan anak anda. Ajar anak anda menggunakan botol susu yang sesuai agar anak tidak kekok menggunakannya sewaktu anda pergi kerja.

Cara Menyimpan perahan susu

  1. Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  2. Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  3. Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  4. Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.









Cara Penyediaan Susu Ibu Untuk Anak


  1. Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  2. Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  3. Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  4. Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  5. Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  6. Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
  7. Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.



Farah harap enrty ini dapat membantu para ibu yang bekerja,tetapi masih boleh memberi anak anda dengan susu ibu sepenuhnya. Dan yang paling penting, apabila wktu malam dan  waktu anda bercuti, jangan lah bagi anak anda susu botol.. Beri susu terus dari anda, agar anak dapat rasa lebih kasih sayang dari ibunya. Stok yang ada biar untuk kegunaan apabila anda pergi ke kerja. 




Susu Kurang.? Ada Suplement Untuk Bantu Banyakan Susu .?   Jawapannya Shaklee kan ADA...



Suplement Cadangan





Boleh Rujuk Disini Untuk Fungsi Setiap Produk 






Untuk mengetahui maklumat lanjut :-

FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.

25 comments:

  1. penyimpanan dan masa pumping susu bagi ibu bekerja sangt penting dan perlu pengetahuan yang betul..

    Kulit Kering dan Menggelupas

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang sebaya je anak kita, mudah-mudahan ila pun dapat fully BF sampai Akmal genap 2 tahun. Amin !
    Kenali Pengedar Shaklee Anda

    ReplyDelete
  3. Akak tak pernah simpan susu sebab saya WAHM...

    ReplyDelete
  4. Ibu bekerja yang menyusukan anak dengan fully bf memang memerlukan pengorbanan yang besar. In shaa Allah dengan bantuan set shaklee, ibu2 pasti akan kekal cergas dan bertenaga walaupun penat bekerja seharian...

    Betul Ke Set Shaklee Dapat Mencegah Asma Dari Menyerang?

    ReplyDelete
  5. Supplement insyaAllah membantu ibu lbh btenaga dan semangat utk teruskan penyusuan...susu pun meriah

    Jemput baca: Buat Duit Online Tanpa Modal Dengan Blog

    ReplyDelete
  6. Bagus tips ni...kepada ibu2 yang tidak tahu cara penyimpanan susu dgn betul boleh baca tips di sini...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah ye farah sebab berjaya bf anak sampai ke saat nie. Good sharing dear ^_^*

    BACA POINT PENTING ESP

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..sangat suka pelajari ilmu ni walaupun saya xbf baby, tapi saya boleh bantu customer saya..thanks for info


    Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin C Shaklee

    ReplyDelete
  9. panduan yang sangat berguna utk ibu2 bekerja di luar sana..tq for sharing..

    Cara Mengatasi Tidur Berdengkur

    ReplyDelete
  10. Bila baca entry ini teringat masa dulu masa menyusukan anak yang kedua. memang tak tinggal pam dan ESP..

    Cara cepat hamil bagi pasangan yang dah lama berkahwin

    ReplyDelete
  11. tips yang berguna bagi ibu yang bekerjaya..saya stay at home mum je, memang direct feeding je..tapi kadang2 pum jugak senang nak tinggal anak bila keluar mana2 ;)

    Asam Pedas Keladi..Hirup Sampai Tak Panggumg Kepala

    ReplyDelete
  12. Bagi ibu nya bekerja ..mesti kena buat stock susu dlm frezer...mcm saya still juga menyusukan anak.. tp disebbkan tak keja.bagi trs ke anak..pernah buat stock sblm ni tapi anak menolak sebab tak biasa dengan puting botol.

    ReplyDelete
  13. Berilah anak susu bdan sehingga 2 tahun.. Byk khasiat.. Buat penyimpanan mcm dlm freezer.. Ya Allah.. Byk khasiat yg anak dpt dri susu ibu..
    Kenapa suami Aku cari lain??

    ReplyDelete
  14. Saya seorang wahm..even df baby..tapi selalu jugak pam bila susu penuh. So penting juga utk ambil tahu cara simpan susu ni..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian ini dear...alhamdulillah sya boleh menyusukan bayi saya secara terus sampai sekarang.

    keistimewaan meal shakes untuk siapa

    ReplyDelete
  16. Dulu bekerja pernah juga perah susubadan di tmpt kerja. Masa tu kemudahan, brg2 dan kesedaran ramai pun tak seperti sekarang. Senior pun pandang lain je.

    ReplyDelete
  17. Tips yang berguna buat ibu-ibu yang bekerja seperti saya nie, terima kasih diatas perkongsian ini, info sangat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama- sama... kini tiada alasan lagi unutk menyusukan bayi anda..

      Delete
  18. Ibu bekerja yang ingin menysu badan perlu lebih tabah dan rajin. Ikut jadual perah dengan betul sambil suplemen sebagai bantuan

    ReplyDelete
  19. ibu menyusu pastinya tiada sebarang alasan utk tidak susukan anak, bonusnya ibu lebih senang nak slim juga jika menyusu, tak perlu nak ke pusat slimming..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. betul tu. saya juga sudah slim seperti bujang dulu....

      Delete
  20. Cabaran agak besar jika ibu bekerjaya yang menyusukan bayinya. Waktu kerja yang tak fleksibel, bos yang tidak bertolak ansur dan tempat yang tak sesuai untuk mengepam. Ibu perlu kuat semangat untuk menghadapi cabaran sebegini. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen membantu meningkatkan kesihatan dan mengurangkan stres si ibu.

    Tingkatkan Kesihatan Jantung

    ReplyDelete
  21. Panduan yang bagus untuk ibu2 yang nak fully breastfeed baby..

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...