19 November 2014

Penjagaan Gigi Bermula Dari Awal

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang baru tumbuh gigi, pastinya kurang arif apa langkah yang perlu di lakukan agar gigi anak tidak rosak.. Seperti Farah juga,gigi anak sudah penuh dan semestinya Farah tercari-cari cara hendak mengajar anak gosok gigi. Anak Farah sudah mengenali apa itu berus gigi, kerana bila waktu mandi adakalanya Farah @ suami gosok gigi depan anak. Jadi sedikit sebanyak anak meniru aksi kami dan dia sensiri mintak berus gigi untuk kegunaan die., Buat aksi gosok gigi. Langkah awal yang Farah buat, beli berus gigi yang sesuai dengan umur anak. 
Langkah lain.? Jom sama- sama belajar.






Kebaikan Gigi Sihat


  • Gigi yang sihat bukan sahaja membolehkan kanak-kanak mengunyah makanan dengan selesa tetapi juga menyumbang kepada pencapaian potensi hidup mereka sepenuhnya.
  • Penyusuan yang sesuai dan amalan pemakanan sihat meningkatkan status pemakanan kanak-kanak serta tahap kesihatan pergigian mereka.




Karies Gigi 


  • Pertumbuhan kanak-kanak mungkin terjejas di kalangan mereka yang mempunyai kesihatan pergigian yang tidak baik.  Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengalami kerosakan gigi yang teruk didapati lebih rendah berat badan berbanding dengan mereka yang tiada karies gigi.
  • Kanak-kanak yang mengalami karies gigi pada set gigi desidus (gigi susu) didapati lebih cenderung  untuk mendapat / menghidapi karies gigi pada gigi kekal mereka di masa akan datang. 
  • Mulut yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang rapi.



  • Penjagaan gigi perlu dilakukan daripada peringkat awal mulai daripada masa bayi. Ibu bapa/ penjaga / pengasuh perlu peka tentang risiko-risiko kepada kesihatan pergigian dan harus mengambil langkah-langkah pencegahan yang tertentu supaya kesihatan pergigian kanak-kanak kekal dalam keadaan sihat.




Kepentingan Menjaga Gigi


  • Kesihatan pergigian yang optimum membolehkan kita menikmati pelbagai jenis makanan sihat serta memberikan keyakinan diri terutamanya semasa berinteraksi sosial dalam kehidupan harian.
  • Pemeliharaan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat memanfaatkan kesihatan badan secara menyeluruh serta mengurangkan risiko kejadian penyakit yang serius. Kini, semakin banyak bukti mengaitkan penyakit seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan kelahiran bayi yang kurang berat badan dengan kesihatan pergigian yang tidak baik.
  • Kesihatan pergigian sepanjang hayat bermula daripada gigi desidus yang sihat
  • Gigi desidus perlu dijaga dengan baik supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Gigi yang sihat membolehkan kanak-kanak mengunyah makanan dengan selesa serta bertutur dengan jelas. Ia juga memberikan mereka keyakinan diri dalam pergaulan dengan kawan-kawan.
  • Penjagaan gigi susu juga penting kerana membantu pembentukan paras muka yang sempurna dan menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh dengan teratur.
  • Pertumbuhan gigi kekal yang sihat dan teratur akan meningkatkan potensi gigi untuk kekal berfungsi di sepanjang hayat.
  • Gigi desidus terdedah kepada risiko karies gigi sebaik sahaja gigi tumbuh dalam mulut. Karies gigi yang terjadi pada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dinamakan karies awal kanak-kanak atau early childhood caries (ECC). Biasanya ECC bermula dengan melibatkan gigi insisor atas (kacip).
  • Tabiat penyusuan dan pemakanan yang kurang sesuai kebiasaannya dikaitkan dengan kejadian karies gigi di kalangan kanak-kanak.  Plak gigi (lapisan bakteria yang lekit pada permukaan gigi) menghasilkan asid akibat tindak balas dengan gula dalam mulut.
  •  ECC terjadi apabila gigi seorang kanak-kanak sering terdedah kepada serangan asid setiap kali makanan/minuman yang manis diambil. Sakit gigi, kebengkakan gusi dan akhirnya kehilangan gigi akibat infeksi gigi dan gusi akan terjadi sekiranya ECC dibiarkan dan tidak mendapat rawatan yang sewajar dengan segera.
  • Ibu bapa boleh menjadi sumber jangkitan bakteria (mutans streptococci) yang merupakan punca masalah karies gigi kepada bayi. Jangkitan ini meningkatkan risiko kejadian karies kepada kanak-kanak.  Bakteria dijangkiti melalui air liur. 
  • Elakkan daripada berkongsi sudu atau perkakas makan/minum dengan bayi atau kanak-kanak. Ibu bapa, ahli keluarga yang lain serta pengasuh kanak-kanak perlu juga mendapatkan rawatan pergigian untuk sebarang penyakit pergigian. Ini akan mengurangkan tahap bakteria tersebut dalam mulut mereka. 
  • Kebersihan mulut yang terabai juga sering dikaitkan dengan kejadian karies gigi di kalangan bayi dan kanak-kanak.



