Jenis Makanan Penyebab Alahan / Alergi

Setiap orang pasti tidak tahu jenis makanan yang boleh menyebabkan kita alah @ alergi kepada makanan tersebut. Farah alah kepada makanan laut seperti udang, kerang, kalau makan mesti gatal-gatal.. 

Lagi-lagi kalau makanan laut itu masih fresh / segar.. Tetapi macam kerang tuu, Farah makan juga sikit-sikit,untuk tambah darah.. Ape pon yang kita makan, harus beringat. Jangan sampai lupa kawan sebelah pula.. Gurau ja.. Jom kita kaji jenis dan tanda alahan @ alergi ini.




Maksud Alahan @ Alergi


Alahan @ Alergi bermaksud kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.




















Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Alahan 




  • Susu lembu.
  • Telur.
  • Kacang soya.
  • Gandum.
  • Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
  • Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
  • Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.





Gejala @ Tanda Alahan



Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.



  • 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
  • Kesukaran bernafas dan berdehit.
  • Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
  • Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
  • Perut yang sakit dan memulas.
  • 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
  • Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan (food intolerance) dan penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang tepat.





Bagaimana Alahan Makanan Dikenalpasti.?



  • Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali  membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan kulit' (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.




Langkah Rawatan Yang Berkesan



  • Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik  jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.
  • Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah:
  • Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan.
  • Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
  • Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga  cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.
  • Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan beransur-ansur (desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.




Langkah Pencegahan




  • Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.
  • Elakkan makan makanan yang dikenal pasti yang menjadi penyebab alahan @ alergi
  • Ambil suplement yang benar-benar sesuai dan dapatkan nasihat dari pakar sebelum mengamalkan suplement tersebut.
  • Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
  • Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang, udang karang dan ketam.
  • Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.



Suplement Shaklee Yang Boleh Membantu



850g : RM 150.00


544g : RM 113.75


180 biji : RM 92.50


120 biji : RM 33.75


700 biji : RM 97.50
300 biji : RM 53.75


60 biji : RM 91.25

Pilihan suplement di atas adalah untuk kegunaan 2 hingga 4 bulan. Kalau anda berkongsi kegunaan untuk seisi keluarga, pengunaan hanya bertahan untuk sebulan hingga 2 bulan sahaja. 
Berikut adalah senarai suplement yang dicadangkan. Walaubagaimana pun, saya boleh menyediakan pilihan suplement mengikut bajet dan keperluan anda.




Boleh Rujuk Disini Untuk Fungsi Setiap Produk 



Hendak Beli Sendiri Pun Boleh

Untuk mengetahui maklumat lanjut :-

FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.