4 Langkah Mudah Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian
  1. Pupuk tabiat pemakanan sihat dari kecil.
  2. Pastikan mulut dan gigi anak dibersihkan setiap hari.
  3. Periksa gigi anak dengan kerap.
  4. Bawalah anak anda untuk pemeriksaan gigi seawal usia satu tahun.


Langkah-Langkah Awal Penjagaan Gigi


  • Jangan biarkan anak tertidur dengan botol yang mengandungi susu atau air manis di dalam mulutnya. Penyusuan ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Sekiranya botol susu terpaksa digunakan, tabiat ini harus diberhentikan apabila anak meningkat umur 12 hingga14 bulan. Ini adalah kerana semakin banyak gigi tumbuh dalam mulut bayi pada masa itu. Gigi akan terdedah kepada risiko karies gigi ketika anak mula berumur 6 bulan apabila gigi desidus yang pertama muncul dalam mulut bayi.

  • Pilih makanan yang kurang mengandungi gula. Galakkan pengambilan snek yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menggantikan konfeksi dan biskut. Pupuk tabiat pemakanan yang sihat.



  • Pastikan mulut dan gigi anak dibersihkan setiap hari.Gunakan tuala kecil untuk membersihkan mulut bayi semasa mandi. Gunakan berus gigi yang sesuai apabila giginya muncul. Jadikan sebagai amalan membersihkan mulut bayi dengan air setiap kali perbuatan selepas menyusu atau makan.



  • Periksa gigi anak dengan kerap.Kenali gigi anak anda dari awal apabila giginya dalam keadaan sihat. ‘Angkat bibirnya’ setiap bulan. Ini adalah prosedur yang ringkas untuk memastikan bahawa giginya bersih dan tiada tanda-tanda awal penyakit pergigian.  



  • Perhatikan tanda-tanda awal karies gigi. Ini merupakan garisan/ tompok-tompok putih bersebelahan garisan gusinya.



  • Periksalah gigi di klinik pergigian apabila mencapai umur satu tahun.Lawatan yang pertama ke klinik pergigian harus dijadikan sesuatu peristiwa yang manis - tanpa perasaan sakit atau takut. Jadikan anggota kesihatan pergigian sahabat karib dalam penjagaan kesihatan pergigian sepanjang hayat.


Mulut yang sihat memberi manfaat kepada kesihatan badan kita. Kita boleh mengambil langkah-langkah mudah yang tertentu untuk mencegah penyakit pergigian. Gigi kekal seharusnya dapat berfungsi sepanjang hayat kita sekiranya dijaga dengan baik dari peringkat awal, risiko-risikonya diawasi dan pemeriksaan pergigian secara berkala dilakukan.

**sumber daripada myhealty

Akhir kata sama-sama kita perbaiki kesilapan kita agar kesihatan anak-anak terjamin. Jumpa lagi di enrty akan datang dengan tajuk lain pula...




Boleh Rujuk Disini Untuk Mengetahui Produk Shaklee






Untuk mengetahui maklumat lanjut :-

FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.

28 comments:

  1. Kak Tun memang kontrol pengambilan makanan manis2 untuk anak. Gula2 tu boleh di katakan memang takkan beli dengan sengaja. Tapi bila balik kampung pakcik makcik diorang pulak yang belikan. Apepun mendidik anak2 dari kecil tentang kebersihan dan penjagaan gigi amatlah di galakkan...

    Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

    ReplyDelete
  2. Hukhuk..anak ros terlebih kalsium susu sokmo..gula-gula memang jarang bagi..gigi dah rosak baru nak jaga..mujur gigi susu

    Resepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari

    ReplyDelete
  3. Cantiknya gigi anak :) saya tengah latih anak gosok gigi sendiri. Klakarnya habis dengan ubat gigi sekali mereka hisap

    ReplyDelete
  4. Susah betul nak ajar anak memberus gigi.
    anak bkn berus gigi.tapi gigit berus..ada tip tsk untuk mengalakan anak berus gigi

    ReplyDelete
  5. Mula-mula agak susah jgak nk ajar anak brus gigi. Kdg kna takutkan dia.. Huhu.. Tp lama2 dia sendiri minta nk berus gigi.

    Tips & Info >>> PNEUMOKOKAL ancam kanak-kanak

    ReplyDelete
  6. Gigi jika tidak dijaga dari awal nanti bila anak mula membesar gigi yang tumbuh kekal akan cepat rosak.

    ReplyDelete
  7. Anak-anak ni memang bagus di didik dari kecil lagi, bila dah besar tak payah kita paksa dah...

    ReplyDelete
  8. bila dah masuk 8 bulan, wajibkan anak-anak gosok gigi...biarpun masa tu dok gigit je berus gigi..bukan gosok gigi pun...huhu

    bahayanya HB rendah

    ReplyDelete
  9. Anak saya sangt susah suruh gosok gigi..macam nak gaduh jer tiap kali suh gosok gigi..
    Inch Loss Plan

    ReplyDelete
  10. Anak-anak seronok nak berus gigi tiap kali berus gigi bersama depan sinki sambil nyanyi bulat-bulat.ipin ipin tu

    ReplyDelete
  11. Memang sayang jika gigi susu tidak dijaga dengan baik. Sebab tu ada kanak-kanak yang cepat rosak giginya.
    Jom Dapatkan Hadiah Comel Ini

    ReplyDelete
  12. Ibu bapa cukup berperanan ajar anak perkara yang baik2 dari kecil..bila dah besar anak2 tue akan terbiasa

    NAK CANTIK, NAK SIHAT MEH BACA SINI

    ReplyDelete
  13. Mmg kna latih dr awal... Supaya jadi kebiasaan..

    ReplyDelete
  14. Huda dulu bila anak2 dah start tumbuh gigi dah belikan diorang berus gigi. Haha. Sebab excited sangat. Walaupun mereka tak tahu tapi huda tetap nak gosok jugak. And sekarang anak2 kalau bab memberus gigi nie memang laju. Kalau 3x mandi maknanya 3x jugak la gosok gigi.

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK


    JommSihatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

    ReplyDelete
  15. peranan ibu bapa sangat penting dalam penjagaan gigi anak anda..bermula dari kanak-kanak ajar gosok gigi setiap hari,lama-lama ianya akan menjadi rutin dia

    ReplyDelete
  16. Kena ajar anak-anak dr awal lg.selalu ajak dia gosok sama-sama. Lama-lama nanti anak akan terbiasa dengan rutin penjagaan gigi
    resepi hati ayam goreng kicap

    ReplyDelete
  17. Anak2 perlu didik dari kecil ag...baru jadi kebiasaan...

    ReplyDelete
  18. Nice sharing..br tau kalau biar anak2 tdur dgn botol susu dimulut jg pengaruhi gigi..

    Jemput baca: Bagaimana Kekal Slim Selepas Bersalin Agar Baju-Baju Lama Muat Dipakai

    ReplyDelete
  19. Anak saya takut betul jumpa doktor.. Macam mana nak bagi anak suka dengan doktor gigi?

    ReplyDelete
  20. Yg penting kena berus gigi selepas makan especially makanan manis atau gula2 mmg kene kurangkan

    SAKIT TEKAK TAPI TAKNAK JUMPA DOKTOR

    ReplyDelete
  21. Umi Sy dulu Mmg xbagi Ktorg makann gula2 n jajan.. melainkan dia beli.. Tapi kdg2. Jela dia beli.. Huhu..Tapi Alhamdulillah.. Dia Wat g2.. Gigi Sy tak da lgsung Kena tampal smpai skrg.. Hihi..Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

    ReplyDelete
  22. Ank saya kalo dgn ayahnya ok jw gosok gigi..kalau dgn saya..satu taman bolh dgr dia menjerit..huhu

    ReplyDelete
  23. Cantiknya gigi anak.. Comel.. Saya pun ada masalah nak suruh anak menggosok gigi..huhu. Dia suka beli berus gigi, banyak dah koleksi. tapi ank suruh memberus tu perlukan kesabaran ekstra kan..^_^

    Jemput singgah>> Tips Atasi Stretchmark Sebelum Suami 'Buka Mulut' Tak Licin Seperti Dulu

    ReplyDelete
  24. Kesihatan gigi mrmang sangat penting sekali untuk kanak-kanak. Ajarilah anak-anak kita cara menggosok gigi dengan betul agar mereka sihat dan terbiasa menjaga kebersihan.

    bahaya kencing manis yang menakutkan boleh ragut nyawa anda kapan sahaja

    ReplyDelete
  25. Saya memang jarang beli gula2 untuk anak2. Tapi dimanjakan pulak oleh atuk, nenek dan pakcik makcik diorang.. tak boleh nak kata apa dah.. redha je la.. hopefully gigi kekal diorang nanti dijaga dengan baik.

    ReplyDelete
  26. Saya memang jarang beli gula2 untuk anak2. Tapi dimanjakan pulak oleh atuk, nenek dan pakcik makcik diorang.. tak boleh nak kata apa dah.. redha je la.. hopefully gigi kekal diorang nanti dijaga dengan baik.

    ReplyDelete
  27. Sejak anak bersekolah dah pandai membeli gula-gula..siap belikan untuk adik..geram juga

    Tips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

    ReplyDelete
  28. anak sulung ida mula2 jd early decay tu, pastu jd moderate decay.. last2 gigi dia terhakis macam tu je.. xjadi plk mcm advanced decay tu.. dah lama tak gi klinik cek gigi.. cuti sekolah nanti bolehlah bw anak cek gigi.. mungkin sebab hisap botol susu kut, nak gosok gigi pun susah sgt mse tu..

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...